Pages

Sunday, 13 January 2013

EXAMS ARE OVER!

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Selesai sudah sem yang memenatkan kali nie. Semua paper dah dijawab. Esok, aku balik Jengka~ Weeee~ Miss u damn much,Jengka. =) Tapi sem kali nie,rasa begitu cepat berlalu. Pejam celik,pejam celik dah habis satu sem. Ringkasan untuk sem nie :
Bulan 9 daftar
Bulan 10 VBR
Bulan 11 Cuti Midsem
Bulan 12 Study week
Bulan 1 Final exam

Alhamdulillah. Berjaya juga menempuhinya. Sekarang BERCUTI dan tunggu result SEM 1 TAHUN 2 bulan 2 nanti. Doakan aku masih akan berada di UTeM sem depan. Aminnnn.




p/s : selamat bercuti. maybe blog nie akan senyap jugak. tapi naik cuti nanti, entri-entri baru pasti akan ada. Tunggu tau!!

Thursday, 10 January 2013

Sedih Melihat Keadaan Pakwe Aku

Haiii~ Baru pulang DATING. Erm,sedih. Sedih sangat tengok pakwe aku tu tak terurus. Memang sadis sangat tadi. ='( . Sayang,bersabarlah. MUngkin ada hikmah atas segala ini. Biar berhujan dahulu,pelangi akan muncul selepas ini. InsyaAllah.
Haaa. Korang fikir apa? Haha. Kekasih gelapku,MR.ERGO yang aku maksudkan. Aku single and available lagi ni. Ahaks! *Ohhh,please Cik EmptyBlank. OKey. OKey. Fokus!
Tadi aku jumpa sekejap dengan mr.ergo selepas hampir 3 minggu atau lebih tidak berjumpanya. So,tadi aku dengan Syuk saja. Kesian ohh. Handle dia jadi kasar tadi. Terpaksa aku dengan Syuk cuci sikit. Dia merajuk kot. Sempat lah aku buat 30 minit dan 10 minit dengan Syuk tadi. OKay! Mr. Ergo jumpa lagi nanti  sem depan tau! Really gonna miss you! TAK TIPU! =( Ermm. Nie result 30 mins aku. Hurm! Keep it up,Cik EmptyBlank~

MASA : 30 minit
RATING :19s/m
JARAK : 5147m
PACE : 2.54/500m

There's a lot to learn! Tadi pun belajar 10minit dengan Syuk betulkan level dan teknik.



p/s : Stingray's Rower, come on guys!!

Aigoo. Aigoo..

Assalamualaikum w.b.t. Im happy. Alhamdulillah. Syukur Allah bagi aku nafas lagi hari ni. Hehe. Yaa. Ada jugak yang tak happy nya. My beloved friend, Jemol. Urm. Where is he now? Dia tak on phone dia. Eish. Dia tu macam adik aku plak. Asyik nak kena risaukan dia je. Mana tak risau nya. Awek dia dah jadi milik orang lain. Ahaha. Nie kali ke-2 nie. Yosh! Rugi plak aku terdelete num mak dia. Yosh! Kau pergi mana ha? Biasanya kau akan share kan story kau dengan aku? Hurm..
Tu sad story today. Happy? Haha.  Ada-ada. *Aigoo. Aigoo. P.Ramlee.* ITU SAJA HINT.
Baiklah, nie saja. Takda entri yang best lah sebab sekarang cerita nya EXAM sahajala. Okay. Tata.


p/s : orang takkan faham Jemol tu sebab kadang-kadang aku pun kompius dgn dia tu. Even since aku 14 tahun kenal dia tu,still unpredictable guys.

Tuesday, 8 January 2013

Circuit Training Has Started

Selamat malam. Heee~ Training untuk V2 dah bermula. Training. Training. Petang tadi, diketuai Shahrul, circuit training pun bermula. Muka-muka yang aku kenal tadi, adalah beberapa orang .
-Nail
-Aireen
-Izzat Haiz
-Amran GPMS
-Fendy GPMS
-Pejal GPMS
-Cokek
dan beberapa lagi budak diploma. Perempuan, dengar cerita 3 orang jer. Aku,, Deq Yah and Kak Roza. Erm,Cik EmptyBlank memang nak pergi ke V2 nie? Nampak gayanya macam tu lah. Dah perempuan sikit aje. So,aku kena start mencari kasut dan windbreaker. \(^.^)/
Tadi buat 3 set trainig circuit. Dimulai dengan flexibilty test. LEPAS! Haha. Alhamdulillah. Kemudian baru buat 3 set nie. Ayoo. Setiap set ada 2 atau 3 rutin ea tadi. Yosh! Lupa ingatan kejap. Nanti aku update lagi ea. Okay, JUM STUDI!!!

Kemalangan melibatkan student UTeM Lagi~

Ya Allah,moga mereka dipanjangkan umur dan sembuh dengan segera. 4 orang pelajar FTMK kemalangan di Sungai Udang 6/1/2013 lalu. Rasanya mereka semua baru pulang dari exam. Ya Allah, menakutkan. Yang nie yang aku tahu lah dari facebook.


MAKLUMAT SATU
Assalamualaikum
Saudara2, mohon bantuan untuk derma kilat Siti Hajar binti Ahmad Sabir, Fakulti Teknologi Maklumat Kejuruteraan, UTeM, yg telah mengalami patah kaki dan retak tulang belakang dalam kejadian kemalangan semalam di Sungai Udang, Melaka. Derma kilat ini diperlukan secepat mungkin bagi menampung kos pembedahan, RM 20k.. Saya dahulukan jasa baik saudara2 semua dengan ucapan terima kasih.. Semoga derma itu kita akan dapat ganjaran yg xputus2 hingga ke Akhirat.. insyaallah..
~Bagi yg tinggal Melaka, boleh salurkan bantuan kpd ahli2 BADAR UTeM
~Bagi yg tinggal luar Melaka, boleh salurkan bantuan melalui Maybank [154110136199]
~Selepas bnk in, tolong pm saya Rahmat Bahan atau msg ke num 0145569769 (RAHMAT BAHAN)

MAKLUMAT DUA

assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

seperti sedia maklum, siti hajar dan azizue, pelajar tahun 1 ftmk yang kemalangan jalan raya baru-baru ini masih dirawat di hospital melaka. 

untuk hari ini, TIDAK DIBENARKAN untuk ziarah SITI HAJAR dan MOHON DILAKSANAKAN SOLAT HAJAT bagi SETIAP INDIVIDU yang mengenali dan tidak mengenalinya kerana PEMBEDAHAN akan dilaksanakan petang ini. 

berkenaan dengan AZIZUE, sekarang keluarga ada bersama dengan dia. setakat nih tiada makluman yang tidak membenarkan kalian menziarahi dia. MOHON JUGA DOAKAN agar dia cepat sembuh dan berjaya dalam pembedahan yang akan dijalankan dalam seminggu lagi.

Terima kasih semua.



MAKLUMAT TIGA

[update kemalangan semalam]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada semua berkenaan kes kemalangan yang melibatkan 4 orang pelajar UTeM:

Tasnim binti Kamardin @ Kamaruddin
B051210148 (FKP-Stabil dan dah keluar hospital)

Wan Nor Solehah binti Wan Mohd Gaberan
B031210332 (FTMK- berkemungkinan mengalami masalah di bahagian leher)

Siti Hajar binti Ahmad Sabir
B031210242 (FTMK- masih tidak sedarkan diri)

Azizue Hasnie binti Ahmad Zubair
B031210333 (FTMK-Mengalami kecederaan di bahagian rahang)

Mohon rakan-rakan di UTeM dapat mendoakan keselamatan mereka.

via MPP Raja Afiq -c

ya Allah,time exam nie. Semoga yang lain Kau jaga Ya Allah. Amin.


Tempat yang sama, Perkara yang sama.

Assalamualaikum w.b.t. Cik EmptyBlank tak sihat hari ni. Alololo ciannya. Kenapa? Ermm. Malam tadi malam sedih. T.T. Sobs-sobs. Sebab Gunung Tahan aku menangis lagi. Macam tahun lepas,sebab Gunung Tahan jugak lah aku menangis. Yosh! Tahan,kau memang senang aje buat air mata aku mengalir deras kan? Sederas air di Sungai Teku tu. Kenapa? 
Apa sebabnya? Erm,aku post pasal trip ke Tahan tu. Kemudian, Adam komen lah dekat situ. Dia cakap dia nak join, aku tahu dia tak join pun. Adam, -.- Kemudian K*Me#$ ,komen. OKay,aku faham maksud dia nak cakap apa dekat situ. Aku takkan ajak lah orang yang takda fit sebelum naik gunung. Masing-masing pikir ar kefitnessan masing-masing kan. Lepas tu An!! plak komen, cakap panjang jela. Yosh! WTH??? Ye aku tahu kalau nak ke Tahan tu hardcore gila. Tapi bagi aku,kalau seseorang tu betul-betul minat,dia akan pastikan dia ada fitness untuk naik sesuatu gunung tu. Lagi satu,KITA KENA AR ADA PERASAAAN PERCAYA DEKAT ORANG LAIN. Jangan ingat diri sendri tu power. Apa yang aku belajar dari gunung nie, DON'T UNDERESTIMATE ORANG. Yang nie yang aku belajar, dalam masa yang sama KITA IMPROVE DIRI KITA. Fikir tanak SUSAHKAN GROUP. Kalau ada ahli group yang tak yakin dengan kita sendiri,macam mana? Woo,dalam hutan memang bukan hidup sorang-sorang woo. Kalau kita tahu ada orang tak percaya dekat kita,lain perasaan tu. Entahlah,tegur lah nak tegur. Aku sekejap saja terasa nie. Tapi haha. Padan muka kau,Cik EmptyBlank!! Dah tahu hati tak kental JANGAN POST APA-APA dah dalam group tu. COME ON, BELAJAR DARI KESILAPAN.
Petang nie kena turun training v2, sejujurnya HATI AKU TAKDA DEKAT V2 tu. Entahlah,salah satu faktornya sebab ada orang tak percaya kat aku (Aku akan buktikan lah). Lagi satu, LUTUT aku pun dah banyak hal . Muda-muda pun dah sakit ea, Cik EmptyBlank? Hehe. Jaga diri. Hehe. Tapi ada selection kan. Maybe ramai nak pergi tu. Entah. Hati dah tawar. Baru aku faham perasaan Chong. Chong,you're Ketam! Hahaha. Tetiba Chong.
Erm,aku fikir jugak, aku nie tak boleh ke terima orang tegur? Erm, WALLAHUALAM. Tegur macam semalam tu,hati terus lembik. Cuba keraskan lagi hati nie. ORANG TEGUR KAU SEBAB NAMPAK KAU BUAT SALAH,Cik EmptyBlank. KAU KENA BERSYUKUR ADA ORANG TEGUR KAU. Erm,Arigatogozaimasss.
Okay,cukup lah. Tengok lah petang nie macam mana. Kepala sakit woo.
p/s : NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY. Ada orang tak setuju dengan prinsip hidup aku nie. Prinsip masing-masing kan? *Cik EmptyBlank, cuba jadi GADIS boleh tak? Jangan keluar JANTAN kau tu?? Terima nasihat dan beri nasihat. COOL!!
cuba belajar untuk percaya diri sendiri dan orang lain

Monday, 7 January 2013

Wedding Kak Diza and Kei (S.O.S Guiders)

7 OKTOBER 2011
Tarikh keramat bagi Kak Diza and Kei. Selamat di ijab kabul sudah mereka. 2 orang kuat dalam S.O.S. Thanks to mereka berdua yang banyak membantu aku dalam dunia pergunungan ni jugak. Banyak ilmu yang aku dapat kutip selama kenal mereka berdua. Aku wish korang Berbahagia selalu dan dapat anak yang comel! (By entri nie aku post, Kak Diza dah 2 bulan mengandung. Tahniah! )
Aku gerak dari Melaka ke KL dengan Syukri. One of my S.O.S members jugak. Sampai jugak lah untuk merasa nasi minyak dorang. Wee! Bestnya tengok orang kahwin . Haha. Layan pic-pic di bawah. =)







selamat berbahagia korang.
NO ONE LEFT BEHIND

TAWARAN DATANG BERGOLEK-GOLEK

 Arghh! Stress tengok post nie. Gunung Tahan tu. Nak suruh aku repeat kah? Sekarang kena stick dengan v2. Aiyoo..

NOTIS PEMBERITAHUAN.. kawan2 jgn lepaskan peluang ini.. sapa yg berhajat nak menawan puncak tertinggi di semenanjung..trip yg berbaloi2.. susah nak dpt harga mcm ni..huishh! mengugat iman aku jugak ni...terliurrrrrrr.. 

Tarikh : 20 jan (10 mlm) - 27 hb Jan 2013 (via Merapoh -Kuala Tahan)
Tempat : Taman Negara Tahan, Pahang
Bil Peserta: 24 orang
Bayaran :RM230

Bayaran Meliputi : Pengangkutan dari KL - Tmn Negara - KL , 4WD, Makanan, Baju, Guide, permit, Alatan Perkhemahan, sewa tapak khemah, Sijil, Insurans
Tarikh Tutup Penyertaan : cukup kuota / 11 Jan 2013
Deposit: RM150 (Tidak dikembalikan)
Itenary perjalanan akan diberi kepada peserta sahaja.

