Pages

Tuesday, 24 December 2013

Rangkuman 2013 [ Penutup ]

Assalamualaikum. Akhirnya,kita dah sampai ke penghujung untuk entri Rangkuman 2013 aku kali nie. Seperti yang dijanjikan,aku akan bercerita tentang aktiviti-aktiviti 2013 aku:

  •  XPDC TRANS TITIWANGSA FULL VERSION + BERHID WITH KeReX
  •  BEREMBUN MOUNT CHALLENGE 2013 WITH S.O.S
  •  BERKELAH WATERFALLS WITH POLI KOTA MELAKA
  •  TEVA KENABOI ADVENTURE RACE
  •  GUNUNG DATUK WITH FRIENDS
  •  SIRKIT NOGORI TAMPIN WITH S.O.S
  •  XPDC KEMBARA MERDEKA SMK MERAPOH DI GUNUNG TAHAN
  •  CUCI DAN DAKI BROGA
  •  GUNUNG DATUK DENGAN KAK VEENO
  •  ECO RUN UTeM
  •  GUNUNG DATUK WITH KeReX JUNIOR
  •  LANGKAWI INTERNATIONAL EXTREME CHALLENGE
  •   ROFEST GATHERING WITH S.O.S

Alhamdulillah. Selamat sudah aku lalui semua aktiviti-aktiviti ini. Masa mula-mula awal sem 5 nie aku cakap taknak sibuk-sibuk dah. Tapi kau tengok laaaa. Aku memang suka hidup sibuk. Sebab semua benda yang aku buat nie benda yang aku suka. ;) tapi jujur, sem nie paling tak puas. Mungkin kurang masuk hutan, maksud aku trip lama-lama. insyaAllah 2014 akan jadi seperti tahun 2012. Harapan akulah.

Sampai disini sahaja 2013, aku takkan jumpa kau dah. Semua kenangan 2013 adalah pengajaran terbaik untuk aku. Semoga 2014 dan tahun-tahun seterusnya aku diberi umur yang panjang dan dimurahkan rezeki. Semoga aku lebih baik dari semalam. Amin. Jumpa korang tahun 2014. Tata!

Rangkuman 2013 [Bahagian 2]

PART 2

Okay, dah sampai bahagian kedua. Bahagian pertama dah pun aku selamat post, dan aku sedang berusaha untuk delete dalam memori aku. Memang takkan terdelete lah kenangan tu Cik Kosong oi! Dah namanya memang kenangan. Makanya, kenangan itu tinggal sebagai kenangan. Peace yaw! Aku dah tak kisah dah pasal kau. Aku taknak kisah dah pasal kau sebab kau tak pernah berusaha. Kalau makcik-makcik aku tak suka kau pun tapi kau tak pernah berusaha….. jadi, FULLSTOP. Salah aku juga, aku terlalu muda untuk semua ini. Aku terlalu muda dan buat keputusan terburu-buru. Tapi yang penting aku belajar dari pengalaman dan aku belajar untuk kenal sifat kau dalam masa yang sama. WOI!!!! Kau nie Cik Emptyblank a.k.a Cik Kosong, enough! Please! Enough! Okay,okay! Im done~ *macam Sakura dalam cerita Naruto pula aku nie, ada 2 karakter dalam 1 badan. Ouh, ninja-kun!
Untuk bahagian 2 nie,aku nak mengutamakan tentang .. jeng jeng jeng….about… SISTERHOOD! Aku kan tiada adik-beradik perempuan. Dan aku tak tahu apa perasaan share masalah dengan kakak-kakak, dengan adik-adik perempuan. Tapi mereka mengajar aku! Terima kasih semua sayang-sayang aku. Mmuah! Antara calon-calonnya adalah :

 Melody Teratai a.k.a Kak Maz

Kak Maz. She teach me about how to be a strong girl. Sebab kami dikecewakan oleh lelaki yang sama. Kehadiran Kak Maz betul-betul menguji hubungan aku dengan ex-tunang, tapi aku takkan simpan apa-apa perasaan marah, benci atau dendam dekat Kak Maz sebab DIA TAK BERSALAH. Dia perempuan macam aku dan aku faham perasaan dia. Aku bersyukur kepada Allah, aku diperkenalkan dengan wanita hebat ini kerana dia mengajar aku untuk jadi kuat macam dia. Dan aku akan terus kuat seperti dia.

 Adinda Pelangi a.k.a Kak Adik

Kak Adik, pertama kali jumpa dia di TBS awal tahun 2013. Bulan 8 *kalau tak silap, aku diketemukan kembali dengan dia. Subhanallah. Takdir Allah tiada siapa yang dapat lawan. Takdir aku untuk berjumpa dia semula kerana aku juga mengutip pengalaman hidup dari dia. Kepada dia aku mengadu. Dugaan aku nie tidaklah sekuat dugaan dia. Maka, sekarang aku tidak rasa apa-apa seperti bebanan yang sangat kuat sebab aku tahu ada orang pernah lagi kuat dugaan mereka dari aku. Syukur, ya Allah.

   Qaseh Farrah An-nur a.k.a Kak Fara

Allahuakbar. Wanita ini aku kenal mula-mula sebagai adik angkat kepada ex-tunang aku. Aku tak kisah, lalu aku add dia sebagai friend list dalam fb aku. Dan rupanya, aku kenal dia juga kerana 1 sebab. Aku perlu mengenali die kerana dugaan dia lagi hebat dari Kak Adik, dari Kak
Mas dan dari aku sendiri tentunya. Kehilangan ayahanda tercinta di usia yang masih muda, kemudian di uji lagi kehilangan untuk selamanya insan yang tersayang dan sekarang masih bergelut dengan masalah dia sendiri. Kadang-kadang aku hampir  menangis melihat ketabahan dia. Aku tak pernah jumpa dia face to face tapi dia sanggup bercerita masalah dia kepada aku dan aku sanggup bercerita masalah kepada dia. Allah, sungguh indah perancanganMu. Semoga kami akan terus kuat.

   Nana Shah a.k.a Nana

Beliau kawan kepada ex-tunang. Kawan fb. Dan aku kenal kerana dia banyak memberi aku kata-kata nasihat. Mulanya aku fikir dia nie hanyalah lagi satu parasite dalam hubungan kami,pada mulanya. Tapi dia juga banyak tolong aku menunjukkan sisi sebenar insan yang aku pernah sayang. And we will always be a good friend.

Nanei Hanan a.k.a Kak Nanei

Akak yang kecil, pada mulanya aku agak risau untuk bercerita kepada dia akan masalah aku kerana dia merupakan kawan kepada Kak Maz. Ak takut untuk percaya orang tapi tekaan aku salah. Dia positif. Dia sendiri pun bercerita akan masalah dia kepada aku. Dan ini buatkan aku rasa lagi kerdil. Kerdil apa? Kerdilnya masalah aku dibandingkan mereka ini. Allahuakbar. Terima kasih Ya Allah.

Yeah! They are my lovely sister! Thanks akak-akak semua. Kalian mengajar aku bagaimana untuk teruskan kehidupan. Putus tunang? Alah, cari lah yang baru. *jeng jeng jeng. Cik Emptyblank nie tak laku ke? Bwerk!
Sampai 1 masa nanti, saya akan beri jawapan yang awak nanti-nantikan. Sekarang bagi masa untuk saya bersihkan segala memori tentang dia. Awak sanggup tunggu kan? *Woit!! Awak? Who is he? Haa. Tunggu 2014 lah ea. Sekarang dah dekat final. Kena kosongkan semula. *Yeke? Entah esok-esok ‘awak’ tu keluar? Hee~ Wait and see lah.

Okay, tunggu PART 3 untuk rangkuman aktiviti-aktiviti aku bagi 2013. Tipulah aku duduk je dalam UTeM study tak keluar-keluar berbukit ,bergunung atau berair. Kan?? See you all then. *Perasan ramai orang baca blog kau ea? Walau hakikatnya tiada orang baca blog kau.







