Pages

Friday, 28 June 2013

RUMAH BARU 2013

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar agaknya blog Cik EmptyBlank ini kan? Dah lama tak dijaga. Takpelah, tu perkara normal bagi aku. Okay. Proceed ke main point. R.U.M.A.H B.A.R.U. Alhamdulillah, Berjaya jugak aku menjalani kehidupan selama 2 tahun di UTeM ini dengan jayanya. Alhamdulillah. Tinggal lagi 2 tahun saja lagi untuk ditempuhi. Semoga Cik EmptyBlank dapat bertahan lagi di universiti kesayangan ini. Amin. Berkenaan tajuk cerita hari ini, genap 2 hari kami, seramai 10 orang pindah di rumah sewa. Rumah sewa yang mana officially akan jadi rumah pertama kami for the next 2 years. 10 orang jelitawan dari 3 BENE menetap bersama. Perawan selang sebelah rumah. Haha. Alamatnya di Batu Berendam. About 15-20 minit juga ke UTeM yang terletak dekat Durian Tunggal tu haa. Jauh? Rasanya sama jarak dari rumah aku ke sekolah menengah aku dulu. Jengka 11 ke Jengka 2. Tak jauh manalah rasanya. Merempit kan. Ahaha. Ha, cerita pasal merempit ni, motor aku tu dah tukar tayar baru, tubeless rm58 . Tak penting pun actually. Tetiba. Dah cerita pasal rumah baru, cerita pasal duit lah pula. Aihhh. Kehidupan pelajar yang dapat PTPTN tidak lah seperti cerita orang dapat cenderahati beg Greygory 25 liter kan. Jujur cakap. Tak sebahagia macam tu pun. Gua pokai sekarang. Pokai tahap gaban. Gaban tahap dewa. Kais pagi makan pagi, kais petang simpan pagi esok la senang nak cerita. Kerja? Sekarang menganggur. Bos tak bagitahu lagi. Lagi-lagi dekat nak puasa ni kan. Aish. Hidup meminjam, tapi tak sedap jugak meminjam ni. 2 kali dah meminjam nie. Kena tebalkan muka. Tebal sangat. Dengan membe sendiri lagila tebal tahap dewa. Serius Allah tahu saja perasaan masa tu. Jenis aku takkan minta tolong dari orang lain, melainkan aku dah terdesak sangat. Terima kasih la pada kawan aku tu. Maaf tersusahkan korang. Maaf sangat. Sedih. Mak pun marah, dia taknak aku jadi peminjam. Kata nak kerja, dia tak bagi, tapi dalam diam-diam aku kena kerja. Aku dah puas susahkan mak dengan abah aku. *mata pun dah berair dah ni walaupun ayat aku jenis takde perasaan. Dia cakap, mak taknak anak mak pinjam duit orang, kalau betul-betul takde duit makan, bagitau mak. Mak abah boleh carik duit. Itukan tugas mak dengan abah. Yosh!! Dah nangis. Mak, terima kasih mak. I love you. Tetiba teringat  nasihat Sir Hazli Rafis, my lecturer yang aku pernah tak suka sebab pandangan pertama, yang aku pernah tak suka sebab dengar cerita dari orang lain, tapi aku sedar, lecturer itu cikgu. Cikgu itu mendidik. Dia baik. Baik sangat. Dia cakap, “Awak kerja mesti mak dengan ayah awak tak tahu kan? Kalau dorang tau, mesti dorang tak bagi. Tugas awak belajar. Tugas mak ayah awak cari duit untuk awak. Ingat, komitmen awak belajar je sekarang.” Yes Sir! Mak saya pun cakap macam tu. Tapi.. Aku degil. InsyaAllah, kalau ada kerja kosong, aku akan kerja. Yang penting, hati kena kental, semangat kena sentiasa kuat. Ingat itu. Lagi 2 tahun je, nanti dah kerja bagus-bagus, bawak mak abah jalan-jalan. Aku tahu mak dengan ayah aku taknak kalau tiap bulan aku bagi duit je, tapi dia nak jalan-jalan dengan aku dan adik-adik aku. Insyaallah. Nak bawa mak dengan abah pergi umrah dulu. Amin. Okeyh. R.U.M.A.H B.A.R.U punya setooori tamat disini. Sekian.

p/s : Allah itu Maha Adil. =)

Friday, 7 June 2013

Mount Berembun Green Challenge Second Edition 2013

Baru nak keluar entri yang dah lama ditaip ni. Walau apa pun, enjoy~

16/3 . About a week ago, aku ikut S.O.S Racer join race nie. Alhamdulillah, nie kali kedua aku join Berembun Climbathon ni. Kali ni aku masuk kategori Wanita Open. =.= Saya dah tua. Berikut tentative perjalanan dan aktiviti dalam masa 2 hari. ‘Terengganu tu macam dekat je kan???’
15/3/2013 Jumaat
1.30 p.m – Naik bas ke TBS. Sanggup ponteng kelas petang tu. Huh! Semangat punya pasal.
3.00 p.m – Sampai TBS. Botak cakap pukul 6.30 baru berkumpul dekat LRT Gombak. So, duduk dula dalam surau.
5.30 p.m – Aku gerak ke stesen LRT Gombak.
6.20 p.m – Tepat-tepat aku sampai dekat Gombak.
7.00 p.m – Baru Botak sampai dan kami semua gerak ke Terengganu dengan 3 kereta. Total S.O.S Racer kali nie 12 orang. Ramai.
16/3/2013 Sabtu
2.00 a.m – Sampai dekat kaki Gunung Berembun. Starting point. Masa untuk tidur. Esok 8.15 a.m dah start race. Aku tak berdebar sangat. Tapi rasa preparation aku sendiri memang tak cukup. Jangan jadi orang last saja.
6.30 a.m – Bangun! Subuh.
7.30 a.m – Warm up. Warm up. Masa nie jumpa geng-geng Penyamun. Geng-geng masa aku naik Tahan 2012 dulu. Bob, Chort, Mie, Kak Farah, Gobi, Kak Gadis dan sorang lagi. Rindu dekat dorang. Huhu.
8.15 a.m – Start!! Debar. Debar.
12.30 p.m – Sampai finish line. 19th. Alhamdulillah. Memang masa tengah lari-lari kat atas tu target bawah 20.
6.00 p.m – Semua peserta dah turun. Time untuk pulang ke KL.
2.00 a.m – Sampai rumah Kak Zura kat PJ. Esok baru pulang Melaka.
17/3/2013 Ahad
9.00 a.m – Sarapan bersama nasi lemak. Haha. Mula-mula nak naik bas je balik Melaka tapi kebetulan Abang Wan, Mizi dan Anis naik KL,pulang bersama mereka lah. Hihi
1.00 p.m – Jumpa mereka di Pertama Complex. Untunglah Mizi beli beg baru, mattress baru.
2.00 p.m – Then jalan-jalan di Times Square. Then pergi Low Yatt.
8.00 p.m – Baru pulang ke Melaka.
10.00 p.m – Sampai Melaka.
The end my weekend.
Overall Result S.O.S Racer
Botak – 14th
Kak Zura-33th
Rejab- 45th
Aku- 19th
Yang lain-lain walaupun tak dapat placing tapi Berjaya menghabiskan race tersebut. Congrates semua!! Jumpa lagii. InsyaAllah.
trek Open Women Malaysia
p/s : tata.jupa lagi tahun depan~