Pages

Tuesday, 24 December 2013

Rangkuman 2013 [ Penutup ]

Assalamualaikum. Akhirnya,kita dah sampai ke penghujung untuk entri Rangkuman 2013 aku kali nie. Seperti yang dijanjikan,aku akan bercerita tentang aktiviti-aktiviti 2013 aku:

  •  XPDC TRANS TITIWANGSA FULL VERSION + BERHID WITH KeReX
  •  BEREMBUN MOUNT CHALLENGE 2013 WITH S.O.S
  •  BERKELAH WATERFALLS WITH POLI KOTA MELAKA
  •  TEVA KENABOI ADVENTURE RACE
  •  GUNUNG DATUK WITH FRIENDS
  •  SIRKIT NOGORI TAMPIN WITH S.O.S
  •  XPDC KEMBARA MERDEKA SMK MERAPOH DI GUNUNG TAHAN
  •  CUCI DAN DAKI BROGA
  •  GUNUNG DATUK DENGAN KAK VEENO
  •  ECO RUN UTeM
  •  GUNUNG DATUK WITH KeReX JUNIOR
  •  LANGKAWI INTERNATIONAL EXTREME CHALLENGE
  •   ROFEST GATHERING WITH S.O.S

Alhamdulillah. Selamat sudah aku lalui semua aktiviti-aktiviti ini. Masa mula-mula awal sem 5 nie aku cakap taknak sibuk-sibuk dah. Tapi kau tengok laaaa. Aku memang suka hidup sibuk. Sebab semua benda yang aku buat nie benda yang aku suka. ;) tapi jujur, sem nie paling tak puas. Mungkin kurang masuk hutan, maksud aku trip lama-lama. insyaAllah 2014 akan jadi seperti tahun 2012. Harapan akulah.

Sampai disini sahaja 2013, aku takkan jumpa kau dah. Semua kenangan 2013 adalah pengajaran terbaik untuk aku. Semoga 2014 dan tahun-tahun seterusnya aku diberi umur yang panjang dan dimurahkan rezeki. Semoga aku lebih baik dari semalam. Amin. Jumpa korang tahun 2014. Tata!

Rangkuman 2013 [Bahagian 2]

PART 2

Okay, dah sampai bahagian kedua. Bahagian pertama dah pun aku selamat post, dan aku sedang berusaha untuk delete dalam memori aku. Memang takkan terdelete lah kenangan tu Cik Kosong oi! Dah namanya memang kenangan. Makanya, kenangan itu tinggal sebagai kenangan. Peace yaw! Aku dah tak kisah dah pasal kau. Aku taknak kisah dah pasal kau sebab kau tak pernah berusaha. Kalau makcik-makcik aku tak suka kau pun tapi kau tak pernah berusaha….. jadi, FULLSTOP. Salah aku juga, aku terlalu muda untuk semua ini. Aku terlalu muda dan buat keputusan terburu-buru. Tapi yang penting aku belajar dari pengalaman dan aku belajar untuk kenal sifat kau dalam masa yang sama. WOI!!!! Kau nie Cik Emptyblank a.k.a Cik Kosong, enough! Please! Enough! Okay,okay! Im done~ *macam Sakura dalam cerita Naruto pula aku nie, ada 2 karakter dalam 1 badan. Ouh, ninja-kun!
Untuk bahagian 2 nie,aku nak mengutamakan tentang .. jeng jeng jeng….about… SISTERHOOD! Aku kan tiada adik-beradik perempuan. Dan aku tak tahu apa perasaan share masalah dengan kakak-kakak, dengan adik-adik perempuan. Tapi mereka mengajar aku! Terima kasih semua sayang-sayang aku. Mmuah! Antara calon-calonnya adalah :

 Melody Teratai a.k.a Kak Maz

Kak Maz. She teach me about how to be a strong girl. Sebab kami dikecewakan oleh lelaki yang sama. Kehadiran Kak Maz betul-betul menguji hubungan aku dengan ex-tunang, tapi aku takkan simpan apa-apa perasaan marah, benci atau dendam dekat Kak Maz sebab DIA TAK BERSALAH. Dia perempuan macam aku dan aku faham perasaan dia. Aku bersyukur kepada Allah, aku diperkenalkan dengan wanita hebat ini kerana dia mengajar aku untuk jadi kuat macam dia. Dan aku akan terus kuat seperti dia.

