Pages

Friday, 23 November 2012

DELEGASI REKREASI IPT 2012

Alhamdulillah, cuti mid-sem aku yang lepas telah terisi dengan aktiviti gunung. Hilanglah rindu kat mr.gunung aku tuh. Haha. Kali ni naik  sekali lagi BEREMBUN-PERDAH-JASAR. Delegasi kali nie dianjurkan oleh UiTM Shah Alam. Berikut perjalanan yang ditempuh oleh kami berlima. 

1) Siah
2) Anis
3) Aku
4) Nail
5) Zubir
14 November 2012  RABU

9.00 pagi - 
Aku bergerak dari Jengka ke Ipoh.

12.00 tengahari -
 Siah,Anis dan Nail bergerak dari Seremban. Zubir tunggu kamiorang kat Ipoh ajer. Al  maklumlah orang Perak.

4.45 petang -  
Kamiorang berkumpul di Medan Kidd,Ipoh. Tunggu bas untuk ke Cameron Highlands pulak. Yoshh!! Pewai sebab duduk dalam bas ajer nie.

6.00 petang -
Bergerak ke Cameron Higlhlands. Layan view Ipoh. Subhanallah. Bandar Dragon Ball.

9.00 malam -
Sampai~ Wee.. Jum makan! Lapar sesangat dah nie. Makan kat kedai 'akak' Zubir.

9.50 malam - 
Haha. Gelak dulu. Nak cerita,panjang ceritanya. Nak dipendekkan, kami dah pro dah area Tanah Rata dan Brinchang. Kes?? Haha. Jalan malam-malam untuk ke Kem Sungai Pauh. Tapi alhamduliilah,separuh jalan dari Tanah Rata nak ke Berinchang tu,ada pakcik powil tumpangkan kami. Powil free kali nie. TERIMA KASIH pakcik. Then,kami didropkan di Pekan Brinchang, Jalan-jalan pasar malam. Kamiorang taktahu mana jalan nak ke kem sebenarnya nie. So,mintak tolong geng S.O.S jap . Emey.. Thanks lah jd penunjuk jalan kamiorang ea. Aku ingat lah padang gol kau,bulatan ,Taman Sedia kau tuh. Ngee~ So,jalanlah kami..

11.05 malam -
Sampai Kem Sungai Pauh. Lega~ Tapi rupa-rupanya KeReX team first arrive nie. Geng-geng lain tak sampai lagi. So,tidur.

15 November 2012 KHAMIS

9.30 pagi -
Okeyh. GUNUNG BERINCHANG tunggu kami. Yosh! Last minute punye plan,nak naik Berinchang sebab kebosanan, so Emey di telefon lagi. Dah tahu jalan,kamiorang gerak. Lenggang kangkung semua.

10.30 pagi -
Sampai starting point. Sebelah loji ape tah namanya. Jum naik~

12.00 tengahari - 
Sampai puncak, Dalam perkiraan maybe 1 jam setengah dah sampai puncak. Tapi layan view dipertengahan jalan dulu.

12.30 tengahari -
Turun. Trail yang lain. Jalan tar kali nie. Okeyh. Get ready!! 25km dalam kiraan Siah telah kami lalui hari nie. Pewai~

3.45 petang -
Sampai Kem Sungai Pauh semula. Makan dan rehat.

5.00 petang -
Daftar delegasi.

9.00 malam -
Perkenalan delegasi.

16 November 2012 JUMAAT 

 9.00 pagi -
Senamrobik

1.00 petang -
Rehat

3.00 petang -
Amazing race.

5.00 petang -
Bersurai

9.00 malam -
BBQ + main game 'shumoku'. Haha. Best game nie!

11.00 malam -
Tidur

17 November 2012

9.30 pagi - 
Hari nie Perdah-Jasar-Berembun jadi tujuan utama. Okeyh jum start trekking~

10.30 pagi - 
Sampai Perdah. Bergambar.

10.50 pagi -
Ke Jasar pula.

11.45 pagi - 
Sampai Jasar. Bergambar sekejap.

12.00 tengahari -
Turun ke Tanah Rata. Rehat makan untuk ke Berembun pula.

2.15 petang - 
Bergerak naik dari MARDI.

3.15 petang -
Sampai puncak Berembun. Hujan. Tiada view lagi sekali untuk tri[p ini. InsyaAllah, lain trip pula.

3.50 petang - 
Bergerak turun.

4.55 petang -
Sampai di Kem Sungai Pauh.

18 November 2012 AHAD

10 pagi - 
Majlis penutupan.

1.00 petang - Semua bersurai dan nak berangkat pulang ke universiti masing-masing.

p/s : JUMPA KORANG LAGI DI DELEGASI/TRIP SELEPAS INI. Aminn~
        -the end-

dipersilakan layan pics dibawah~
(sekarang line slowlah..nanti aku edit balik.layan yang nie dlulu lah..)
THAT THE END~ MAAF ATAS KESALAHAN KOSA KATA OR APE2 AJELAH. ^.^


2 comments: