Pages

Monday, 22 April 2013

Berkelah Waterfalls Third Edition 2013


Assalamualaikum w.b.t . Haa. Semua tengah tunggu entri terbaru dari Cik EmptyBlank kan? Ok. Entri semasa cuti mid-sem hari tu kena hold lagi. Hihihi. Nak keluarkan entri ni dulu. Selamat membaca. =)
BERKELAH WATERFALLS THIRD EDITION WITH POLITEKNIK KOTA MELAKA
TARIKH = 30-31/3/2013
TEMPAT = HUTAN LIPUR BERKELAH, GAMBANG, PAHANG.
LINE UP = Guider : Alia Farhana,Ridzuan Zulkili, Tarmizi Azily, Zubir, Mialiana dan Hafizi Zubel. Peserta : 20 orang. 6 orang perempuan dan 14 lelaki.
Okay. Heee. Trip kali ni mereka tidak main tali tapi sekadar melawat sampai kolam 7. Sila baca log dulu okay.
Sabtu 30/3/2013
1.30 a.m : Bergerak dari Melaka. Mia and Komeng satu kereta. Aku,Wan,Zubir dengan Tarmizi     satu kereta. Tarmizi drive dulu untuk perjalanan pergi ni.
3.30 a.m : Sampai dekat Perhentian Muadzam. Makan. Minum. Pagi-pagi buta kan.
5.30 a.m : Lebih kurang lah. Sampai dekat Masjid Kampung Gelugor. Waa. Dah lama tak pergi sini. Last trip aku ke Berkelah ni tahun lepas. Nak dekat setahun juga. Ni tempat aku kenal gunung. =)
6.00 a.m : Bangun solat Subuh. Aku je yang tak tidur.
7.10 a.m : Waktu Syuruk. Ni pakat-pakat lah dorang tahu kan . Aku lupa siapa yang bagitahu. Haha. Terbaik bak ang.
8.00 a.m : Gerak ke Starting point. Briefing and warm up dekat sana.
8.50 a.m : Start warming up dan briefing. First target kolam 3. Situ campsite besar sikit.
9.20 a.m : Tetiba sampai di Kolam 1. Haha. Plan awal taknak lalu sini tapi disebabkan guide tak jumpa jalan pintas. Haha. Guide. Guide muda lagi kan. Siapa?? Haha. Entahlah~~~ Lalala.
10.10 a.m : Sampai kolam 3. Campsite. Kat sini jumpa 3 family. Bawa anak-anak datang sini. Memang hikers original juga. Patutlah boleh bawa anak-anak. Hee. Aku nak bawa anak aku nanti ke sini juga. Masa dorang kecil-kecillah kena ajar. Amin. InsyaAllah.
2.00 p.m : Kolam 7. Kolam 7. Tiruk. Tiruk. Gerak. Gerak. Tapi akan singgah kolam 5 dulu.
2.30 p.m : Sampai kolam 5. Laju juga dorang nie. Asyik mencucuk Zubir je. Haha. Good. Semangat tu yang penting. Okay. Tiruklah puas-puas. Okay. Aku masih takut nak lompat rupanya. Aishh. Sesiapa pandai tolong ajar aku hilangkan gayat aku. Huu. Sedih. Tapi aku tetap lompat. Mampu sekali aje.
3.40 p.m : Baru nak gerak ke kolam 7. Huhu.
4.15 p.m : Sampai kolam 7. Memang dorang ni laju lah. Okay. Dipersilakan tiruk dan berendam dalam air ye. Saya mahu kering kali ni. Zubir,Tarmizi, Wan dan Komeng dah tiruk awal-awal. Teringin. =( Tapi aishh.Dengan membayangkan saja, heart rate aku dah naik. Takpalah, satu hari nanti. =)
4.50 p.m : Alahh. Dapat sekejap sahaja disini, sebab hujan dah turun. Okay. Jum shoot ke kolam 3 semula.
5.30 p.m :Sampai kolam 3. Get ready untuk masak makan malam. Zubir pergi mengail. Demi mencari rezeki untuk keluarga yang ditinggalkan sebentar. Haha. Dapat lah tengas around 8 ekor. Sedap.
9.00 p.m : Jum makan!
Ahad 31/3/2013
7.30 a.m : Sarapan disediakan. Lena tak tidur? Aku seperti biasa. Sentiasa terjaga waktu malam. So, tak lena sangatlah.
9.00 a.m : Mandi-manda di kolam 3.
11.15 a.m : Hah! Baru nak turun. Matahari dah mencanak atas kepala. Haaa. Ngeri. Ngeri. Kuku kaki terlanggar batu,so berdarah. Taknak bagi budak-budak Nampak, laju-laju aku ke kolam 2 untuk basuh kuku. Haha. Dorang pun follow laju la. Telur busuk pecah dalam beg Zubir. Kahkahkah. Speechless. Daebak!! :D
12.30 p.m : Sampai kat jambatan runtuh. Tunggu powil disini. Encik Jepun sila cepat sikit. Panas ni.
12.45 p.m : Yes! Abang Jepun dah sampai. Bye-bye Berkelah.
1.15 p.m : Minum-minum di gerai sebelah masjid. Bersiap untuk pulang.
3.00 p.m : Jum ke Teluk Cempedak. Dah lama tak pergi sini. Cantik! Lagi cantik dari last aku pergi dulu.
6.45 p.m : Jum pulang Melaka. Zubir drive. Tarmizi tidur. Wan pun tidur. Makanya aku sebagai co-pilot kena bising untuk elak Zubir tidur semasa memandu. Kereta Mia dengan Komeng pun, Mia pun tak boleh tidur. Masing-masing dah penat kan. So. Mari berborak.
12.00 a.m : Sampai Melaka. Thanks semua.
p/s : Sebutan Berkelah sebenar bukan e = enak, tapi e = emak. Okay. Sebut semula. Berkelah~ Layanlah gambar-gambar sikit.








1 comment: