Pages

Tuesday, 26 February 2013

KASUT GETAH

Tetiba layan vide nie. Banyak pengajaran dapat dari video nie. Ahahaha. Kenangan V2 betul-betul menikam kalbu. Korang pun ingat taw!
nie video tersebut.
ahaha.
hitler pun marah taw!
p/s : gugugugugu. Menikam kalbu.


KLASKA PLANNING BUT ROWING IS NOT THERE?

Assalamualaikum w.b.t. Tadi Cik EmptyBlank baru tengok perancangan aktiviti KLASKA. Waa,Kayak + DragonBoat + Rafting ada dalam planner tu tapi rowing tiada. Mungkinkah Rowing sudah keluar dari KLASKA tu? Maknanya Rowing is not Stingray's anymore? I need confirmation. By the way, nie planning dorang.
PERANCANGAN AKTIVITI KLASKA 2013

Bulan/Jenis
KAYAK
DRAGONBOAT
WATER RAFTING
Bulan 3
ekspedisi ke pulau besar melaka. 
karnival DragonBoat Marina Bay Melaka
-
Bulan 4
regata kayak upsi

-
Bulan 5
sukan air kbs
regatta interfakulti

Melaka International Dragon Boat Festival

Regatta Air Inter-fakulti 
International Pahang River Rafting Expedition
Bulan 6
sukan air kbs
Penang International Dragon Boat Festival
Pesta Sungai Melaka: Lumba rakit
Bulan 7
sukan masum 2013
-
Pesta Sungai Melaka: Lumba rakit
Bulan 8
-
-
-
Bulan 9
-
-
-
Bulan 10
varsity boat rase
Putrajaya International Dragon Boat Festival
-
Bulan 11
-
-
-
Bulan 12
ke labuan island
DragonBoat Race
-




 p/s : Bulan 4 nie InsyaAllah aku pergi Ekpedisi Kayak ke Pulau Besar tu. =) but with group luar.



Monday, 25 February 2013

Aku Dan Payung

Assalamualaikum semua. Aku dekat 'cc' nie. Ahahaha. Susahnya hidup tanpa wifi di UTeM nie. Nak wat kerja sekarang semua dengan internet, bila takder sekarang merata lah mencari. Sekarang ambil kesempatan lah nie.
Okayh,point utama aku nak tunjuk gambar sendirian berhad aku di V2 hari tu. Hehe. Payung yang ada nie dah jadi kenangan. Layanlah. Nanti ada trip baru kena beli payung baru.
p/s : Looking for secondhand bike now. Now waiting. =)












Thursday, 21 February 2013

HARAPAN DI BANJARAN TITWANGSA 2013


Assalamualaikum w.b.t.Hai-hai. Lama kan blog Cik EmptyBlank nie kosong? Almost 1 month jugak lah. Biasalah, student kan. Kalau time cuti, memang cutilah. Kalau boleh, segala benda cuti. Tolak makan dengan tidur saja tak cuti.
Baru-baru nie Cik EmptyBlank baru pulang dari dating. 8 hari dating dalam hutan. Gila best dating kali nie. Lain dari yang lain. *Perghhh! Dating dalam hutan. -.- Opps, Dating ‘dengan’ hutan lah. ~ biasalah FOREVER ALONE~ (jangan nak sedih sangatlah!) Hahaha.
Cerita kali nie mungkin panjang dari entri Cik EmptyBlank sebelum-sebelum nie. So,bacalah dengan tinggikan sikit daya imaginasi korang,okay! DIPERSILAKAN.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
XPDC TRANS TITIWANGSA VERSION II ( FULL VERSION + BERHID )