Rangkuman 2013 [Bahagian 1]

PART 1
Wau, sampai ada bahagian-bahagian. Motif? Motifnye 2013 nie banyak sangat halnya. Tapi aku highligthkan yang paling besar dulu. So, happy reading dan minta maaf atas kesalahan tatabahasa. Ada aku kesah? Bwerkkk!
Peristiwa 1 : BERTUNANG lalu PUTUS TUNANG dan KELUARGA TERCINTA..
Salam dan selamat hari lahir buat kamu. J  *Tetiba kena ucap, dah kenapa aku ni?? Cik Emptyblank tengah jiwa kacau. Okay. Okay. Mungkin hari ini 23/12/2013, hari terakhir aku akan cerita pasal kau dalam blog aku nie. *Elleh, Cik Emptyblank, ye dok mu? Ya iyalah! Kali ni insyaAllah, pasti! Aku akan berusaha dan pastikan aku akan berhenti stalk kau, stalk perempuan-perempuan kau, berhenti stalk facebook adik-adik kau. Ouch! You are so pathetic giler selama nie Cik Kosong? Alahhhh. Perempuan. Dan perempuan itu aku. Kerana aku nie adalah aku. Ada faham? Rasional aku buat benda tu sebab untuk lupakan kau. Aku nie gile sikit kalau dah sayang orang. Salah aku. Aku terlalu sayang kau. Tapi sudah sampai masanya aku lupakan kau. Sebab kau bukan sayang aku pun. Alah, kau kan kaki perempuan. *Cik Emptyblank nie, time kau sayang dia, kau cakap benda yang manis je, bila dia dah pergi mulalah kau nak meroyan sorang-sorang. Okay. Okay. Kembali berfikir guna otak ok. Aku minta maaf dekat kau, tak bermaksud pun. Tapi aku ralat sangat, sebab kau, makcik-makcik aku benci aku. Padan muka aku jugak. Sebab aku nie degil. Keras kepala. Hati batu. Aku nie dah jadi perempuan jahat dah. Sebab boleh cari pasal dengan makcik-makcik sedarah bapa sendiri. Sebab kau ar aku jadi perempuan jalang dengan saudara aku sendri. Huh! * Salah aku jugak. Sebab aku nie degil. Keras kepala. Hati batu. Makcik aku sendiri remove aku dari friend list dia. Sampai block aku dari fb dia. Last-last aku remove semua adik-adik, sepupu dan mak saudara lain dari facebook friend list aku. Haha. Bongok ! Apa hal kau libatkan keturunan kau yang lain pulak lahanat?? *Ops, giler vavi ayat aku nie. Alia Farhana ke nie? Aku risau 2014 nanti aku jadi Alia yang lain ar. Sebab 2013 aku jadi Alia yang baik sangat sampai aku tertindas. Eh. Eh. Tapi paling penting ingat Allah dan mak abah. Sebab my biggest supporter sekarang mak dan abah, walaupun aku nie jahat dengan dorang. Degil. Keras hati. Kepala batu. Sobs. Sobs. Back to main story, kenapa remove keturunan kau pulak? Sebab aku dah taknak libatkan apa-apa hati dan perasaan saudara aku yang lain. Kadang-kadang aku up status yang macam perempuan sundal punya status. Padahal aku cakap untuk maksud perkataan yang lain tapi keturunan aku salah faham pula. So, to avoid that, aku taknak bagi dorang baca status-status aku yang selalu sakitkan hati orang tu. Fullstop! This is non-sense! Oh Cik Emptyblank! Come on! Get a life. Tapi ingin aku beritahu kepada satu dunia, wahai manusiawi APA-APA PUN, KAU KENA UTAMAKAN KELUARGA. JAHAT BAIK BURUK MEREKA, ADA SEBAB MEREKA BUAT SEMUA TU. JADI, JANGAN BENCI MEREKA. MAAFKANLAH MEREKA. KERANA BUKAN MEREKA YANG MENGGUNAKAN SAIZ KASUT KITA TAPI SELAGI MEREKA BERNAMA KELUARGA, SELAGI DARAH KITA ADALAH DARI DARAH MEREKA, UTAMAKAN MEREKA. JANGAN BENCI MEREKA. Aku sayang family aku. Sebab nanti aku akan kembali ke mereka juga. Cuma sekarang aku tengah berfikir, macam mana aku nak jumpa dengan makcik-makcik saudara, sepupu-sepupu aku yang aku dah remove friend tu. Macam mana aku nak hadap mereka nanti? Wallahualam. Yang pasti,aku kena jumpa juga hari esok. Andai ajalku belum menjemput.

Tamat dulu Bahagian 1. Aku akan berhenti sampai di sini. 2014 takkan ada sudah tentangmu wahai Putera Tahan. *Tapi… tapi aku akan update lah kalau tiba-tiba kau dah kahwin kan? Kau cakap kau nak kahwin umur kau 30 tahun. Dengan siapa? Aku tak tahu sebab aku tengok ramai calon menanti tu. Peace! Gonna forget everything about you! 






p/s : what ever it is, aku akan terus survive. yeah!

Sunday, 15 December 2013

Harus berani

# Abang tak cakap apa-apa lagi dekat mek, Lia kena datang cakap sendiri.
# Datang dan cakap dekat mek A sampai Z

!@@#$%^&*(

Dah-dahlah fikir apa orang kata

# Cik Emptyblank dapat nie dari facebook Prof Dr. Muhaya


Kadangkala apabila terlalu memikirkan tanggapan orang lain terhadap kita, maka kita akan sentiasa dibayangi oleh bermacam-macam tanggapan negatif orang terhadap kita. Gejala seperti ini tidak elok kerana ia menjejaskan keyakinan diri kita. Kehidupan manusia dipengaruhi oleh dua kesedaran iaitu kesedaran ketuhanan dan kesedaran keegoan.

Orang yang ego mempunyai beberapa ciri berikut iaitu:

1. Selalu ingin bersaing dengan orang lain;
2. Merasakan dia sahaja yang betul;
3. Cepat marah;
4. Hendak lebih daripada orang;
5. Suka fikir apa orang kata;
6. Mengukur orang lain berdasarkan apa yang mereka ada seperti pangkat atau harta.

Jika kita mempunyai sifat-sifat di atas, ini membuatkan diri kita akan menjadi stress tetapi sebaliknya jika kita mempunyai kesedaran ketuhanan seperti berikut iaitu:
1. Tidak bersaing dengan orang lain;
2. Selalu mengalah apabila berlaku perselisihan;
3. Sentiasa mencari kebaikan orang;
4. Sentiasa memperbaiki diri;
5. Lemah lembut;
6. Murah hati;
7. Menerima manusia seadanya.
alololo tamau marah-marah titew dah

Tentang Nabi Kita

# Dalam riki-riki blog dan facebook terjumpa ini. Allah, aku ingin jadi lebih baik. Amin.

klik pada gambar untuk lebih penjelasan

Saturday, 14 December 2013

Aku bukan untukmu


allahuakbar. aku akan terus kuat. amin.

Aku sendiri tanpamu


'xpe, saya faham. lia boleh dapat yang lebih baik dari saya'
'yela lia, saya takpe'
'keluarga lagi penting'
'xpela,lia jaga diri la'

Monday, 9 December 2013

Aku Tak Macam Dulu

# Rindu Alia yang dulu. Yang sentiasa ceria. Yang sentiasa ketawa.
# Sekarang aku hanya mampu senyap dan menangis bila semua orang fikir mereka yang betul walaupun tak betul.
# Sekarang aku hanya mampu senyum dan menangis sendirian bila orang anggap aku sentiasa salah di mata mereka.
# Aku hanya mampu senyap dan senyum bila mereka buat aku macam aku takde perasaan.

# Psst. Mungkin aku juga yang tak memikirkan perasaan mereka. You get what you give,bro.

# So, cheers! Semoga terus kuat!

Wednesday, 4 December 2013

LIEC 2013

Okay, dah janji kan nak cerita. :) Macam nie cerita nya.. (Log masa mungkin tak berapa tepat sebab aku tak salin pulak, hanya menggunakan ingatan otak semata-mata)

30 November 2013 [Jumaat]
3.00 p.m : Berkumpul di SU. Aku, Siah dan Fai. Katanya jam 3 tapi biasalah, jam 4 baru mereka ( Fizz, Nazim and Chek Pul) sampai.
4.00 p.m : Bergerak! Ready for 114km of 2 days racing. Adventure Racer UTeM are in the excellecnt state!
5.00 p.m : Berhenti sebentar di tol. Dan perjalanan diteruskan.

1 Disember 2013 [Sabtu]
5.00 a.m : Sampai di Masjid Alwi, Perlis. Untuk pengetahuan semua, LIEC di Langkawi tapi ada urusan di UNiMAP. So, jalan-jalan cari makan di Perlis dulu.
9.00 a.m : Sampai di UniMAP, besaq giler baq ang! Jalan-jalan. Aku dengan Siah sempat melepaskan hajat. Kiranya ada kenangan lah jugak dekat situ kan. Ahaks.
3.30 p.m : Naik feri dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi.
6.00 p.m : Sampai di LTA (KK Langkawi). Mereka ambil dengan bas  mereka. Proses pendaftaran.
9.00 p.m : Sesi taklimat. Semua dapat baju saiz L ar. Sobs sobs. Lambat daftar. 