 Adinda Pelangi a.k.a Kak Adik

Kak Adik, pertama kali jumpa dia di TBS awal tahun 2013. Bulan 8 *kalau tak silap, aku diketemukan kembali dengan dia. Subhanallah. Takdir Allah tiada siapa yang dapat lawan. Takdir aku untuk berjumpa dia semula kerana aku juga mengutip pengalaman hidup dari dia. Kepada dia aku mengadu. Dugaan aku nie tidaklah sekuat dugaan dia. Maka, sekarang aku tidak rasa apa-apa seperti bebanan yang sangat kuat sebab aku tahu ada orang pernah lagi kuat dugaan mereka dari aku. Syukur, ya Allah.

   Qaseh Farrah An-nur a.k.a Kak Fara

Allahuakbar. Wanita ini aku kenal mula-mula sebagai adik angkat kepada ex-tunang aku. Aku tak kisah, lalu aku add dia sebagai friend list dalam fb aku. Dan rupanya, aku kenal dia juga kerana 1 sebab. Aku perlu mengenali die kerana dugaan dia lagi hebat dari Kak Adik, dari Kak
Mas dan dari aku sendiri tentunya. Kehilangan ayahanda tercinta di usia yang masih muda, kemudian di uji lagi kehilangan untuk selamanya insan yang tersayang dan sekarang masih bergelut dengan masalah dia sendiri. Kadang-kadang aku hampir  menangis melihat ketabahan dia. Aku tak pernah jumpa dia face to face tapi dia sanggup bercerita masalah dia kepada aku dan aku sanggup bercerita masalah kepada dia. Allah, sungguh indah perancanganMu. Semoga kami akan terus kuat.

   Nana Shah a.k.a Nana

Beliau kawan kepada ex-tunang. Kawan fb. Dan aku kenal kerana dia banyak memberi aku kata-kata nasihat. Mulanya aku fikir dia nie hanyalah lagi satu parasite dalam hubungan kami,pada mulanya. Tapi dia juga banyak tolong aku menunjukkan sisi sebenar insan yang aku pernah sayang. And we will always be a good friend.

Nanei Hanan a.k.a Kak Nanei

Akak yang kecil, pada mulanya aku agak risau untuk bercerita kepada dia akan masalah aku kerana dia merupakan kawan kepada Kak Maz. Ak takut untuk percaya orang tapi tekaan aku salah. Dia positif. Dia sendiri pun bercerita akan masalah dia kepada aku. Dan ini buatkan aku rasa lagi kerdil. Kerdil apa? Kerdilnya masalah aku dibandingkan mereka ini. Allahuakbar. Terima kasih Ya Allah.

Yeah! They are my lovely sister! Thanks akak-akak semua. Kalian mengajar aku bagaimana untuk teruskan kehidupan. Putus tunang? Alah, cari lah yang baru. *jeng jeng jeng. Cik Emptyblank nie tak laku ke? Bwerk!
Sampai 1 masa nanti, saya akan beri jawapan yang awak nanti-nantikan. Sekarang bagi masa untuk saya bersihkan segala memori tentang dia. Awak sanggup tunggu kan? *Woit!! Awak? Who is he? Haa. Tunggu 2014 lah ea. Sekarang dah dekat final. Kena kosongkan semula. *Yeke? Entah esok-esok ‘awak’ tu keluar? Hee~ Wait and see lah.

Okay, tunggu PART 3 untuk rangkuman aktiviti-aktiviti aku bagi 2013. Tipulah aku duduk je dalam UTeM study tak keluar-keluar berbukit ,bergunung atau berair. Kan?? See you all then. *Perasan ramai orang baca blog kau ea? Walau hakikatnya tiada orang baca blog kau.







Rangkuman 2013 [Bahagian 1]

PART 1
Wau, sampai ada bahagian-bahagian. Motif? Motifnye 2013 nie banyak sangat halnya. Tapi aku highligthkan yang paling besar dulu. So, happy reading dan minta maaf atas kesalahan tatabahasa. Ada aku kesah? Bwerkkk!
Peristiwa 1 : BERTUNANG lalu PUTUS TUNANG dan KELUARGA TERCINTA..
Salam dan selamat hari lahir buat kamu. J  *Tetiba kena ucap, dah kenapa aku ni?? Cik Emptyblank tengah jiwa kacau. Okay. Okay. Mungkin hari ini 23/12/2013, hari terakhir aku akan cerita pasal kau dalam blog aku nie. *Elleh, Cik Emptyblank, ye dok mu? Ya iyalah! Kali ni insyaAllah, pasti! Aku akan berusaha dan pastikan aku akan berhenti stalk kau, stalk perempuan-perempuan kau, berhenti stalk facebook adik-adik kau. Ouch! You are so pathetic giler selama nie Cik Kosong? Alahhhh. Perempuan. Dan perempuan itu aku. Kerana aku nie adalah aku. Ada faham? Rasional aku buat benda tu sebab untuk lupakan kau. Aku nie gile sikit kalau dah sayang orang. Salah aku. Aku terlalu sayang kau. Tapi sudah sampai masanya aku lupakan kau. Sebab kau bukan sayang aku pun. Alah, kau kan kaki perempuan. *Cik Emptyblank nie, time kau sayang dia, kau cakap benda yang manis je, bila dia dah pergi mulalah kau nak meroyan sorang-sorang. Okay. Okay. Kembali berfikir guna otak ok. Aku minta maaf dekat kau, tak bermaksud pun. Tapi aku ralat sangat, sebab kau, makcik-makcik aku benci aku. Padan muka aku jugak. Sebab aku nie degil. Keras kepala. Hati batu. Aku nie dah jadi perempuan jahat dah. Sebab boleh cari pasal dengan makcik-makcik sedarah bapa sendiri. Sebab kau ar aku jadi perempuan jalang dengan saudara aku sendri. Huh! * Salah aku jugak. Sebab aku nie degil. Keras kepala. Hati batu. Makcik aku sendiri remove aku dari friend list dia. Sampai block aku dari fb dia. Last-last aku remove semua adik-adik, sepupu dan mak saudara lain dari facebook friend list aku. Haha. Bongok ! Apa hal kau libatkan keturunan kau yang lain pulak lahanat?? *Ops, giler vavi ayat aku nie. Alia Farhana ke nie? Aku risau 2014 nanti aku jadi Alia yang lain ar. Sebab 2013 aku jadi Alia yang baik sangat sampai aku tertindas. Eh. Eh. Tapi paling penting ingat Allah dan mak abah. Sebab my biggest supporter sekarang mak dan abah, walaupun aku nie jahat dengan dorang. Degil. Keras hati. Kepala batu. Sobs. Sobs. Back to main story, kenapa remove keturunan kau pulak? Sebab aku dah taknak libatkan apa-apa hati dan perasaan saudara aku yang lain. Kadang-kadang aku up status yang macam perempuan sundal punya status. Padahal aku cakap untuk maksud perkataan yang lain tapi keturunan aku salah faham pula. So, to avoid that, aku taknak bagi dorang baca status-status aku yang selalu sakitkan hati orang tu. Fullstop! This is non-sense! Oh Cik Emptyblank! Come on! Get a life. Tapi ingin aku beritahu kepada satu dunia, wahai manusiawi APA-APA PUN, KAU KENA UTAMAKAN KELUARGA. JAHAT BAIK BURUK MEREKA, ADA SEBAB MEREKA BUAT SEMUA TU. JADI, JANGAN BENCI MEREKA. MAAFKANLAH MEREKA. KERANA BUKAN MEREKA YANG MENGGUNAKAN SAIZ KASUT KITA TAPI SELAGI MEREKA BERNAMA KELUARGA, SELAGI DARAH KITA ADALAH DARI DARAH MEREKA, UTAMAKAN MEREKA. JANGAN BENCI MEREKA. Aku sayang family aku. Sebab nanti aku akan kembali ke mereka juga. Cuma sekarang aku tengah berfikir, macam mana aku nak jumpa dengan makcik-makcik saudara, sepupu-sepupu aku yang aku dah remove friend tu. Macam mana aku nak hadap mereka nanti? Wallahualam. Yang pasti,aku kena jumpa juga hari esok. Andai ajalku belum menjemput.

