Pages

Thursday, 20 September 2012

XPDC GUNUNG BESAR HANTU with KeReX UTeM

Alhamdulillah. Dah selamat turun dari Gunung Besar Hantu, Jelebu, Negeri Sembilan.

XPDC GUNUNG BESAR HANTU, 14/9 - 16/9 2012.
"MENJEJAK KEMAAFAN SAMBIL MENIKMATI ALAM FLORA DAN FAUNA"
p/s : pengalaman ke 3 aku bersama kerex utem. Sesungguhnya aku masih lagi newbie dalam xtvt pegunungan nie. Melalui trip nie, byk benda baru aku belajar. Antaranya :

 RENDANG KEREX

Pes Rendang Segera
Santan
Daun Serai

#Makan rendang segera atas gunung. Benda baru! Haaa.. Kau ada?? ( Hahaha. Sedap taw, cubalah )

JUMAAT 14/9/2012

12:00 tgh malam - Bergerak dari UTeM. Sebelum tu lepak luu dekat PPP, kumpul semua pendaki , borak-borak, kenal-mengenali dll. Send mesej kepada kenalan rapat dan family yang mengatakan anda akan naik ke gunung. Kalau tak, tak lah dorang risau kita tak balas mesej dorang kan?? Minta tips sikit dari Bro Hazim (fb/saya dan awak) ex-senior KeReX.

 3:25 pg - Sampai di Masjid Kampung Chennah. Giler babaiii ngantuk! =.= Then, kami semua lena dibuai mimpi indah. Tetapi mungkinkah akan kekal indah esoknya? Wallahualam.

SABTU 15/9/2012

8:25 pg - 4wd sampai. Saat yang dinanti. Yeeehaa! ^.^ Aku suka naik 4wd, suka naik lori! Sebab tu aku suka naik gunung kottt?? *think! =) Tapi malangnya 4wd kali nie, asyik mampos ajer. Makanya, kami tukar 4wd disaat-saat akhir.Kalau tak, rasanya memang makin lambatlah start trekking nanti.

9:45 pg - Sampai di starting point . Cuak beb! Hati berdebar-debar. Harap-harap trip kali nie juga berjalan lancar seperti trip-trip aku sebelum nie sebab SELALUNYA trip yang aku pergi tak pernah hujan lebat. Alhamdulillah. Tapi kali nie tak tahulah. Based on my survey dari Abg Fendi(penyamun) mengatakan Negeri 9 memang selalu hujan, hopefully this time hujan akan beri laluan pada kami. Aminnn..

11:05 pg - Pergh! Selesai ngadap Trek Balak. =.= Dah sampai Kem Hantu Air. Check point pertama. I hate trek balak. Memang senang masa jalan tapi lepas tu kau rasalah sendiri sakitnya. Lagi-lagi siapa yang penggemar kasut "Bowling" . Hehehehe. ( #bilakah mampu untuk membeli SALOMON/TEVA/KARRIMOR dan lain-lain?? )

12:30 tgh hari - Angkat Sauh! Bergerak ke Kem Orkid. Dengar cerita dorang nak shoot ke Puncak tapi pendapat aku sendirilah, tak payah lah tidur puncak sebab majoriti first time naik GBH nie, So take timelah. Enjoy dulu. Agak-agak nak try puncak, dtglah GBH sekali lagi. Hehe. PENDAPAT SHJ,tau.

2:30 ptg - Sampai Kem Orkid. Hujan renyai-renyai. Nasib tak lebat sangat. Orkid banyak ! Tapi warna purple sahaja. Teringat orkid putih dekat Gunung Tahan. ( ^.^ Aku rindu gunung Tahan giler babai nie, bilalah nak repeat. Eh-eh,,terlepas keTahan plak. Tunggu entri tentang
Tahan plak tau! )

4:00 ptg - Semua dah sampai! Abang Wan dan Kak Lieza sampai. Abang Wan nie dah sakit-sakit pun naik lagi. Tulah orang cakap kan, kalau dah gila ker gunung nie, walau apapun rintangan tetap akan diharungi kerana hak mendaki hak kami! ^.~ Ehhhhh, MILO plak. Tapi betullah, 2 orang yang GILA GUNUNG aku dah jumpa, Abang Wan dan Abang Fendi . Aish...