2 Disember 2013 [Ahad]
9.00 a.m : Acara pertama bermula. Aku dan Nazim partner dahulu untuk acara merentas desa 16 km, Fai dan Fizz memulakan dengan kayuhan basikal sejauh 69km.
11.45 a.m : Sampai di tempat ke 6. Serius lambat panas. Menyesal. Training tak cukup menjadi alasan.
1.15 p.m : Fai dan Fizz sampai tapi mereka dah dikenakan penalti 4 jam walaupun mereka ke 3. Turn aku dan Nazim pula 69km.
5.45 p.m : Sampai di garisan penamat! Yeah! Cycling warrior! Penat gila. Haha. First time kayuh basikal sejauh tu dalam seumur hidup.
8.00 p.m : Tidur. Memang awal tidur. 

3 Disember 2013 [Isnin]
9.00 a.m : Acara ketiga dan keempat bagi pasangan adalah berbeza. Aku dan Fizz akan kayuh basikal menaiki Gunung Raya sejauh 26 km dan turun melalui Anak Tangga Seribu Kenangan, manakal Fai dan Nazim akan bermula dengan mendaki Anak Tangga Seribu Kenangan dan menuruni Gunung Raya 26km melalui larian.
2 p.m : Semua selamat sampai. Aku dan Fizz tempat ke 3. Malam nie akan ada majlis penutup.
6.00 p.m : Makan mee rebus kola! Aku, Fai dan Siah triple naik motor skuter. Dahlah Siah xde lesen. Hentam sajalah labu. Inilah kenangan.
9.00 p.m : Majlis penutup. 

4 Disember 2013 [Selasa]
9.00 a.m : Pulang ke Jeti Kuala Perlis.
5.00 p.m : Sampai di Tanah Semenanjung.
8.00 p.m : Bergerak pulang ke Melaka.

5 Disember 2013 [Rabu]
5.00 a.m : Sampai di SU.
6.00 a.m : Sampai di Batu Berendam

banyak kenangan sangat. tahniah kepada semua. walaupun bukan rezeki kita pada kali ini.
keep on rocking babeh!
gambar aku ambik sikit je. kredit to : Fai






Sunday, 1 December 2013

Langkawi International Extreme Challenge 2013

30 November - 3 Disember 2013
Nantikan cerita sensasi dari Tanah Utara ini. Tapi sekarang untuk masa siapkan segala kerja sebagai seorang student. Wait ya!!


gambaq bakaq dulu.. :)


Friday, 29 November 2013

Taknak Benci Dah

# Akak, aku tak pernah benci kau. Aku geram je. Minta maaf. 
# No more entri pasal akak dah.
# :)

Out For 5 Days

29 November - 3 Disember 2013

# I will be away for a while. So, blog akan senyap sebentar. :)

# Langkawi Internation Extreme Challenge.

# Nak cerita lebih-lebih tunggu Cik Emptyblank balik tahu.

sekarang masa untuk aku senyap dan membuat keputusan. aku pilih keluarga aku daripada dia.

Thursday, 28 November 2013

Roman Cinta


Sejak kamu pergi menjauh

Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Roman cinta


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/10/lirik-lagu-romancinta-mojo-roman-cinta.html#ixzz2lvrsFvhZ

Wednesday, 27 November 2013

Mungkinkah akan terjalin kembali?

#  Kau mesej aku tiba-tiba tadi. Buang tabiat pula aku rasa kau ni. Aku baru nak ok tanpa kau. Betullah kot eksperimen aku. Aku biar kau lama sikit. Lepas tu kau datang balik dekat aku. Macam kau buat dulu.

# Takpelah. OK lah kot. Ada jodoh adalah kan. 1 tahun setengah. Panjang lagi jalannya. Aku tunggu. Sekarang fokus aku bukan ke arah kau. So? :) Be happy.

# Nak buat entri panjang sebenarnya tapi tade idea lagi. Tunggu masa yang sesuai. Ok. Sayonara.

aku berserah.

