Pages

Friday, 23 November 2012

DELEGASI REKREASI IPT 2012

Alhamdulillah, cuti mid-sem aku yang lepas telah terisi dengan aktiviti gunung. Hilanglah rindu kat mr.gunung aku tuh. Haha. Kali ni naik  sekali lagi BEREMBUN-PERDAH-JASAR. Delegasi kali nie dianjurkan oleh UiTM Shah Alam. Berikut perjalanan yang ditempuh oleh kami berlima. 

1) Siah
2) Anis
3) Aku
4) Nail
5) Zubir
14 November 2012  RABU

9.00 pagi - 
Aku bergerak dari Jengka ke Ipoh.

12.00 tengahari -
 Siah,Anis dan Nail bergerak dari Seremban. Zubir tunggu kamiorang kat Ipoh ajer. Al  maklumlah orang Perak.

4.45 petang -  
Kamiorang berkumpul di Medan Kidd,Ipoh. Tunggu bas untuk ke Cameron Highlands pulak. Yoshh!! Pewai sebab duduk dalam bas ajer nie.

6.00 petang -
Bergerak ke Cameron Higlhlands. Layan view Ipoh. Subhanallah. Bandar Dragon Ball.

9.00 malam -
Sampai~ Wee.. Jum makan! Lapar sesangat dah nie. Makan kat kedai 'akak' Zubir.

9.50 malam - 
Haha. Gelak dulu. Nak cerita,panjang ceritanya. Nak dipendekkan, kami dah pro dah area Tanah Rata dan Brinchang. Kes?? Haha. Jalan malam-malam untuk ke Kem Sungai Pauh. Tapi alhamduliilah,separuh jalan dari Tanah Rata nak ke Berinchang tu,ada pakcik powil tumpangkan kami. Powil free kali nie. TERIMA KASIH pakcik. Then,kami didropkan di Pekan Brinchang, Jalan-jalan pasar malam. Kamiorang taktahu mana jalan nak ke kem sebenarnya nie. So,mintak tolong geng S.O.S jap . Emey.. Thanks lah jd penunjuk jalan kamiorang ea. Aku ingat lah padang gol kau,bulatan ,Taman Sedia kau tuh. Ngee~ So,jalanlah kami..

11.05 malam -
Sampai Kem Sungai Pauh. Lega~ Tapi rupa-rupanya KeReX team first arrive nie. Geng-geng lain tak sampai lagi. So,tidur.

15 November 2012 KHAMIS

9.30 pagi -
Okeyh. GUNUNG BERINCHANG tunggu kami. Yosh! Last minute punye plan,nak naik Berinchang sebab kebosanan, so Emey di telefon lagi. Dah tahu jalan,kamiorang gerak. Lenggang kangkung semua.

10.30 pagi -
Sampai starting point. Sebelah loji ape tah namanya. Jum naik~

12.00 tengahari - 
Sampai puncak, Dalam perkiraan maybe 1 jam setengah dah sampai puncak. Tapi layan view dipertengahan jalan dulu.

12.30 tengahari -
Turun. Trail yang lain. Jalan tar kali nie. Okeyh. Get ready!! 25km dalam kiraan Siah telah kami lalui hari nie. Pewai~

3.45 petang -
Sampai Kem Sungai Pauh semula. Makan dan rehat.

5.00 petang -
Daftar delegasi.

9.00 malam -
Perkenalan delegasi.

16 November 2012 JUMAAT 

 9.00 pagi -
Senamrobik

1.00 petang -
Rehat

3.00 petang -
Amazing race.

5.00 petang -
Bersurai

9.00 malam -
BBQ + main game 'shumoku'. Haha. Best game nie!

11.00 malam -
Tidur

17 November 2012

9.30 pagi - 
Hari nie Perdah-Jasar-Berembun jadi tujuan utama. Okeyh jum start trekking~

10.30 pagi - 
Sampai Perdah. Bergambar.

10.50 pagi -
Ke Jasar pula.

11.45 pagi - 
Sampai Jasar. Bergambar sekejap.

12.00 tengahari -
Turun ke Tanah Rata. Rehat makan untuk ke Berembun pula.

2.15 petang - 
Bergerak naik dari MARDI.

3.15 petang -
Sampai puncak Berembun. Hujan. Tiada view lagi sekali untuk tri[p ini. InsyaAllah, lain trip pula.

3.50 petang - 
Bergerak turun.