Nama trip kali nie pun dah gempak. Bersama gempaknya tanggungjawab yang dipikul setiap line up. Even personally, mula-mula aku nak ikut trip nie, perasaan aku berbelah bagi. Sebab aku tak pernah terfikir akan pergi buat V2 nie. Maksud aku,dalam masa terdekat lah. Sebab memori Tahan still segar dalam otak aku. Lagipun,aku jenis suka repeat gunung yang pernah aku pergi before aku proceed dengan gunung yang baru. Tapi rezeki kali nie tidak boleh ditolak. Bukan senang trip nie nak jadi. Aku tahu sebab tahun lepas 2012, aku pun hampir-hampir ke V2 nie.(Nasib baik tak jadi masa tu sebab RISIKO tinggi masa tu. Aku pun beginner lagi.) Betullah kata orang kan, KALAU DAH JODOH TAK KEMANA. Cewwah. Nak dipendekkan cerita. Aku pun hantarlah nama dekat organizer. Aku ingatkan ada Kak Roza dengan Siah dalam trip nie. But in the end, aku yang tinggal. Siah ada masalah sedikit. Sepanjang trip nie,aku asyik teringat Siah je. (Kalau Siah baca nie,mesti dia terharu nie. XD). Nak dipendekkan cerita lagi, line up trip nie 13 orang sahaja termasuk aku ‘the only gadis’. Redah ajelah. Orang ada gak tanya, tak takut ke dengan lelaki semua tu? Huhu. Maybe sebab aku nie kat rumah dah dikelilingi dengan lelaki, dah biasa. Takut tu memang lah ada sebab aku perempuan,tapi alhamdulillah. Dorang jaga aku macam adik perempuan dan kakak dorang. (Bangga tak aku puji korang????)
Preparation untuk trip nie tak lama. Ada masa lebih kurang 1 bulan sahaja. Core training dititikberatkan. Training dekat Gunung Datuk dan Bukit Beruang. Bagi aku 2 tempat nie memang tempat training terbaik lah. Walaupun aku tak join training dekat Gunung Datuk tu. Hehe.
Preparation untuk fitness dah cukup. Mental preparation? Kena pandai-pandai develop sendiri. Personally, persiapan untuk mental kita kena dapatkan daripada bacaan-bacaan dan pengalaman sendiri dan orang lain juga. Lagi satu, semangat. Itu yang paling penting.
Persiapan barang personal. Aku beli Lafuma dengan harga RM80. Dengan harapan, Lafuma tu akan bertahan tapi apakan daya, takdir penentu segala. Haha. Nantikan ceritanya nanti. Yang lain-lain aku dah ada. Tapi serius, equipment aku sendiri tak lengkap. Bagi aku, tak sampai 60 % pun. Rain cover pun yang cikai je. Yang aku prepare betul-betul pun untuk trip nie Lily aku tu jelah. Sayang Lily lebih.
2 hari sebelum berangkat untuk memulakan perjalanan beribu kaki, kami ramai-ramai beli ration sama-sama. Time nie aku pun dah happy. Hehe. Macam adik-beradik dah. Lagipun, adik-adik aku semua lelaki. Kakak atau adik perempuan memang tader. So, taklah aku jadi gadis Melayu terakhir sangat. Ramai-ramai beli ration. Beratur ramai-ramai bayar. Shoppers lain tengok kamiorang pun tertanya-tanya. Haha. Bangga kejap masa nie. Boleh promote sukan pergunungan nie. ^.^
Lepas habis shopping, meeting time. Berdebar-debar. Tak sangka jadi juga benda yang dirancang lama nie. Even banyak kali paperwork direject tapi kami tidak akan mengalah. Nie minat kami. Nie hobi kami. Nie cinta kami. So, hidup mesti diteruskan. Haha. Ter ‘emo’ sebentar. Meeting dengan orang kuat V2. Abang Wan. Hehe. Banyak tips dia bagi. Siap sponsor banner lagi. Thanks a lot, bro! Your spirit with us. Doakan semuanya berjalan lancar. Yang paling penting, selamat pergi dan selamat pulang. Lagi 1. Niat. Kita pergi trip nie bukan untuk bermegah-megah tapi dengan niat nak tengok kuasa Allah Yang Maha Besar. Dekat gunung lah,kita akan sedar betapa kerdilnya kita. =).

PERJALANAN YANG SANGAT JAUH PUN BERMULA ~
Line up :
<!--[if !supportLists]-->  1  -  <!--[endif]-->Guider : Abang Poncho (the living legend)
<!--[if !supportLists]-->  2  - <!--[endif]-->Pengarah program : Danail (barlee satu boleh?)
<!--[if !supportLists]-->  3   -  <!--[endif]-->Sweeper : Anis (tanker sejati)
  4   -  Shooter : Aireen (kaki cucuk rapat nie. Aishh.)
<!--[if !supportLists]-->  5   - Cokek (pewai kerana rindukan roti canai)
<!--[if !supportLists]-->  6  -  Wan ( supplier adidas kampong)
<!--[if !supportLists]-->  7  - Tarmizi ( mantap-mantap)
  8  -  <!--[endif]-->Black (tough beginner)
  9  -  <!--[endif]-->Zubiaq (chef keracunan)
<!--[if !supportLists]-->  10  -  <!--[endif]-->Alia Farhana (sedapnya namaku)
<!--[if !supportLists]-->  11  -  <!--[endif]-->Komeng ( Salomon?)
<!--[if !supportLists]-->  12  - Syahir (periuk nasi berlubang keranamu. Haha.)
  13 -  Pokjad (peniup wisel berjaya)

8 February 2013 * JUMAAT [MELAKA-PUDURAYA-TANAH RATA-KG RAJA]
8.30 a.m : Bergerak dari Melaka.
10.00 a.m : Sampai dekat TBS. Bergambar ramai-ramai di pintu masuk TBS tu dulu. Macam tak percaya je, perjalanan kami sudah bermula. Nervous. Nervous tahap maksima. Haha.
10.30 a.m : Bergerak ke Puduraya. Kat sini kami akan bertemu dengan Abang Poncho. Pernah dengar namanya. First time jumpa lah nie. Dalam LRT, banyak mata-mata memandang. Hehe. Kami bukan foreigner tau. We are truly Malaysians!
11.00 a.m : Sampai. Finally met Abang Poncho. Dari sini kami semua akan travel naik bas dari Pudu ke Cameron highlands. Zubir,Black dengan Tarmizi akan berjumpa di Kampung Raja malam nie.
1.00 p.m : Bas sepatutnya 12.30 p.m tapi delay ½ jam. So, here we come Cameron Highlands.
5.20 p.m : Sampai di Tanah Rata. Tunggu bas untuk ke Kg. Raja. Tapi nampaknya, kami semua dah terlepas bas terakhir. Jadi option lain. TEKSI.
6.00 p.m : Naik teksi ke Kg. Raja.
6.30 p.m : Sampai dekat Surau Lama Kg. Raja. Surau nie dah dibiarkan begitu sahaja. Kenapalah dorang tak kekalkan walaupun dah ada surau baru. Kami akan bermalam disini. Esok pagi baru pengembaraan sebenar bermula.
7.30 p.m : Tarmizi sampai. Tinggal Zubir dengan Black je lagi.
8.30 p.m : Okayh. Zubir dengan Black dah sampai. Cukup semua line up. Doakan semuanya akan selamat. Amin.
11.00 p.m : Tidur awal. Dalam fikiran masing-masing wonder, macam manalah ari esok. Hehe.