9:00 mlm - Makan time! Tidur awal malam nie. Esok nak naik puncak pukul 5 pagi.

AHAD 16/9/2012

5:00 pg - Bangun tidur dengan mamai tadi. Hek2. Ngantuk toiii! Tapi demi puncak GBH! Sanggup diredahi pagi yang sejuk bhaaiiii! Trekking dengan As dan Siah.

6:30 pg - Sampai di Puncak. Sejuk! Bergambar. Solat Subuh beramai-ramai. Tunggu sunrise tapi tak ada rezekilah kali nie. Takpelah. GBH suruh melawat dia lagi sekali nie. ^.~ Kabus tebal sangat.

7:00 pg - Rendang KeReX sedang dicipta. Haha. Apalah malang kumpulan 3 kali nie. Daging rendang tak bawak. Terpaksa minta belas ihsan group lain. Tapi walau apapun rendang kami THE BEST! Hehe. Makan, then shooting time!

10:30 pg - Turun ke Kem Orkid. Nak balik keluar nie. Trek dgn Siah dan Pokjad. 

11:30 pg - Sampai Kem Orkid. Kemas tapak khemas. Bawa turun balik apa yang anda bawa naik. RULES #1 for hikers.

12.05 tgh hari - Gerak ke Lata Kijang. Nak mandi!! Weeeee** Dah 2 hari tak mandi nie. Masham dah badan nie. Trek santai-santai sebab jiwa tengah happy. Borak sampai kering tekak dengan Siah dan Pokjad. In the middle terserempak Joe and the Geng. Salah jalan??? cuak jugak sebab rasa lama sangat jalan nie. Rasanya masa masuk semalam tak lah selama nie. Aduhh,, tawakal- tawakal. Jgn panik. Cari jejak tapak kaki. Dapat pun ! Tanda anak panah untuk orang di belakang.. ( bila borak tanya orang belakang, nampak tak tanda anak panah, dorang cakap tanda X. =.= Haha. Nasib baik dorang ikut X tu, kalau tak ke manalah dorang )  
#pengajaran : buat anak panah baik-baik sikit lepas nie yer cik alia! Bahaya tau tak?? )

1:05 ptg - Simpang Lata Kijang. 15 minit dari Simpang tu ajer sebelum ke Tangga. GAYAT?? Hehehe. Alhamdulillah, lepas layan flying fox malam bulan puasa dulu ( dkt Bukit Kinding Resort, flying fox terpanjang di Malaysia ) gayat nie beransur-ansur hilang. So, easy lah utk turun tanggat nie. *heeeehee.. 

1:45 ptg - Sampai. Subhanallah.Cantik. jom mandi!!!

5:30 ptg - 4wd datang . Bubye GBH. =( Sedih gila time balik tengaok scenery. Tenang gila tgk gunung-ganang nie. Hilang semua masalah. See you again, Besar Hantu. =)

12:00 tgh malam - Sampai TTU2. Misi kali nie berjaya.

p/s : KeReX best! Layan gambar-gambar nie keyh!


Kumpulan 3 : KAMILAH! 
(tolak 2 orang rasenyer, status dorang : UNDEFINED GROUP)














P/S : for more pictures, boleh tekan link nie.
-THE END-
*JUMPA LAGI!!






Wednesday, 12 September 2012

Terengganu Mount Berembun Challenge 2012

Salam, sebenarnya cerita nie dah lama dah. Baru nak updatekan dalam blog nie. Event nie adalah acara 
tahunan bagi Negeri Terengganu, dan ini adalah tahun kedua mereka. Secara ringkasnya, disertai dari dalam dan luar negara. Tahun nie ada beberapa kategori :

1 ) Remaja lelaki dan perempuan.
2 ) Terbuka lelaki dan wanita.
3 ) Tertutup lelaki dan perempuan Terengganu.
4 ) Veteran lelaki dan wanita.

