Pages

Thursday, 20 September 2012

XPDC GUNUNG BESAR HANTU with KeReX UTeM

Alhamdulillah. Dah selamat turun dari Gunung Besar Hantu, Jelebu, Negeri Sembilan.

XPDC GUNUNG BESAR HANTU, 14/9 - 16/9 2012.
"MENJEJAK KEMAAFAN SAMBIL MENIKMATI ALAM FLORA DAN FAUNA"
p/s : pengalaman ke 3 aku bersama kerex utem. Sesungguhnya aku masih lagi newbie dalam xtvt pegunungan nie. Melalui trip nie, byk benda baru aku belajar. Antaranya :

 RENDANG KEREX

Pes Rendang Segera
Santan
Daun Serai

#Makan rendang segera atas gunung. Benda baru! Haaa.. Kau ada?? ( Hahaha. Sedap taw, cubalah )

JUMAAT 14/9/2012

12:00 tgh malam - Bergerak dari UTeM. Sebelum tu lepak luu dekat PPP, kumpul semua pendaki , borak-borak, kenal-mengenali dll. Send mesej kepada kenalan rapat dan family yang mengatakan anda akan naik ke gunung. Kalau tak, tak lah dorang risau kita tak balas mesej dorang kan?? Minta tips sikit dari Bro Hazim (fb/saya dan awak) ex-senior KeReX.

 3:25 pg - Sampai di Masjid Kampung Chennah. Giler babaiii ngantuk! =.= Then, kami semua lena dibuai mimpi indah. Tetapi mungkinkah akan kekal indah esoknya? Wallahualam.

SABTU 15/9/2012

8:25 pg - 4wd sampai. Saat yang dinanti. Yeeehaa! ^.^ Aku suka naik 4wd, suka naik lori! Sebab tu aku suka naik gunung kottt?? *think! =) Tapi malangnya 4wd kali nie, asyik mampos ajer. Makanya, kami tukar 4wd disaat-saat akhir.Kalau tak, rasanya memang makin lambatlah start trekking nanti.

9:45 pg - Sampai di starting point . Cuak beb! Hati berdebar-debar. Harap-harap trip kali nie juga berjalan lancar seperti trip-trip aku sebelum nie sebab SELALUNYA trip yang aku pergi tak pernah hujan lebat. Alhamdulillah. Tapi kali nie tak tahulah. Based on my survey dari Abg Fendi(penyamun) mengatakan Negeri 9 memang selalu hujan, hopefully this time hujan akan beri laluan pada kami. Aminnn..

11:05 pg - Pergh! Selesai ngadap Trek Balak. =.= Dah sampai Kem Hantu Air. Check point pertama. I hate trek balak. Memang senang masa jalan tapi lepas tu kau rasalah sendiri sakitnya. Lagi-lagi siapa yang penggemar kasut "Bowling" . Hehehehe. ( #bilakah mampu untuk membeli SALOMON/TEVA/KARRIMOR dan lain-lain?? )

12:30 tgh hari - Angkat Sauh! Bergerak ke Kem Orkid. Dengar cerita dorang nak shoot ke Puncak tapi pendapat aku sendirilah, tak payah lah tidur puncak sebab majoriti first time naik GBH nie, So take timelah. Enjoy dulu. Agak-agak nak try puncak, dtglah GBH sekali lagi. Hehe. PENDAPAT SHJ,tau.

2:30 ptg - Sampai Kem Orkid. Hujan renyai-renyai. Nasib tak lebat sangat. Orkid banyak ! Tapi warna purple sahaja. Teringat orkid putih dekat Gunung Tahan. ( ^.^ Aku rindu gunung Tahan giler babai nie, bilalah nak repeat. Eh-eh,,terlepas keTahan plak. Tunggu entri tentang
Tahan plak tau! )

4:00 ptg - Semua dah sampai! Abang Wan dan Kak Lieza sampai. Abang Wan nie dah sakit-sakit pun naik lagi. Tulah orang cakap kan, kalau dah gila ker gunung nie, walau apapun rintangan tetap akan diharungi kerana hak mendaki hak kami! ^.~ Ehhhhh, MILO plak. Tapi betullah, 2 orang yang GILA GUNUNG aku dah jumpa, Abang Wan dan Abang Fendi . Aish...