Monday, 25 November 2013

Happy Monday 25th 11 2013

#  Short entri for today.
Happy Monday everyone. Forget the yesterday and live on for today and tomorrow. Keep smiling and everything is gonna be okay. Insya Allah. When you have Allah, you don't need the others.

# Aku akan belajar lupakan kau. Bubye, Mr.Tunang. :)



Saturday, 23 November 2013

Training

# Penat #Ngantuk #2jam #3kali lari #3kali kayuh basikal #Non-stop 
Banyak dah hashtag aku buat. Short entri. Penat.

no pain no gain

Friday, 22 November 2013

Aku dan air

# Kayaking Time.
#Planning nak pergi Bukit Beruang tapi beralih ke Redtma. 
# Enjoy. With them and new friends.











Wednesday, 20 November 2013

Salam Pagi Rabu

# Hari ni akan jadi hari yang panjang sangat. Kelas pukul 8 sampai 7 malam. Tapi tak mengapa, semuanya untuk ilmu. InsyaAllah. Aminn.

# Setiap hari mesti enti pasal kau kan? Yelah. Aku mimpi kau lagi. Kau dengan perempuan tu. Hurm. Mungkin mainan tidur semata-mata. Tapi jujur, aku tak pernah fikir sangat pasal kau tapi mesti selalu mimpi pasal kau. Atau mungkin kau yang memikirkan aku? *Perasan.

# Hari nie mahu setel paperwork KeReX Junior. Alhamdulillah. May Allah ease everything.

Kau punya bracelet paracord.

Tuesday, 19 November 2013

Paperwork dah lulus.

# Alhamdulillah. Stop cerita yang buat heart rate aku naik. Sekarang cerita yang calm sedikit. Papework KeReX Junior dah lulus. So, sekarang?

# Need jumpa Puan Sarah, kemudian barulah tahu apa yang hendak dibuat seterusnya. Next Step...
# Paperwork nie dari bulan 8 lagi, bulan 11 baru lulus. Takpelah. Dari tak lulus langsung kan? So, at least KeReX akan ada program! Yeay.





Monday, 18 November 2013

Happy Monday

# Aku akan cuba merajinkan posting entri kat sini. :)

# Selamat pagi. Hari yang baru. Semua sudah jelas. New start again.

# Don't give up. 


yeah! bubye for good.


Sunday, 17 November 2013

My wishlist

# Rasanya dalam blog nie tiada entri pasal wishlist aku nie kot. :)
# wishlist 1 : Teva
# wishlist 2 : ikan
# wishlist 3 : rinjani...

Lalalalalla~ :)

mrs.pradateva saya..


 mr.jojo

mr.bobo

Bongok, Poyo Itu Aku

# Minta advice dari some old friend tapi betulla apa yang dia bagitahu tu. Aku nie bongok. Aku ni poyo. Aku nie lambat matang.

# Tapi seriously aku macam tu? Ke aku bajet aku nie bagus selama nie? Hurm... T.T

# Ya Allah, pimpinlah daku.

# Dia? Remain silent. Takpelah. Kalau dia yang pergi, aku redha. Aku pasrah. Jangan sampai suatu hari nanti. Aku yang pergi.

# Bilalah drama cinta luka *chewaah aku nie nak habis? Aku pun dah tak larat la. Semua cakap sabar, nie dugaan.. Biasala. Baru kenal. Tapi problem is dugaan nie dia yang buat. Apa motif dia? Wallahualam.

# Tak matang, buat apa-apa keputusan tak fikir. Bongok. Poyo. Itulah aku. 

# Thanks Kawan. Aku dengar nasihat kau. Aku dah tak kuat macam dulu tapi aku cuba jadi kuat semula macam dulu.

 dunia ini semakin hancur, itu yang aku nampak.

Saturday, 16 November 2013

Andai kau tahu

# I wonder, kita nie dah ok atau belum? Kau terus senyap lepas pagi ucapan 'Pagi' semalam, lepas tu kau senyap. Aku benci kau! -.-'

# 3 malam aku mimpikan kau. Mimpi pertama aku mimpi nampak kau tidur dalam bilik kau. Kau macam tengah tak ok lagi dengan aku masa tu. Mimpi kedua, aku hanya dengar orang cerita pasal kau. Mimpi ketiga, kita pergi hiking sama-sama and aku berborak-borak dengan kau. Hakikaktnya sekarang kau senyap lagi.

# Aku masih terasa dengan kau. Kau masih pakai jam perempuan tu bagi. Entahla. Aku tak tahu sampai bila aku akan bertahan. :) 

p/s : Mood nak pergi Rinjani cepat-cepat tapi dalam masa yang sama, macam mana aku nak score final exam aku? Tolonglah lepas ke sem selepasnya. Ya Allah. Bila aku dapat fokus dengan betul-betul fokus nie??
rinjani! wait for me ya!

Friday, 15 November 2013

The Red Jumpsuit Apparatus and My Chemical Romance

 # Tetiba buang tabiat layan band-band nie. Ahaha. Ni la aku. Lagu-lagu mereka nie lirik dia kena dengan mood aku sekarang. So , selayaknya lah ka. :)

# My Chemical Romance 'The Black Parada Full album' : Dengar dekat sini
# The Red Jumpsuit Apparatus 'Don't You Fake It' : Dengar dekat sini

p/s : Sebenarnya bosan tak tahu nak buat apa. Zzzzzz..



Wednesday, 24 July 2013

Tuhan, tolong aku

Assalamualaikum w.b.t. Jiwa aku kosong. Kosong. Terlalu kosong. Semakin hari aku semakin jauh dari rahmat Allah. Ya Allah, masihkah ada pintu syurga untukku?

Aku perlukan seseorang untuk memelukku.
Ya Allah, andai ini takdirku, aku redha tapi Ya Allah, jangan uji aku melebihi kemampuanku Ya Allah. Sungguh hamba-Mu ini bukan insan yang kuat.
Bantulah aku Ya Allah..


Aku dah merasa tewas dengan cinta manusia, Ya Allah, janganlah aku tewas dengan cinta-Mu. Bismillahirrahmanirrahim.


Tuesday, 23 July 2013

Ku pilih cinta bukan rupa

Assalamualaikum w.b.t. Andai aku diberikan pilihan untuk memilih , pasti ku pilih cinta bukan rupa. Rupa mungkin satu bonus tetapi tidak akan bawa kemana-mana, Cinta pasti akan dibawa sampai ke jinjang pelamin. Aku dah masuk 21, aku dah mula fokus dalam hidup, arah tuju dan cinta aku. Apa yang pasti, aku mahukan seseorang yang juga fokus ke arah tu. ;) Mak, Boleh tak saya kahwin awal ni? Hehe. Orang tu dah kerja, dah tahu apa yang dia nak dalam hidup ni, So,Bagilah LIa kahwin awal. Haha. Kuat benar aku berangan sekarang. Aku dah ada plan sendiri, tapi sendiri ajelah. Tak bagitahu sesiapa lagi.
Okay, macamni rancangan tersendiri Cik Emptyblank :

1) Tunang masa CNY 2014. So, masa tu aku tengah cuti kan, boleh la. Ala, tunang simple2 jer. Teringat masa maksu aku tunang dulu, raya pertama, suami dia kata nak datang merisik je dengan family dia. Sekali terus bertunang, paksu aku bawa cincin dan kek je masa tu. Maksu aku tak sediakan apa-apa pun. Terima ajelah. Terus masa tu bincang pasal kahwin. 1 tahun dorang ikat tali pertunangan. Tak ke simple kan macam ni??

2) Dah setel tunang. legalah sikit kot. Tapi bagi bakal suami aku lah pulak, bersedia untuk majlis perkahwinan. Aku kena masuk kursus kahwin semua. Bakal suami aku pun kena ambil kursus kahwin semula. Haha. Rasanya mak dengan abah aku taknak minta duit hantaran pun. Kalau aku pun sama, tak payah minta hantaran duit semua tapi biar dia tanggung kenduri dan pakaian aku masa kahwin nanti. Ha... Ala buat kenduri tak payahlah besar-besar TAPI jap! Aku ni anak sulung, anak tunggal perempuan pula, nenek aku mesti nak besar sikit . Hehe. Tapi nenek... Macam maksu dulu pun dah ok. Tak besar sangat tak kecil sangat. 1 tahun tu cukup kot. Aku pun masih belajar kan tapi boleh lagi kerja part time. Haaa. Tak ke mudah macam tu?