Hubungi AJK:
Que - 017-3683258/013-6039652
Sham - 014-5035412

atau email ke : zqratu@gmail.com

post ni ada kt warga gunung IPT..so maybe dia open utk student je..tp ape2 pun call je organizer tanye..boleh adjust lagi ni...

Conclusion,stick ajelah dengan v2. Geram,comel sangat harganya tuh. -.-

Kisah Tentang Gunung 2012

Baiklah! Entri ringkasan tentang rowing dah keluar. Takkan lah pasal gunung tak boleh keluar pula kan? Gunung dan rowing aku takkan pisahkan sebab aku jumpa mereka dalam masa yang sama. They are my passions. They are my loves. Perghhh! Cik EmptyBlank, oo Cik EmptyBlank. Patutlah kau forever alone kan? Ahaks.

Jum mulakan ceritera cinta gunung aku nie. Mula-mula nak cakap dah 1 tahun 2 bulan dalam dunia pergunungan nie. Muda lagi kan? Setahun jagung lagi. Mula-mula KeReX yang perkenalkan,then aku kembangkan ilmu aku nie dengan geng-geng Malaysian Backpackers (mbp), then tambah lagi dengan Silver Outdoor Sports (s.o.s).

First trip dengan KeReX semasa bulan 11 di Bekelah Waterfalls. Masa nie jugak kenal Malaysian Backpackers. Cantik siakk waterfall nie. Subhanallah. Tu kali pertama. Layan view je masa nie. Orang lain sibuk layan abseiling dengan canyonning. Haha. Tak try lah sebab ramai sangat orang + takut. Gayat bro~ Tapi kali kedua pergi di MBP. Masa nie lah try canyonning dan abseiling tu. Best! Kenal MBP dengan lebih rapat. 

v2 on the schedule. Siap training dekat Gunung Datuk. MY FIRST MOUNTAIN! (ade orang cakap Datuk tuh bukit jer. Tapi tinggi lah jugak. Haha.) Training bawa 5 liter air dalam beg. Alhamdulillah sampai dekat puncak. Kenal IBU masa nie. Dia bawa 4 orang anak lelaki dia. Otai lah makcik nie! Yang nie kami naik pukul 5 pagi or 4.30 pagi kalau tak silap. Around 7 pagi dah sampai puncak. Layan sunrise. Cantik!! Yeah. Cintaku pada mr.gunung bertambah.

kemudian aku teruskan dengan trip Trans-Lite Cameron Highland. Nie bukan under KeReX tapi MPP UTeM yang buat. Best! Naik Berembun-Perdah- Jasar. Kenal Kak Diza S.O.S masa nie. Respect gila dia. Guider yang laju. Hee~ So,sekarang 4 gunung dah ada dalam list kan? Haha. Mula-mula fikir nak tambah bilangan gunung untuk didaki. Sekarang nak repeat dulu gunung-gunung yang didaki sampai puas. Tapi again dalam hati nak tambah bilangan gunung dalam log book aku. Haha. Pening.

Januari 2012. Haha. Aku buat kerja gila. Naik Tahan. Sebelum tuh sepatutnya KeReX adakan v2 taw.So,v2 tak jadi,aku naik Tahan. Banyak kisah dalam Tahan nie. Cek entri yang nie.CNY di Tahan 2012Okay. Misi berjaya.

Kemudian rest. Masuk kuliah semula. Busy dengan rowing. Sampai lah bulan 4 atau 5 tak silap. Repeat Gunung Datuk dengan GPMS UTeM. So,pergi. Dapatlah kurangkan rindu kat mr.gunung nie sekejap. Then ,busy semula.


Cuti Sem Tahun 1,selama 3 bulan tuh,aku pulun habis dengan berjalan-jalan sekeliling Malaysia. Aku naik Terengganu,kemudian ulang-alik dengan Perak. Sebab masa nie aku dah join S.O.S. First, training untuk MOUNT BEREMBUN CHALLENGE dekat Gunung Bubu Kuala Kangsar. First time pergi sini. Banyak pacat. Tapi aku dapt 3-4 ekor aje. Alhamdulillah. Then,masuk competition Berembun tuh. Alhamdulillah dapat top 10. Dapat duit itu yang penting. Haha. Kemudian repeat Bubu lagi. Kali nie guide. Bawa Skuad Terjah. Haha. Rocks ar depa tuh. Engineers,Designers,Cikgu,Lecturer,Polis,Veterinar. Merekalah tuh. Yang nie dapat 2-3 ekor aja pacat. Ada abang tu dapat 15 ekor. Eww. Banyaklah darah didermakan. Kemudian,Majlis Berbuka Puasa dengan S.O.S. Kenal S.O.S dengan lebih rapat. Main flying fox terpanjang di Malaysia lepas berbuka puasa. Haha. Terbaik!!!

