Pages

Friday, 19 July 2013

Amalan Kejuruteraan 2013

Assalamualaikum w.b.t. Dah siap buat entri di awal pagi ini tetiba dapat idea, nak buat entri lain.

 sobs3. Aku nak nangis dah ni.

Sem kali ni berpuasa bersama rakan-rakan. Sahur sama-sama. Berbuka sama-sama. Line je feeling kali ni. Tapi umur aku dah 21 tahun dah, dah besar dah. So, taklah teruk sangat berjauhan dengan family ni. Kenapa tak bercuti di rumah? Haa, soalan cepumas. Jawapan pun cepumas lah. Krikk krikk.. Alaaaa, sebab Amalan Kejuruteraan (AK). Ala-ala Latihan Industri Dalaman. UTeM dan beberapa universiti saja kot yang mengamalkan Amalan Kejuruteraan ni, mungkin UTeM je kot. Wallahualam.

macam ni lah contohnya. Ni pelajar Fakulti Pembuatan nie.

Macam mana AK tu? Macam ni ceritanya :

1) Kena pergi ke 5 fakulti yang lain. Aku Elektronik, so aku kena pergi ke Fakulti Pembuatan, Elektrik, Tekno-Usahawan, Teknologi Maklumat, dan Mekanikal. 
2 ) Belajar la asas-asas yang mereka belajar. Merasalah cuba welding, fitting, wiring, turning, milling, dan yang seangkatannya tu.
3) 4 minggu terakhir baru kembali ke fakulti masing-masing. Sekarang baru 1 minggu, lebih kurang lagi 3 minggu la. Nanti balik raya seminggu, kemudian sambung lagi 1 minggu untuk habiskan AK ni.
4 ) Lepas tu kena hantarlaaa report. 




takpelah. Janji balik raya seminggu.. :)



No comments:

Post a Comment