Pages

Tuesday, 23 July 2013

Ku pilih cinta bukan rupa

Assalamualaikum w.b.t. Andai aku diberikan pilihan untuk memilih , pasti ku pilih cinta bukan rupa. Rupa mungkin satu bonus tetapi tidak akan bawa kemana-mana, Cinta pasti akan dibawa sampai ke jinjang pelamin. Aku dah masuk 21, aku dah mula fokus dalam hidup, arah tuju dan cinta aku. Apa yang pasti, aku mahukan seseorang yang juga fokus ke arah tu. ;) Mak, Boleh tak saya kahwin awal ni? Hehe. Orang tu dah kerja, dah tahu apa yang dia nak dalam hidup ni, So,Bagilah LIa kahwin awal. Haha. Kuat benar aku berangan sekarang. Aku dah ada plan sendiri, tapi sendiri ajelah. Tak bagitahu sesiapa lagi.
Okay, macamni rancangan tersendiri Cik Emptyblank :

1) Tunang masa CNY 2014. So, masa tu aku tengah cuti kan, boleh la. Ala, tunang simple2 jer. Teringat masa maksu aku tunang dulu, raya pertama, suami dia kata nak datang merisik je dengan family dia. Sekali terus bertunang, paksu aku bawa cincin dan kek je masa tu. Maksu aku tak sediakan apa-apa pun. Terima ajelah. Terus masa tu bincang pasal kahwin. 1 tahun dorang ikat tali pertunangan. Tak ke simple kan macam ni??

2) Dah setel tunang. legalah sikit kot. Tapi bagi bakal suami aku lah pulak, bersedia untuk majlis perkahwinan. Aku kena masuk kursus kahwin semua. Bakal suami aku pun kena ambil kursus kahwin semula. Haha. Rasanya mak dengan abah aku taknak minta duit hantaran pun. Kalau aku pun sama, tak payah minta hantaran duit semua tapi biar dia tanggung kenduri dan pakaian aku masa kahwin nanti. Ha... Ala buat kenduri tak payahlah besar-besar TAPI jap! Aku ni anak sulung, anak tunggal perempuan pula, nenek aku mesti nak besar sikit . Hehe. Tapi nenek... Macam maksu dulu pun dah ok. Tak besar sangat tak kecil sangat. 1 tahun tu cukup kot. Aku pun masih belajar kan tapi boleh lagi kerja part time. Haaa. Tak ke mudah macam tu?

3) Then, CNY 2015. Genap setahun tunang. Masa untuk kahwin la pula. Dah setel nikah semua. Alhamdulillah. Lepas satu benda. Aku belajar pun tinggal lagi 4 bulan je. Lelaki nak kahwin sebab nak anak kan. Haa, sedang molek 4 bulan je lagi tinggal, boleh je nak buat anak pun. Haha. Sampai ke sini haa aku fikir tapi betullah. Haha.

4) Dah kahwin, dah setel. Tempat tinggal plak? Well, seorang isteri telah menjadi hak milik seorang suami. Dia kena ikot suami la. Aku tak kisah pun. Tapi janji bakal suami aku tu bagi aku kerja dan bagi aku naik gunung lagi. Tu je yang aku harapkan.

Okey! The end cadangan aku ni. Agak2 okay tak? Kih3. Mama, saya mahu kahwin. 

p/s : Sekarang 23/7/2013. Lagi 5 bulan dah 2014. Lagi satu tahun dah 2015. 4 bulan lepas tu aku dah habis belajar. Ya Allah, begitu cepat masa berlalu. Kita hanya merancang , Allah yang tentukan.





1 comment:

  1. nice planning ! fuyyyooo.. baru tepikir 2014 tu taun depan. hahahha cepat nau

    ReplyDelete