4.55 petang -
Sampai di Kem Sungai Pauh.

18 November 2012 AHAD

10 pagi - 
Majlis penutupan.

1.00 petang - Semua bersurai dan nak berangkat pulang ke universiti masing-masing.

p/s : JUMPA KORANG LAGI DI DELEGASI/TRIP SELEPAS INI. Aminn~
        -the end-

dipersilakan layan pics dibawah~
(sekarang line slowlah..nanti aku edit balik.layan yang nie dlulu lah..)
THAT THE END~ MAAF ATAS KESALAHAN KOSA KATA OR APE2 AJELAH. ^.^


Sunday, 4 November 2012

Kami bermain badminton

Assalamualaikum w.b.t~
Begitulah tajuk post aku kali nie. SEMUANYA TENTANG BADMINTON.
Hee~ Rowers UTeM menghilangkan lelah dengan main badminton. Asyik main mr.ergo sahaja. Makanya kali nie bermain badminton plak.

TARIKH : 2/11/2012
WAKTU : 5.00 PETANG - 7.00 MALAM
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN UTeM.

Moh layan  gambar-gambar kami~





p/s : love you guys!

Sepagi bersama Mrs. Kayak

Assalamualaikum w.b.t .
Sekarang tengah study sebenarnya tapi mood lost secara tetibe. Ngee~ So,daripada aku melangut tak buat apa-apa tiba-tiba rasa nak update blog nie lagi.
Cube teka ape aku buat hari nie? Huhu. BERKAYAK. Credit to : Kayakers UTeM sebab ajar aku and kawan aku berkayak. Last main kayak mase dekat matrikulasi. Bayangkan dah berapa lame? Hee~

 TENTATIF :

9.15 PAGI --> Nasi Impit dengan Kuah Kacang datang ambil. (Naruto dgn Feqa).

9.25 PAGI --> Dah sampai dekat  Redtma dah. Hihi. Ade Adam, Wawa Paw, Mail, Aiman, Datok, Amran then aku dengan Yana.

9.45 PAGI --> Okeyh. Masuk ayaq. Mule-mule cuak jugak tapi slow-slow, nebes tu hilang. Alhamdulillah. 1 lagi fobia aku telah berjaya dikurangkan.

12.00 TENGAH HARI --> Naik. Penat dah. =)

Beberapa kejadian menarik telah berlaku. Haha. 2 kali aku capsized hari nie. Ngee~ Yana sekali. Last aku capsized mase nak turun dari air. Aiyark!! Huhu. Luke sikit. Tapi sikit aje. Ngee~ Tengah hari layan nasi ayam ramai-ramai.

p/s : THE END entri kali nie. Layanlah pic di bawah.
aku dan yana
aiman,adam dan wawa paw
kayakers utem family.

JUMPE LAGI KORANG~~




Friday, 2 November 2012

SkyFall

1 November 2012
Hang out dengan kawan-kawan.
Layan cerita skyfall James Bond.
3 star bagi aku. Best!
^.^
dengan yana
kawan-kawan bahagia
big bro

skyfall 2d

kak mira


saya tak minum ais tu taw!

mate dah ngantuk~
p/s : Berjaya tgk skyfall!



Test mode

Assalamualaikum~ Aiyarkkk! Berhabuk dah rupanya aku punya blog nie. Sekarang aku dah dalam Tahun 2 di UTeM nie. Sekejap jer masa berlalu. Minggu depan Test beratur menunggu giliran untuk membahamku. Arghh! Stresss~
Okeyh! Fokus. Lupakan cinta sekejap ea.
p/s : Entri aku akan makin pendek lepas nie. Ahahaha.

Jatuh Cinta Lagi

Kalau kita SUKAKAN seseorang.. 

Jangan beritahu SI DIA.. 

Nanti ALLAH kurangkan rasa CINTA kita kepadanya..

Jadi luahkan kepada ALLAH, 

Beritahulah ALLAH.. 

Kerana Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita..

Sama-samalah kita BERCINTA kerana ALLAH.. :-)




Sekarang dalam diam aku dah jatuh cinta dengan seseorang, tapi dalam masa yang sama seseorang tu dah minat pada orang lain. So,aku hanya mampu minat dan tengok dia dari jauh saja. Sambil dia tengok orang yang dia minat tu. Jodoh semua ditangan Allah. Wallahualam.

p/s : Entri kali nie pendek sahaja. ^.^