9 February 2013 *SABTU [BVD-TWO BOUNDARIES-THREE BOUNDARIES-KEM CHARLIE]
5.15 a.m : 4WD Kumar sampai. Pagi-pagi nie sejuk. Tambahan dekat Cameron Highlands. Kami akan ke BVD a.k.a Blua Valley Dam. Kami akan melalui laluan Pondok Charlie. Full version + Berhid. Kami akan melalui almost semua laluan V2. KeReX history. . . InsyaAllah, KeReX akan try yang terbaik. Amin.
5.45 a.m : Sampai BVD. Sejuk dalam 4WD masih terasa. Sampai ke tulang der. Grrrr. Tapi best. Salah satu sebab aku suka naik gunung sebab suka naik 4WD. Haha. Solat Subuh dan sarapan disini dulu.
6.45 a.m : Get ready. Tangga BVD menunggu. Serius aku benci tangga! Memang semput aku panjat tangga BVD nie. Kalau tangga dekat FKEKK tu pun, aku tarik nafas banyak kali, apatah lagi BVD punya tangga. Haha. Pewai awal-awal di tangga. Budak-budak lain aku tak sure tapi tengok,dorang steady lagi. Semangat lagi tu.
10.41 a.m : Trekking ke Two Boundaries.
1.20 p.m : Sampai Two Boundaries. Sebelum sampai sini, lalu paip-paip besar. Memang licin gila. Sumpah seranah dapat. Dekat sini Lafuma aku dah nak kena campak jauh-jauh. Tapi tak campak lagi. Haha. Aku terlupa nak jahit kasut tu dulu. My bad. Pengajaran untuk semua. Jangan lupa jahit kasut korang before pergi trip basah. Kalau Adidas Kampung jer yang tak payah dijahit.
2.29 p.m : Sampai Three Boundaries. View Perak, Kelantan dan Pahang. Subhanallah. Kuasa Allah. Serius cantik.
3.48 p.m : Sampai Kem Charlie. Campsite dekat sini. Awal kami sampai. Hari pertama, semua tak berhajat untuk OT lagi. Ambil feel dulu.
10.00 p.m : Selesai makan malam,semua tidur. Esok perjalanan jauh.
10 February 2013 *AHAD [KEM CHARLIE-KEM GURKHA-PUNCAK GURKHA-YONG BELAR-H20]
Suhu hari nie 12.5 degree. Sejuk gila. Semua malas nak bangun tidur kalau diikutkan hati tapi perjalanan mesti diteruskan. Hari nie baru hari ke 2. Lagi 6 hari perlu ditempuh. Lama tu 6 hari. Kalau sejam pun Cokek dah cakap lama, 6 hari tu darab pula 24 jam. Memang tak terkira lah. Oleh kerana malam tadi dah tidur awal, pagi nie semua kena bangun awal.
5.00 a.m : Orang dapur dah kena bangun. Kena masak untuk sarapan dan lunch pack sekali.
8.49 a.m : Gerak ke Kem Gurkha. Masa nie Lafuma aku dah kena pakai cable tight bagai dah. Pewai sebab kasut lah aku hari ni.
9.30 a.m : Sampai Kem Gurkha. Banyak kisah tentang kem nie. Majority hikers mungkin dah tahu kot. Kem nie tapak kubur orang-orang Gurkha zaman komunis dulu. Kiranya nie tempat bersejarah juga nie. Jumpa kasut getah dalam condition yang baik lagi. Abang Poncho suruh pakai tapi aku degil lagi dengan harapan Lafuma nie akan bertahan. Haha. Test tahan berapa lama Lafuma nie.
12.30 p.m : Perjalanan diteruskan dan akhirnya sampai Puncak Gurkha. Pergh. Otw pergi sini memang menguji tahap kegayatan aku. Ada satu part pokok tinggi kena panjat. Aishh. Rasa kecik + pendeknya aku. (reality la Cik EmptyBlank oitt)
4.30 p.m : Alhamdulillah. Gunung Yong Belar. Nie kali kedua si Zubir pergi sini. Puncak pertama G7 dalam trip nie akhirnya berjaya ditawan. Bersyukur sangat walaupun sejuknya menyengat tulang. Okayh. Lafuma dah kena campak awal-awal dah before sampai sini. Thanks to Wan bagi aku guna kasut dia. Bayangkan kaki aku yang size 4 nie pakai kasut dia yang size 7. Lenjan ajelah. Janji aku tak berkaki ayam. Haha.
9.15 p.m : Sampai di anak Yong Belar. Aku rasa kali nie, line up dah separuh pewai dah. Nak melayan H20 pula lepas nie. Aigoo.
1.00 a.m : OT. Hari kedua dah OT. Kena OT jugak sebab nak kejar jadual. Kalau tak lagi lamalah kami semua dalam Banjaran Titiwangsa nie. Semua taknak ambil risiko. Finally sampi H20. Night semua. Harap-harap esok tak OT lagi.

11 February 2013 * ISNIN [H20-JUNCTION-KORGA-JUNCTION]
Hari ke 3. Hari nie ramai bangun lewat sebab kepenatan semalam. Nampak gayanya perlu tukar pelan. Cadang nak tidur di Puncak Korbu tapi tukar Korga daypack. That’s the best decision so far.
11.00 a.m : Start trekking ke Gunung Junction. Akan buka campsite disini. Dari sini akan daypack ke Korga.
3.45 p.m : Sampai Gunung Junction. Letak beg semua dan free body ke Gayong.
6.50 p.m : Sampai Gunung Gayong. Alhamdulillah. Gunung G7 kedua dalam trip nie. Tangkap gambar dan akan ke Korbu pula. Otw ke Korbu, aku,Black and Zubir trekking sama-sama dan sempat tengok sunset otw tu. Tapi sekejap sahajalah. Still rasa puas. =)
9.15 p.m : Finally. Sampai Gunung Korbu. Aiyark! Jauh jugak perjalanan nak ke sini. Layan view Ipoh di waktu malam disini. Cantik siakkk. Rest kejap then akan ke campsite semula.
2.15 a.m : Pewai. Serius semua dah pewai. Trekking pun dah tak borak-borak dah. Layan perasaan masing-masing dah masa nie. Hihi. Aku pun. Rasa jauh sangat. Last group sampai 3.00 a.m. sampai-sampai tukar baju trekking then sleep ar. Tapi legalah. Dapat kejar jadual balik sebab sepatutnya malam nie tidur di Korbu tapi dah di Junction. So, esok jalan sikit sahaja.