Tamat dulu Bahagian 1. Aku akan berhenti sampai di sini. 2014 takkan ada sudah tentangmu wahai Putera Tahan. *Tapi… tapi aku akan update lah kalau tiba-tiba kau dah kahwin kan? Kau cakap kau nak kahwin umur kau 30 tahun. Dengan siapa? Aku tak tahu sebab aku tengok ramai calon menanti tu. Peace! Gonna forget everything about you! 






p/s : what ever it is, aku akan terus survive. yeah!

Sunday, 15 December 2013

Harus berani

# Abang tak cakap apa-apa lagi dekat mek, Lia kena datang cakap sendiri.
# Datang dan cakap dekat mek A sampai Z

!@@#$%^&*(

Dah-dahlah fikir apa orang kata

# Cik Emptyblank dapat nie dari facebook Prof Dr. Muhaya


Kadangkala apabila terlalu memikirkan tanggapan orang lain terhadap kita, maka kita akan sentiasa dibayangi oleh bermacam-macam tanggapan negatif orang terhadap kita. Gejala seperti ini tidak elok kerana ia menjejaskan keyakinan diri kita. Kehidupan manusia dipengaruhi oleh dua kesedaran iaitu kesedaran ketuhanan dan kesedaran keegoan.

Orang yang ego mempunyai beberapa ciri berikut iaitu:

1. Selalu ingin bersaing dengan orang lain;
2. Merasakan dia sahaja yang betul;
3. Cepat marah;
4. Hendak lebih daripada orang;
5. Suka fikir apa orang kata;
6. Mengukur orang lain berdasarkan apa yang mereka ada seperti pangkat atau harta.

Jika kita mempunyai sifat-sifat di atas, ini membuatkan diri kita akan menjadi stress tetapi sebaliknya jika kita mempunyai kesedaran ketuhanan seperti berikut iaitu:
1. Tidak bersaing dengan orang lain;
2. Selalu mengalah apabila berlaku perselisihan;
3. Sentiasa mencari kebaikan orang;
4. Sentiasa memperbaiki diri;
5. Lemah lembut;
6. Murah hati;
7. Menerima manusia seadanya.
alololo tamau marah-marah titew dah

Tentang Nabi Kita

# Dalam riki-riki blog dan facebook terjumpa ini. Allah, aku ingin jadi lebih baik. Amin.

klik pada gambar untuk lebih penjelasan

Saturday, 14 December 2013

Aku bukan untukmu


allahuakbar. aku akan terus kuat. amin.

Aku sendiri tanpamu


'xpe, saya faham. lia boleh dapat yang lebih baik dari saya'
'yela lia, saya takpe'
'keluarga lagi penting'
'xpela,lia jaga diri la'

Monday, 9 December 2013

Aku Tak Macam Dulu

# Rindu Alia yang dulu. Yang sentiasa ceria. Yang sentiasa ketawa.
# Sekarang aku hanya mampu senyap dan menangis bila semua orang fikir mereka yang betul walaupun tak betul.
# Sekarang aku hanya mampu senyum dan menangis sendirian bila orang anggap aku sentiasa salah di mata mereka.
# Aku hanya mampu senyap dan senyum bila mereka buat aku macam aku takde perasaan.