9:00 mlm - Makan time! Tidur awal malam nie. Esok nak naik puncak pukul 5 pagi.

AHAD 16/9/2012

5:00 pg - Bangun tidur dengan mamai tadi. Hek2. Ngantuk toiii! Tapi demi puncak GBH! Sanggup diredahi pagi yang sejuk bhaaiiii! Trekking dengan As dan Siah.

6:30 pg - Sampai di Puncak. Sejuk! Bergambar. Solat Subuh beramai-ramai. Tunggu sunrise tapi tak ada rezekilah kali nie. Takpelah. GBH suruh melawat dia lagi sekali nie. ^.~ Kabus tebal sangat.

7:00 pg - Rendang KeReX sedang dicipta. Haha. Apalah malang kumpulan 3 kali nie. Daging rendang tak bawak. Terpaksa minta belas ihsan group lain. Tapi walau apapun rendang kami THE BEST! Hehe. Makan, then shooting time!

10:30 pg - Turun ke Kem Orkid. Nak balik keluar nie. Trek dgn Siah dan Pokjad. 

11:30 pg - Sampai Kem Orkid. Kemas tapak khemas. Bawa turun balik apa yang anda bawa naik. RULES #1 for hikers.

12.05 tgh hari - Gerak ke Lata Kijang. Nak mandi!! Weeeee** Dah 2 hari tak mandi nie. Masham dah badan nie. Trek santai-santai sebab jiwa tengah happy. Borak sampai kering tekak dengan Siah dan Pokjad. In the middle terserempak Joe and the Geng. Salah jalan??? cuak jugak sebab rasa lama sangat jalan nie. Rasanya masa masuk semalam tak lah selama nie. Aduhh,, tawakal- tawakal. Jgn panik. Cari jejak tapak kaki. Dapat pun ! Tanda anak panah untuk orang di belakang.. ( bila borak tanya orang belakang, nampak tak tanda anak panah, dorang cakap tanda X. =.= Haha. Nasib baik dorang ikut X tu, kalau tak ke manalah dorang )  
#pengajaran : buat anak panah baik-baik sikit lepas nie yer cik alia! Bahaya tau tak?? )

1:05 ptg - Simpang Lata Kijang. 15 minit dari Simpang tu ajer sebelum ke Tangga. GAYAT?? Hehehe. Alhamdulillah, lepas layan flying fox malam bulan puasa dulu ( dkt Bukit Kinding Resort, flying fox terpanjang di Malaysia ) gayat nie beransur-ansur hilang. So, easy lah utk turun tanggat nie. *heeeehee.. 

1:45 ptg - Sampai. Subhanallah.Cantik. jom mandi!!!

5:30 ptg - 4wd datang . Bubye GBH. =( Sedih gila time balik tengaok scenery. Tenang gila tgk gunung-ganang nie. Hilang semua masalah. See you again, Besar Hantu. =)

12:00 tgh malam - Sampai TTU2. Misi kali nie berjaya.

p/s : KeReX best! Layan gambar-gambar nie keyh!


Kumpulan 3 : KAMILAH! 
(tolak 2 orang rasenyer, status dorang : UNDEFINED GROUP)














P/S : for more pictures, boleh tekan link nie.
-THE END-
*JUMPA LAGI!!






4 comments:

  1. rendang kerex terbaik. sbb rendang, deq yah boleh shoot 30 minit je dr puncak ke orkid. wahahaha.. ciritttt.

    ReplyDelete
  2. sang tuah: huhu.. tp tk sehebat blog awak.. skrg pun kemas kini balik...
    kura : tu lah.. thanks dekat die lah kan? hiiii

    ReplyDelete