Pages

Sunday, 29 January 2012

SAMBUT CNY DEKAT GUNUNG TAHAN


GUNUNG TAHAN ( CERITA )

Program : OPS Malas Pemalas Tahan

Date : 21 - 27 Januari 2012

Lokasi : Sg. Relau - Kuala Tahan

Kos : RM350.00 / Deposit RM150

Confirmation Date : Sebelum 31 Disember 2011!!!

Line UP:- ( MERAPOH – KUALA TAHAN )


1)Abg Syeikh,
2)Abg Buntar,
3)Abg Shoqi,
4)Abg Chor,
5)Aku,
6)Fahmi,
7)Afiq,
8)Kak Pah,
9)Kak Mokja
Dan
10) Abg Peja (guider)
Yang tak di mention di line up nie,dorang ikot MERAPOH – MERAPOH.
Mini Tentatif :-

DAY 1 : Sg. Relau - Kuala Juram - Kuala Luis - Lata Luis – Kor 

DAY 2 : Kor - Permatang – Kubang - Berlumut - Bonsai – Botak- Puncak 

DAY 3 : Puncak – Gedung- Reskit -Tangga 15 – Pangkin 

DAY 4 :Pangkin –Teku - Puteh (Hmmm MALAS-MALASnya!!)

DAY 5 : Puteh – Melantai (Arrghhh MALAS Lahhh!!! - Hahaha)

DAY 6 : Melantai – Kuala Tahan (Oiii MALAS!!)

DAY 7 : MELEPAK DI RUMAH KAK PAH =) (TAK MALAS PUN !!)

Contact : BULAT (016.607.0667) / DAUS (012.348.2248)

seronok tak baca tentatif di atas? Haaa, mari aku nak cerita. 
Sementara kejadian2 di Tahan nie masih segar dalam ingatan aku,
 cepat-cepat lah aku transfer ke blog nie. Untuk panduan di masa
 hadapan. Cewah. Huhu.
Perasaan? Selepas kembali ke tanah rata nie, rindu pulak
 dalam hutan itu. Serius. Bagi aku sangat-sangat best.
 Nak pergi lagi nie. (bersemangat pulak aku nie). Huhu.
Okay!!
CERITA BERMULA~~~



Pengembaraan aku bermula 20 JANUARI 2012. 
Kenapa 20hb? Bukankah trip tu 21hb? Sebabnya~
aku dari Pahang naik ke KL untuk berkumpul dengan 
mereka2 nie. Aku naik bus pukul 5 petang sampai 
lebih kurang pukul 8 malam. Sebelum tu, aku memang
 takut gila sebab aku tak beli tiket awal2,memang 
tiket KL dri Jengka dah sold out. Aku apa lagi,gelabah ar.
 Macam mana aku nak naik KL? Nak tak nak,naik teksi ke 
Temerloh dengan 3 orang lain yang aku tak kenal. 
Kebetulan dorang nak cari tiket ke KL jugak. Okay. 
Selesai 1. Alhamdulillah.
TAPI!!
Sampai kat Temerloh,semua kaunter tiket ke KL sold out jgk. 
Aku dah nak nangis. Macam mana nie? 
Aku dah siap mesej abang Fendi da awal2,takot weh.
Lepas beberapa minit, ada seorang pakcik nak jual tiketnya. 
Alhamdulillah sangat2. Rezeki datang. Nie petanda baik nie.
 Tersenyum tak henti-henti aku dalam bas tu haa. Hehe.
Sampai kat KL Sentral lebih kurang 8 lebih. 
Sebelum tu,aku dari Pekeliling naik LRT ke Kelana Jaya
 then ahead tu KL Sentral. Memang pengembaraan yang sangat best.
 Dapat tengok orang macam2 jenis. And I love to travel like this. 
Huh! Jiwa backpackers la katakan. Haha.
Masa nilah aku kenal Fitri,ZairulNizam dan Salli. 
Kamiorang tunggu Cikgu pulak untuk ambil kamiorang. 
Berjalan dulu ke Uptown Setapak. Dorang cari carry mat.
 Aku? Ushar2 barang2 outdoor. Boleh tahanlah harga kat situ. 
Standard.
Dorang2 memang havoc la. Huhu.
Kami berkumpul di R&R Gombak. Masa nielah berkenalan
 dengan line up-line up.
Perjalanan diteruskan~~

HARI PERTAMA : Sg. Relau - Kuala Juram - Kuala Luis - Lata Luis – Kem Kor.