12 February 2013 *SELASA [JUNCTION-LEMBAH AGAS-BONSAI TENGAH]
12.15 p.m : Start trekking.Makin lama dalam hutan nie, makin lambat pula bangun tidur. Aish. Lelaki. Haha. Aku pun ikut bangun lambat sekalilah. Malam tadi punya penat tak hilang lagi.
4.45 p.m : Sampai Kem Lembah Agas. Nak sampai sini punyalah lelah. Naik turun. Naik turun. Naik turun. Banyak kali dah kena tipu. Haha. Then, lagu ‘Harapan’ ajalah yang dinyanyikan. Harapan punya hal. Disini kami decide,nak shoot Kambing atau tak. Kalau nak ke Kambing, malam nie kena OT lagi. Tapi semua berpakat untuk tidak OT. Mental semua line up dah tahap serius damage. Sikit lagi je nak kena hantar Tanjung Rambutan. Haha. Aireen marah-marah orang kalah perempuan peod dah. Haha. *akulah yang kena marah tu.
7.30 p.m : Berhenti trekking. Puncak Bonsai Tengah. Akan bukak campsite dekat sini. Kenangan dekat sini tak boleh lupa. Angin dia. MANTAP! Geng-geng dapur kena tidur dekat laluan angin. Redha ajelah sebab situ je tempat yang tinggal. Aku,Anis,Aireen,Black dengan Zubir memang tahan sejuk sajalah. Line up lain dekat tempat yang tersorok sikit.
10.00 p.m : Good nite semua. Esok akan ke Kambing.

13 February 2013 * RABU [BONSAI TENGAH-P.VIEW-DGU-BELUMUT-KAMBING]

10.30 a.m : Start trekking. Memang tak lena pun tidur malam tadi. Angin + air embun. Sleeping bag Aireen dah basah.
11.10 a.m : Sampai Puncak View. Cantik. Gayat. Scenery dekat sini terbaik! Nampai view 360 degree. Memang puas hati lah.
12.10 p.m : Sampai DGU. Memang Don’t Give Up lah.
2.41 p.m : Sampai Belumut. Haish. Memori dekat sini macam dah lost jer dari ingatan aku. Haha.
5.45 p.m : Alhamdulillah. Finally sampai Kambing. Hujan. Hujan. Hujan.
8.00 p.m : Start memasak. Timun cicah kaya. First time lah aku cuba. Delicious! Betul,tak tipu. Haha. Then, lempeng bergula resepi mak Aireen. Macam-macam makanan aku cuba dalam hutan nie. Then, tidur.
1.00 a.m : Terjaga sebab rasa air menitis atas kepala ditambah kehadiran TIKUS. Aish. Tikus nie tak reti sejuk ke? Nasib seekor saja,bolehlah aku halau. Yang lain tidur tak sedar diri dah. Tinggal lagi 3 hari jer lagi trip nie.

14 February 2013 *KHAMIS [KAMBING-P.TOK NENEK-P.BUBU-SIMPANG YONG YAP]
2.00 p.m : Start trekking. Pergh. Memang start lambat giler trekking hari nie. Semua kerana hujan. Kalau ikut hati, tak payah trekking lah hari nie. Tapi nanti matilah kau nak kejar jadual balik. Haha. Ke Puncak Tok Nenek dulu. Kalau tak pergi sini, tak sahlah trip V2 korang.
5.15 p.m : Sampai di Puncak Bubu. Kami akan meneruskan perjalanan ke Yong Yap. Tapi akan berubah mengikut tahap kepewaian line up.
8.15 p.m : Ambil keputusan untuk bermalam di Simpang Yong Yap. Sebab masing-masing tak nak trekking malam-malam dah.
10.00 p.m : Semua berusaha untuk tidur di campsite yang terletak di lereng bukit. Sumpah. Malam nie lah aku tak tidur. Haha. *nak menangis tau tapi cekalkan hati. Kih-kih. Bukan Cik EmptyBlank ar kalau menangis sebab berebut tempat tidur. Kah kah.

15 February 2013 *JUMAAT
[SIMPANG YONG YAP-P.YONG YAP-BONSAI-BERHID-P.YONG YAP-SIMPANG YONG YAP-SUNGAI Y]
11.00 a.m : Start trekking. Hari nie semua bersemangat sebab tinggal 1 hari saja lagi. Kalau boleh, hari ni jugak nak keluar ke Kg. Sungai Rengil. Tapi still tengok condition line up. Hehe.
11.40 a.m : Alhamdulillah. Akhirnya V2 complete. Sampai Puncak Yong Yap akhirnya.
2.45 p.m : Sampai Puncak Bonsai. Bonsai dan Berhid adalah gunung bonus dalam trip nie. View cantik walaupun kabus.
4.14 p.m : Berhid!!!! XPDC TRANS TITIWANGSA FULL VERSION + BERHID COMPLETED! Tahniah semua. Semua dah fikir nak keluar dah.
6.40 p.m : Summit Yong Yap Second Time. Haha. Tahniah korang. Nanti orang tanya, berapa kali pergi Yong Yap? 2 kali dah. XD. Anis dengan Pokjad dah 3 kali. ^.^
7.30 p.m : Sampai semula Simpang Yong Yap. Lupa nak bagitahu, pergi Berhid adalah dengan free body.
11.00 p.m : Sampai Sungai Y. Mula-mula cadang nak keluar terus tapi beselah masing-masing pewai jalan malam. So, berehat sini. Esok last day!

16 February 2013 * SABTU [SUNGAI Y- KG SG RENGIL]
Morning semua. Last day dalam hutan nie. Lepas nie layan sungai dengan lantai yang landai. Sungai. Arghh! Kenangan Tahan. Haha. Aku takut air. Main rowing pun sebab nak hilangkan takut dekat air lah.
11.00 a.m : Siap mandi air sungai Y. Puas hati. Rugi saper yang tak mandi tu. Then,start trekking.
4.00 p.m : Alhamdulillah. Sampai Kg. Sungai Rengil. Bosan oit nak sampai ke sini. Sungai lagi. Aiyark! Sungai takat lutut aku ok lagi. Sampai dekat pinggang,aku dah gabra. Haha. Kalau tengok muka,muka confident je. Dalam hati, tuhan jer yang tahu. Aku kena kuat! XD. Masa nie trekking dengan Shahir dengan Cokek. Cokek tak habis –habis dengan penyesalan dia. Haha. Tapi aku guarantee sekarang, dia tak menyesal main trip 8 hari. Haha. Kan Cokek kan??? Ganu mane leyh mengalah awal-awal. Dop rok cetong ar gitu.
6.20 p.m : Setelah berharap, akhirnya 4WD Kumar datang. Masa nie semua kegembiraan. Haha. Bye-bye V2. Jumpa lagi,insyaAllah. Amin. *Nak repeat lagi tak korang? Haha. Soalan cari nahas.
8.00 p.m : Sampai di tamadun manusia. Haha. Tapi before sampai sini, sejuk Cameron Highlands memang boleh membunuh. Sejuknya. Anginnya. Mula-mula naik 4WD then tukar lori pulak sebelum sampai sini. Check in hostel.
9.00 p.m : Surprise. Abg Wan datang. Haha. Tak sangka sanggup dari Melaka jemput kami semua dekat Cameron nie. Malam untuk berehat di Pekan Brinchang.
Officially, trip nie dah berakhir. Rasa sekejap sangat 8 hari tu. Alhamdulillah. Banyak pengajaran dari trip nie. Buat kita kenal diri kita sendiri, buat kita kenal diri orang lain. Mengajar kita untuk control diri sendiri dan bertolak ansur dengan orang lain.
Tapi aku paling terkesan dengan ‘HUTAN SIMPANAN KEKAL LOJING’. Apa hutan simpanannya? Mana hutan simpanan kekalnya? Sedih. Mungkin generasi lepas kita takkan merasa dah apa tu hutan lepas nie. Kalau letak signboard macam tu dekat luar, tapi kat dalam semua ditarah. Hurm. Mungkin lepas nie Banjaran Titiwangsa akan hilang sedikit semi sedikit. Someone kena bertindak. Aku pernah terbaca pasal Lojing nie dekat Gunung Online kalau tak silap sebelum nie, tapi tak sangka seteruk nie keadaannya. Haish. Korang fikir dan nilaikan sendiri. =)
Baiklah. Sekian entri Cik EmptyBlank kali nie. Maaf atas salah silap tatabahasa. NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY. Harap KeReX terus maju untuk memajukan jati diri KeReXians. Amin. Lagi satu, sama-sama kita selamatkan hutan kita. Hutan adalah pinjaman dari anak cucu cicit kita. Yeah! Assalamualaikum. Wallahualam. The end. JUM LAYAN GAMBAR-GAMBAR. MAAF, CIK EMPTYBLANK DPT SNAP SIKIT JER GAMBAR. PEWAII DOE. ^.^