Then,masuk kuliah semula.Then,join trip Gunung Besar Hantu. Trip nie lah aku rasa paling seronok dengan KeReX. Maybe semua sekepala masa nie. Nak repeat GBH!!.InsyaAllah. Pastu KeReX ajak aku join Delegasi IPT kali nie. So,pergilah. Berembun-Perdah-Jasar aku repeat lagi. Again,tak dapat view, =( Takda rezeki lagi. Sebelum tu naik Brinchang. Jadi guide jap.Haha. Tanya direction by phone aje. Thanks to Emey S.O.S.

Sekarang,waiting trip v2. Setahun tunggu. Harap-harap jadi. ^^. Sekian entri panjang kali nie. Layan pic yang takda dalam entri sebelum-sebelumnya. Enjoy! ^^

 dengan MBP waktu bawa 1 company ape ntah nama nya


Majlis Berbuka Puasa S.O.S








okay. the end stori. Nantikan update terbaru dari Cik EmptyBlank.
Tata~




Macam mana dan di mana training 'on water' ?

Haa,sebelum tertinggal tentang benda paling penting nie. Bagaimana dan dimana kami berlatih selain atas ergo machine yang setia menanti dekat Kompleks Sukan tuh. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan di EMPANGAN BATU,ULU YAM,SELANGOR. Amboiii. Semangat pula. Haha. Disini lah kami pergi kalau training on water. Cantik dan aman je tempat nie. Tapi dengar-dengar cerita ada toman 14 kaki dalam dam nie. Aiyark!! Facilities dekat sini boleh kata okay lah. Selalunya kami akan turun training a month or 2 month before competition. Tapi jujur cakap,training atas bot lagi best dari ergo machine. Sebab main air dan layan view sekali kot. Haha. Okay. Layan pics below.
p/s : Cuba ringkaskan entri . *.*


















-the end-

Kisah Tentang Rowing 2012

      Assalamualaikum w.b.t. Nampaknya cerita mengenai pertandingan-pertandingan Rowing yang aku sertai pada 2012,aku ringkaskan dalam satu entri. Okeh,macam mana boleh terjebak dengan rowing? Mula-mula kenal rowing atas gunung. Masa tu Captain Rowing , Mail yang mempromote rowing ini. So,cubalah. 

         First event masa tuh SAF 2011. OKay,continue. Kemudian Regatta InterFaculty anjuran KLASKA UTeM. Masa nie juara ergo machine tau. Huh! Semangat gila. Happy. Hahaha.
            Seterusnya event KBS,nie first even aku main turun row dengan tak tahu row. Start game luar lane. Last finisher. Malu. Hahaha. Tapi pikir-pikir balik,ini lah pengalaman paling best.
              Kemudian my biggest even so far. MASUM 2012. Aku just as atlet simpanan masa ni. Belajar apa,macam mana competition rowing nie berlangsung. Ok. Pengalaman lagi.

                HEAD OF PUTRAJAYA : Aiyark!!! Lagi banyak kenangan. First time jadi cox. First time bawa bot 8+ dan macam-macam lagi. Alhamdulillah tempat ke 4. Kalau tak top 3 dah. My bad. Haha. Ingat lagi kena marah dengan Yeni masa nie. Tak nampak obstacle kat depan tu. Kih-kih.
                Yeah! Penutup Rowing 2012. VBR. Varcity Boat Race. My first international event. Yosh! Kamiorang first time layak ke semi-final but can't get to final because masa semi-final tu, kamiorang heat dengan UOC,Nottingham,Hong Kong and UiTM. But again,pengalaman.

 p/s : yeah . so far tiada apa-apa kemenangan lagi but we will never give up. we all will keep dare to be strong. jum layan gambar-gambar di bawah.

REGATTA INTER FACULTY 2012



KBS 2012


MASUM 2012





HEAD OF PUTRAJAYA







VBR 2012 
-penutup 2012's series-










selamat tinggal 2012. Year of Laugh and Tears for Rowing UTeM. Never give up is the key!
See you on 2013.