3) Then, CNY 2015. Genap setahun tunang. Masa untuk kahwin la pula. Dah setel nikah semua. Alhamdulillah. Lepas satu benda. Aku belajar pun tinggal lagi 4 bulan je. Lelaki nak kahwin sebab nak anak kan. Haa, sedang molek 4 bulan je lagi tinggal, boleh je nak buat anak pun. Haha. Sampai ke sini haa aku fikir tapi betullah. Haha.

4) Dah kahwin, dah setel. Tempat tinggal plak? Well, seorang isteri telah menjadi hak milik seorang suami. Dia kena ikot suami la. Aku tak kisah pun. Tapi janji bakal suami aku tu bagi aku kerja dan bagi aku naik gunung lagi. Tu je yang aku harapkan.

Okey! The end cadangan aku ni. Agak2 okay tak? Kih3. Mama, saya mahu kahwin. 

p/s : Sekarang 23/7/2013. Lagi 5 bulan dah 2014. Lagi satu tahun dah 2015. 4 bulan lepas tu aku dah habis belajar. Ya Allah, begitu cepat masa berlalu. Kita hanya merancang , Allah yang tentukan.





Friday, 19 July 2013

Keep Holding On

You're not alone, together we standI'll be by your side, you know I'll take your handWhen it gets cold and it feels like the endThere's no place to go, you know I won't give inNo, I won't give in

Keep holding on'Cause you know we'll make it through, we'll make it throughJust stay strong'Cause you know I'm here for you, I'm here for you

There's nothing you could say, nothing you could doThere's no other way when it comes to the truthSo keep holding on'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

So far away, I wish you were hereBefore it's too late this could all disappearBefore the door's closed and it comes to an endWith you by my side I will fight and defendI'll fight and defend, yeah, yeah

Keep holding on'Cause you know we'll make it through, we'll make it throughJust stay strong'Cause you know I'm here for you, I'm here for you

There's nothing you could say, nothing you could do
There's no other way when it comes to the truthSo keep holding on'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

Hear me when I say when I say, I believeNothing's gonna change, nothing's gonna change destinyWhatever's meant to be will work out perfectlyYeah, yeah, yeah, yeah

Keep holding on'Cause you know we'll make it through, we'll make it throughJust stay strong'Cause you know I'm here for you, I'm here for you

There's nothing you could say, nothing you could doThere's no other way when it comes to the truthSo keep holding on'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

Keep holding onKeep holding on

There's nothing you could say, nothing you could doThere's no other way when it comes to the truthSo keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through


 keep strong



Allah kan ada :)



Amalan Kejuruteraan 2013

Assalamualaikum w.b.t. Dah siap buat entri di awal pagi ini tetiba dapat idea, nak buat entri lain.

 sobs3. Aku nak nangis dah ni.

Sem kali ni berpuasa bersama rakan-rakan. Sahur sama-sama. Berbuka sama-sama. Line je feeling kali ni. Tapi umur aku dah 21 tahun dah, dah besar dah. So, taklah teruk sangat berjauhan dengan family ni. Kenapa tak bercuti di rumah? Haa, soalan cepumas. Jawapan pun cepumas lah. Krikk krikk.. Alaaaa, sebab Amalan Kejuruteraan (AK). Ala-ala Latihan Industri Dalaman. UTeM dan beberapa universiti saja kot yang mengamalkan Amalan Kejuruteraan ni, mungkin UTeM je kot. Wallahualam.

macam ni lah contohnya. Ni pelajar Fakulti Pembuatan nie.

Macam mana AK tu? Macam ni ceritanya :

1) Kena pergi ke 5 fakulti yang lain. Aku Elektronik, so aku kena pergi ke Fakulti Pembuatan, Elektrik, Tekno-Usahawan, Teknologi Maklumat, dan Mekanikal. 
2 ) Belajar la asas-asas yang mereka belajar. Merasalah cuba welding, fitting, wiring, turning, milling, dan yang seangkatannya tu.
3) 4 minggu terakhir baru kembali ke fakulti masing-masing. Sekarang baru 1 minggu, lebih kurang lagi 3 minggu la. Nanti balik raya seminggu, kemudian sambung lagi 1 minggu untuk habiskan AK ni.
4 ) Lepas tu kena hantarlaaa report. 




takpelah. Janji balik raya seminggu.. :)