Berkenalan. Huhu. Aku sajalah sebab aku first time kenal 
dorang semua tu. Trip kali nie, seramai 21 orang + 2 orang guider.
 Tapi hari ke 3 nanti,kami akan berpecah. Sebab 1 group 
trun MERAPOH-MERAPOH. 1 lagi MERAPOH-KUALA TAHAN.
Selesai declare barang2,bahagi2 ration,dengar taklimat.
 Kami terus bergerak dari Sg. Relau ke Lata Luis terus ke Kem Kor. 
Subhanallah. Naik 4WD. Fisrt time kenal IBU. Huhu. Mama rock uh.
 Best gila naik 4WD nie. Best sebab jalan dia melambung-lambung. 
Huihhh. Kami berkumpul di Sanctuary Kelah. Waa,kali kedua main 
ikan kelah. Tapi kali nie dapat pegang saja. Licin and lincah sangat 
ikannya. Lebih kurang jam 1.00 petang kami bergerak ke Kem Kor (750 m ). 
Kena cross 4 sungai. Haha. Hari pertama dah kena basah2. Best.
 Bob and Khairul jadi penyelamat aku hari nie. Ok. 
First stop point at Lata Luis(558m) lepas 6km berjalan. 
Perjalanan diteruskan. Dari Lata Luis ke Kem Kor tinggal
 lagi 2.5km saja lagi. Terpaksa aku mengejar jejaka2 kalau 
tak mesti tertinggal. Dari 21 org,4 org aje wanita2. 2 dara 2 isteri org.
agak2 dara tu siapa? Aku lah!! Haha. Kami sampai pukul 6.30 petang.
 Laju jugaklah. Trek hari pertama okay lagi. Malam aktiviti memasak. 
Kejadian ngeri berlaku!!
RATION JADI BANGKAI. Hahaha. Ayam yang kamiorang bawak busuk.
 Beg ZairulNizam ar paling kesian. Sebab dia yang bawa bangkai tu. 
Haha. Tak tahu apa silapnya. Redha ajelah tak akan makan ayam 
5 hari nanti ( lagipun dah jemu dah makan ayam kat luar. Huhu.)






HARI KEDUA : Kor - Permatang – Kubang - Berlumut - Bonsai – Botak- Puncak .

Hari nie memang teruk. Abg Fendi nak shoot terus ke Puncak. 
Ini list jarak perjalanan kamiorang :
Kor – Permatang = 2.5km lebih kurang 1 jam
Permatang – Kubang = 3.5km lebih kurang 3 ½ jam ( memacak sahaja.
 Makan tengahari kat sini)
Kubang – Berlumut = 1.5km lebih kurang 1 jam (trail selut! Menyumpah 
habis lah korang kalau tenggelam. Haha)
Berlumut – Bonsai = 5.5km lebih kurang 3 jam (lebih macam Kubang 
ke Berlumut jugak)
Bonsai – Botak = 3km lebih kurang 2 jam (geng2 
Abg Fendi shoot awal2. Aku,Salli,Abg Chor,Kak Pah,Abg Buntar
,Kak Mokja makan maggi dulu kat sini. Haha. Kenyang woo.
 Dapat Rusky 3 bungkus. View pun cantik kat sini)

Botak – Puncak = 2.4km lebih kurang 1 jam. ( tapi perjalanan jadi

 2 jam sebab kamiorang lepak tengok bintang dulu. Huhu.

 Cantik sangat2. Subhanallah )
Memang terkejar-kejar lah kamiorang. Ramai jugak yang mental. 
Aku pun hampir2 mentol! Nasib baik ade geng. Abg Chor, 
Fahmi and Bob. Kamiorang sampai puncak sama2. Sebelum tu
,oleh kerana hari gelap,kamiorang pun dah nak mentol. 
Jadi, kami berhenti menikmati bintang di tengah2 Botak. 
Haha. Ingat2 balik,memang macam orang sewel da. Bob banyak
 merepek. Dia nampak tahi bintang. Macam2 jenis bintang la.
Tapi kamiorg sampai jugak ke Puncak. Group terakhir sampai 
pukul 12 malam. Aku,Bob,Fahmi dan Abg Chor sampai pukul 9
 lebih. Masa nie geng2 shooter tengah pasang fly. Dalam hati aku,
nasib bukan
 orang terakhir. Group yang last tu lambat sampai sebab Kak 
Imah dah pewai. Mlalam tu, nasib baik hujan renyai2 aje,
kalau tak mati kejung kamiorang semua rasanya. Sleeping
 bag pink dah lencun sebab tempat dia tidur tu air bertakung. 
Siapa guna sleeping bag pink? Haaaaaa. Cikgu punya. Haha.
 Cikgu Sains yang rock uh.