Dan aku sertai Remaja Perempuan punya kategori. Dan ini trip kedua aku bersama S.O.S. Nanti aku ceritakan apakah S.O.S tersebut. Kronologi kisah race ini seperti tertera di bawah :



29/6/2012 :


9.30 malam -Bertolak ke RnR Temerlh. Pakteh tolong hantar. ^.^


10.00 malam - sampai. Kak Diza, Botak and Kak Zura dah sampai. They are my teammates. Aku and Kak Diza sama kategori. Off to Dungun, Terengganu.


2.30 pagi : Sampai. Tidur bawah fly depan pintu masuk. Tengok yang lain-lain ada yang tidur dalam khemah and dalam kereta, tapi Botak prefer tidur bwh fly. Hehe.

30/6/2012 :


8.30 pagi : START!!! Budak-budak Kerex UTeM ada join jgk. Siah, Chong, Anis and Zul. Semua kategri remaja. ( Kami muda lagi! )


10.20 pagi : Dah habis. Gila race nie memang gila. Mencanak- canak. Tapi alhamdulillah dapat juga habiskan. And won RM100. Dapat number 9. Tahun depan pasti nak join lagi. InsyaAllah.


p/s : Botak num 10, Kak Zura num 8, Kak Diza num 11 and Kerex team dpt finisher. BERJAYA! 


Layanlah gambar-gambar di bawah =)