HARI KETIGA : Puncak – Gedung- Reskit -Tangga 15 – Pangkin

Pagi2 lagi kamiorang bergambar,tengok sunrise. 
Subhanallah. Cantik sangat. Kamiorang antara hikers 
yang bertuah sebab sepanjang trip tak hujan selain
 malam pertama itu saja. Bergambar sakan dulu. 
Hari ini lah kamiorang akan split up. 1 trun Merapoh,
 1 lagi turun Kuala Tahan. Guider pun akan tinggal 1. Bye2 Abg Mat.
 Hye2 Abg Peja. Haha. 9 orang berjalan menuju jalan panjang. 
Hari ni, nampak view tercantik dalam hidup aku.
 Rasa nak menangis tengok kecantikan alam dari atas. 
Terasa diri nie rasa kecil sangat. Tengok tempat 
helicopter terhempas. Tengok taman periuk kera. 
Memang penuh dengan pokok periuk kera saja. 
Main lumpur,main batu,main akar. Condition semua 
dalam keadaan terbaik masa nie, sebab dapat tengok 
view. Kat Gedung view tercantik, Abg Khairul mula2 
suruh kamiorang tidur di gedung tapi guider menasihatkan
 shoot trus ke Pangkin sebab malam nanti akan terasa azab 
sejuknya. Baik Abg Peja! Moment paling aku tak boleh 
lupa kat tangga 15. Uwaaaa,aku gayat. Tapi nasib baik ade geng,
 Fahmi pun gayat rupanya. Haha. Pejam mata saja mase naik
 turun tangga. Banyak cerun tinggi. Masa nie lah abseiling,
repelling,wall climbing di practicekan. Trail kat trek nie 
menurun saja. Memang kalau lutut tak kuat memang tak lepas la.
 (nak kata lutut ka
miorang nie still power lah. Haha.) Hati memang puas hati
 bila tengok belakang semula. Rasa bangga korang lepas
 turun dari 1 tempat ke 1 tempat. Baru puas. 
Kamiorang mengejar masa juga sebenarnya nie.
 Tak nak malam sangat sampai campsite.
Sampai kat campsite Pangkin area 8 malam. 
Nampak tikus besar kucing. Err, seram. Lagi satu,
Water source kat sini payah betul nak ambil. 
2 kali aku nak turun, 2 kali aku give up. 
Jauh gila nak turun bawah. Aku fikir habis energy aku 
saja kalau macam ni. Masa nie mental aku tak kuat dah kot. 
Huhu. Ade group Kuala- Kuala jugak kat situ. Tapi dorang sampai
 lambat sikit dari kamiorang.9 orang, 3 guider. Ada 3 gadis. 
Dari OGKL tak silap aku. Power ar dorang. Bilalah aku nak buat
 Kuala – Kuala pula. =). Malam nielah berkenalan dengan Abg Peja.
 Haha. Atas gunung die femes dengan panggilan Mat Besi. 
Best ar dapat guider sporting macam dia. 
Malam tidur berhimpit bawah fly 10 orang.. 
Aduhh, sempit tak ingat lah sebab tempat kecik. 
Aku,Kak Mokja and Kak Pah dah menggelongsor ke bawah.
 Tersedar sikit naik ke atas semula. Redha ajela. Haha.

HARI KEEMPAT : Pangkin –Teku – Puteh

Hari nie akan melintas 8 buah sungai. 
Hari nie condition aku tak baik. Tibe2 senggugut menyerang.
 Dinasihatkan kepada wanita2 kalau nak naik gunung check
 tarikh period korang dulu. Serius. Kalau tak,merangkak la 
korang. Nak tak nak kena jalan kalau tak jadual berubah. 
Nasib baik guider jadi sweeper hari nie,kalau tak laju semacam
 saja die berjalan. First stop dekat Teku. Sebelum sampai Teku,
 banyak lah cerita Abg Peja keluarkan.  Huhu. Nak jadi 
guider kena masuk kursus,ada borang dia. Dan macam2 lagi. 
Hati aku nie macam minat juga nak jadi guider Tahan one day.
 Tapi wallahualam. Kalau bakal husband aku tak bagi? Haa. Tutttt!!
Sambung balik cerita. XD
Kami dapat minum air teh sarsi. Sedap! Guider tunjuk
 pokok sarsi tu. Macam pokok biasa saja, ambil kulit dia and
 rebus dengan air teh. Memang terbaik ar. Lepas nie, korang
 jangan lupa mencuba tahu teh sarsi tu. Hilang segala lelah.
Sampai Teku lebih kurang 3 petang,kami terpaksa laju skit
 kalau tak meredah sungai dalam gelap la jawabnya. 
Mase nie aku baru tahu,aku takut AIR!! Air pun aku 
takot? Haha. Ingat2 balik memang kelakar. Pening tak
 hengat la mase nak cross sungai pertama tu. Nak nangis 
pun ade. Kenapa nampak air saja aku nak pitam.  
Sungai ke 7 dan ke 8 kami terpaksa redah dalam gelap. 
Sebab masa tu dah jam 8 mlm. Kalau org lain paras
 pinggang,aku sorang sajalah paras dada. =.= Tak best
 jadi orang pendek nie. Hihi.
Sampai Puteh,pasang fly, kami sedia untuk masak. 
Tak lalu nak makan. Makan sikit aje. Abg chor 
dah pewai da. Lutut dia ada problem sikit tapi
 semangat dia memang power ar. Haa! Terlupa nak cerita! 
Tiap2 malam kami ade game khusus. Jejaka2 akan lawan
 makan kuaci. Dalam hutan nie baru aku tahu ade game 
makan kuaci. Siap dapat tips lagi macam mana nak makan 
kuaci dengan laju. Haha. Aku dan 2 orang lagi wanita2 
memasak,dorang makan kuaci. Kiranya malam kamiorang
 akan bersuka ria. Sebab tu aku cakap trip nie best
 sebab semua sekepala.XD. pukul 12, selamat malam.

HARI KELIMA : Puteh – Melantai

Aku didera. Haha. Hari nie condition aku da ok.
 Senggugut ada lagi skit2 tapi layan lah kau senggugut.
 Aku ada misi untuk dihabiskan. Huhu. 
Aku dikerah untuk mengejar guider.
 Kami start trekking pukul 10 pagi .Dah la trek banyak 
pokok tumbang. Haa, tak lupa lalu trek yag Abg Fendi
 jatuh tahun lepas. Hehe. Selincah- lincah Abg Fendi tu
 pun boleh jatuh. Memang kelakar. Sampai 4.40 petang.
 Gila tak? Yang lain2 sampai 5.30. Aku,Abg Chor,Afiq and 
Abg Buntar with guider jadi group pertame sampai.
 Memang kena dera. Kami rest 2 kali saja. Rest pertama kat Kem Tengah.
 Makan tengahari kat situ. Kalau sampai kat Kem Tengah nie 
jangan lupa cuba air mineralnya. Sangat sedap. Percayalah. 
Tapi elakkan tidur di kem ini sebab agak keras tempatnya.
 After 1 hour trekking,rest 5 minit.Then terus ke Melantai. 
Memang gila ah. Aku muntah lepas sampai. Ahha. Tapi santai. 

Malam kami makan, tapi aku memang tak lalu nak makan.
 Kena dera kan? Haha. Malam nie xtvt dorang main kad 
and makan kuaci. 
Tambah 1 lagi aktiviti wajib. Mengenakan wanita2. A
ku, Kak Pah and Kak Mokja dah lali da. Dah 4 malam dah
 kena macam tu. Dah biasa. Haha. Tapi malam nie shiott daripada biasa!!
Ceritanya .. ..
Masa trekking ke Kem Melantai ada 1 kayu itu bentuk dia
 macam penis lelaki. Ei!!!!!!!!!!!!!!!! Aku nak tulis nie pun loya. 
Haha. Bodoh betul siapa yang buat art dalam hutan tu. 
Aku terpegang benda tu. Tu kerja Abg Peja la tu saja suruh aku pegang batang tu. Haha. Aku mana tahu benda tu apa mula2. Malu sangat2!!
 Masa tu aku dengan lelaki2 saja. Kak Mokja and Kak Pah kat belakang lagi. 
Huhu. Gelak tak hengat dunia ar dorang. 
Malam tu memang dorang asyik ulang benda yang sama ar.
 Kalau korang naik Tahan nanti,korang tanya la guider korang,cari kayu tu
. Haha. Dah2. Tidur.

HARI KE ENAM : Melantai – Kuala Tahan

Hari last. Sedih. Hati memang nak keluar sangat dari hutan 
nie tapi tak nak berpisah dengan dorang. =(
Hari nie gerak lambat. Pukul 11 pagi baru kami bergerak. 
Kaki nie memang laju saja melangkah. Huhu. 
Aku berlari2 dah tapi tiba2! Kaki melecet aku pecah!
 Gila sakit tak hingat ar. Elok2 duk depan,
 aku jadi orang last. Huhuhuhu. Sakit nak nangis. 
Nasib baik guider sudi jadi sweeper lagi hari nie.Haha.
 Kaki kena pacat pulak. Redha ajelah. Huhu. Tapi lepas
 jambatan ke 3,aku rase 
kaki aku nie aku dah ok. Aku berlari dengan Abg Peja. 
Haha. Jadilah orang pertama sampai di Kuala Tahan. 
Tengok sign board, dari Kuala Tahan naik Gunung Tahan,
 55km.Pergh. Jauh tu. Berakhirlah trip aku kali nie.
 Yang lain2 sampai 5-8 minit lepas tu . Alhamdulillah. 
Berjaya jugak misi aku kali nie. Aku dah buktikan pada diri aku sendiri. 
NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY. InsyaAllah kalau korang
 ada semangat,korang pasti dapat apa yang korang hajatkan. 
Jangan ikut cakap orang,kalau korang rasa diri korang boleh, 
go on. Pesanan untuk diri dan semua. Kami tidur di Agoh 
Chalet malam nie. Berjalan2 menikmati Kuala Tahan.
 Kereta Abg Khairul rosak .
Dia dari KL nak ambil kami semua tapi terpaksa tunggu esok. 
Makan percuma malam nie. Huhu. (^^)

HARI KETUJUH : MELEPAK DI RUMAH KAK PAH =)

Tiada dalam tentative formal tapi dalam tentative kami ada. 
Huhu. Aku paksa Abg Peja ikut. Yang pergi 10 orang. 
Abg Buntar dah balik malam tu. Yang ikut ke rumah Abg
 Syeikh and Kak Pah : Abg Chor, Abg Shoqi,Fahmi , Afiq,
 Aku,Abg Peja ,Abg Apek and Kak Mokja. Kami masak sama2.
 Main game dengan Fahmi. Siapa dapat buang ekor tauge
 dengan cepat, dia menang. Haha. Akulah menang. 
Aku try makan ikan patin dan tilapia. Huhu. Tapi sikit ajela. 
Huhu. Petang masak kuih koci pulak. Fahmi and Afiq tunjuk
 skill balut koci. Aku? Failed! Haha. Tapi jadilah jugak. Kui3.
 Petang dorang blik. Abg Peja balik naik keretapi pukul 2.30 pagi,
yang tinggal rumah Kak Pah, Aku and Abg Shoqi sajalah. 
Belajar tentang keretapi. Haha. Tak pernah lagi naik keretapi.
 Monorel and lrt pernahla. Hihi. The end of my journey.
 Esok aku akan pulang ke Jengka. Sebelum ke Jengka, 
kami ke Gunung Senyum sekejap.





Pengajaran/pengalaman dari trip nie :
Be prepare. Dare to be strong. Believe in yourself.
Gonna miss everyone. Jumpa lagi the next trip.
 Dorang akan ke Chemerong pulak 4,5,6 hb nie tapi aku tak rasanya.
 Berehat dulu. Kumpul duit. Huhu. Thanks semua.
Mostly to Abg Fendi, Abg Amer and Abg Peja because trust on me.
 Thanks juga kepada semua kerana menjaga saya. 
Sayang korang semua. <3 <3

minta maaf gambar berterabur. layan lah ea.


Subhanallah. view dari botak



kah-kah. pelakon semuanya.



nie last day lah. hari ke 7. pagi.



on the way turun ke Gedung



MBP + Penyamun











sejuk. alhamdulillah sampai.









chort and the geng



see you all lagi.