The End~ Nantikan Trip Gunung Bubu pula.. ^.^





GUNUNG DI MALAYSIA MENGIKUT KETINGGIAN




1. Gunung Kinabalu 13,455 Sabah Kinabalu Park Sabah

2. Gunung Thusmadi 8,669 Sabah

3. Gunung Tambuyukon 8,462 Sabah

4. Gunung Murud 7,946 Sarawak

5. Gunung Mulu 7,795 Mulu Park Sarawak

6. Gunung Tahan(Kuala Tembeling)7,174 Taman Negara Pahang 

7. Gunung Korbu(Ulu Kinta) 7,162 Ipoh Perak 

8. Gunung Yong Belar 7,156 Perak/Kelantan

9. Gunung Gayong 7,129 Perak 

10. Gunung Chamah(Grik) 7,212 Tasek Temenggor Perak/Kelantan

11. Gunung Yong Yap 7,110 Tasek Temenggor Perak/Kelantan

12. Gunung Ulu Sepat(Grik) 7,089 Tasek Temenggor Perak/Kelantan

13. Gunung Batu Putih(Tapah) 6,990 Kg. Sg. Woh Perak 

14. Gunung Tama Abu 6,930 Banjaran Tama Abu Sarawak

15. Gunung Irau 6,924 Cameron Highland Pahang

16. Gunung Benum 6,914 Jerantut Pahang

17. Gunung Apd Runan 6,900 Sarawak Kelabit Highland Sarawak

18. Gunung Cerah 6,898 Perak/Kelantan

19. Gunung Berembun 6,817 Perak

20. Gunung Berinchang 6,664 Cameron Highland Pahang

21. Gunung Tangga 6,609 Cameron Highland Pahang

22. Gunung Swettenham 6,434 Taiping Perak

23. Gunung Liang Timur Peast 6,343 Behrang Ulu/Tg. Malim Perak

24. Gunung Siku 6,284 Cameron Highland Pahang

25. Gunung Noring 6,197 Perak

26. Gunung Bintang 6,110 Perak

27. Gunung Noring East 6,106 Kg. Kuala Balah Kelantan

28. Gunung Beremban 6,041 Pahang

29. Gunung Basor 6,038 Kelantan

30. Gunung Semangko 5,984 Kuala kubu Baharu Selangor

31. Gunung Ulu Kali 5,814 Ulu Yam Baru Selangor

32. Gunung Bujang 5,812 Pahang

33. Gunung Besar 5,737 Lasah/Sg. Siput Perak

34. Gunung Chabang 5,612 Simpang Pulai(Kinta) Perak 

35. Gunung Jasar 5,565 Cameron Highland Pahang

36. Gunung Rajah 5,526 Kuala Kubu Baharu Selangor

37. Gunung Bubu(Manong) 5,437 Kuala Kangsar Perak

38. Gunung Bah Gading 5,318 Kg. Gedung/Bidor Perak

39. Gunung Perdah 5,173 Cameron Highland Pahang

40. Gunung Ulu Jerneh(Selama) 5,172 Kg. Lubok Buaya/Kg. Masjid Perak

41. Gunung Rabong 5,047 Gua Musang Kelantan

42. Gunung Ulu Titi Basah(Grik) 5,030 Tasek Temenggor Perak

43. Gunung Lebah 4,992 Kg. Ulu Selim(Slim River) Perak

44. Gunung Tapis 4,960 Kuantan Pahang

45. Gunung Nuang 4,898 Pangsoon/Ulu Langat Selangor

46. Gunung Bedong 4,818 Cameron Highland Pahang

47. Gunung Besar Hantu 4,794 Bkt. Lolo/Ulu Langat Selangor

48. Gunung Mandi Angin(Dungun) 4,790 Kg. K. S. Perlis Kelantan

49.Pine Hill Tree(Frasiers Hill)4,777 Kuala Kubu Baru Selangor/Pahang

50.Gunung Hijau(Bkt Maxwell) 4,751 Taiping Perak

51. Gunung Ulu Perus 4,700 Taman Negara Pahang

52. Gunung Bunga Buah 4,690 Genting Highland Pahang

53. Gunung Stong 4,664 Kuala Krai Kelantan

54. Gunung Chingkai 4,583 Kg. Jalong/Sg. Siput Perak

55. Gunung Diwangsa 4,578 Taman Negara Pahang

56. Gunung Ulu Bakar(Jerantut) 4,563 Taman Negara Pahang

57. Gunung Gagau 4,513 Taman Negara Pahang

58. Gunung Ulu Bakau 4,421 Selangor

59. Gunung Inas(Grik) 4,400 Kg. Kenering Perak

60. Gunung Ulu Soh(K. Kangsar) 4,343 Tasek Chenderoh Perak

61. Gunung Padang 4,314 Terengganu

62. Gunung Berangkat 4,254 Perhentian Bertam Baharu Kelantan

63. Gunung Perdis 4,195 Taman Negara Pahang

64. Gunung Ledang(Segamat) 4,187 Asahan/Sagil/Tangkak Johor

65. Gunung Panggang Paku 4,155 Cameron Highland Pahang

66.Bkt Lata Papalang 4,152 Kg. Tg. Pari(Baling) Kedah

67.Gunung Biong 3,997 Kg. Baharu Sauk,Batu Kurau Perak

68. Gunung Jerai(Gurun) 3,992 Kuala Muda Kedah

69. Gunung Gajah Terom 3,958 Terengganu

70. Gunung Bokbak 3,934 Perak

71. Gunung Telapa Buruk 3,913 Kg. Ulu Klawang N. Sembilan

72. Gunung Irong 3,908 Pahang

73. Gunung Kuak Rimau(Grik) 3,712 Pahang

74. Gunung Kubang Badak 3,650 Kg. Surau Baling Kedah

75. Gunung Gabis 3,627 Kg. Bkt Koman(Raub) Pahang

76. Gunung Penumpu 3,590 Taman Negara Pahang

77. Gunung Serundum 3,462 Pancing/Kuantan Pahang

78. Gunung Lerek(Maran) 3,441 Kg. K. Sentul Pahang

79. Gunung Besar 3,398 Johor

80. Gunung Belumut 3,313 Kg. Kahang/Kluang Johor

81. Gunung Bekok 3,126 Johor

82. Gunung Datok 2,900 Rembau N. Sembilan

83. Gunung Raya 2,890 Pulau Langkawi Kedah

84. Gunung Perak 2,836 Kedah

85. Western Hill(Penang Hill) 2,723 Pulau Pinang

86. Gunung Angsi 2,702 Kuala Pilah N. Sembilan

87. Gunung Tampin 2,507 Tampin N. Sembilan

88. Gunung Pulai(Pulai) 2,147 Johor

89. Gunung Senyum 1,594 Felda Bt. 25/Jengka Pahang

90. Gunung Panti 1,498 Kg. Lukut, Kota Tinggi/ Johor

91. Bukit Takun 1,450 Melawati/Ulu Klang Selangor

92. Gunung Lubok Tedong 1,420 Melawati/Gombak Selangor

93. Gunung Lepo 1,400 Ulu Langat Selangor