# Psst. Mungkin aku juga yang tak memikirkan perasaan mereka. You get what you give,bro.

# So, cheers! Semoga terus kuat!

Wednesday, 4 December 2013

LIEC 2013

Okay, dah janji kan nak cerita. :) Macam nie cerita nya.. (Log masa mungkin tak berapa tepat sebab aku tak salin pulak, hanya menggunakan ingatan otak semata-mata)

30 November 2013 [Jumaat]
3.00 p.m : Berkumpul di SU. Aku, Siah dan Fai. Katanya jam 3 tapi biasalah, jam 4 baru mereka ( Fizz, Nazim and Chek Pul) sampai.
4.00 p.m : Bergerak! Ready for 114km of 2 days racing. Adventure Racer UTeM are in the excellecnt state!
5.00 p.m : Berhenti sebentar di tol. Dan perjalanan diteruskan.

1 Disember 2013 [Sabtu]
5.00 a.m : Sampai di Masjid Alwi, Perlis. Untuk pengetahuan semua, LIEC di Langkawi tapi ada urusan di UNiMAP. So, jalan-jalan cari makan di Perlis dulu.
9.00 a.m : Sampai di UniMAP, besaq giler baq ang! Jalan-jalan. Aku dengan Siah sempat melepaskan hajat. Kiranya ada kenangan lah jugak dekat situ kan. Ahaks.
3.30 p.m : Naik feri dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi.
6.00 p.m : Sampai di LTA (KK Langkawi). Mereka ambil dengan bas  mereka. Proses pendaftaran.
9.00 p.m : Sesi taklimat. Semua dapat baju saiz L ar. Sobs sobs. Lambat daftar. 

2 Disember 2013 [Ahad]
9.00 a.m : Acara pertama bermula. Aku dan Nazim partner dahulu untuk acara merentas desa 16 km, Fai dan Fizz memulakan dengan kayuhan basikal sejauh 69km.
11.45 a.m : Sampai di tempat ke 6. Serius lambat panas. Menyesal. Training tak cukup menjadi alasan.
1.15 p.m : Fai dan Fizz sampai tapi mereka dah dikenakan penalti 4 jam walaupun mereka ke 3. Turn aku dan Nazim pula 69km.
5.45 p.m : Sampai di garisan penamat! Yeah! Cycling warrior! Penat gila. Haha. First time kayuh basikal sejauh tu dalam seumur hidup.
8.00 p.m : Tidur. Memang awal tidur. 

3 Disember 2013 [Isnin]
9.00 a.m : Acara ketiga dan keempat bagi pasangan adalah berbeza. Aku dan Fizz akan kayuh basikal menaiki Gunung Raya sejauh 26 km dan turun melalui Anak Tangga Seribu Kenangan, manakal Fai dan Nazim akan bermula dengan mendaki Anak Tangga Seribu Kenangan dan menuruni Gunung Raya 26km melalui larian.
2 p.m : Semua selamat sampai. Aku dan Fizz tempat ke 3. Malam nie akan ada majlis penutup.
6.00 p.m : Makan mee rebus kola! Aku, Fai dan Siah triple naik motor skuter. Dahlah Siah xde lesen. Hentam sajalah labu. Inilah kenangan.
9.00 p.m : Majlis penutup. 

4 Disember 2013 [Selasa]
9.00 a.m : Pulang ke Jeti Kuala Perlis.
5.00 p.m : Sampai di Tanah Semenanjung.
8.00 p.m : Bergerak pulang ke Melaka.

5 Disember 2013 [Rabu]
5.00 a.m : Sampai di SU.
6.00 a.m : Sampai di Batu Berendam

banyak kenangan sangat. tahniah kepada semua. walaupun bukan rezeki kita pada kali ini.
keep on rocking babeh!
gambar aku ambik sikit je. kredit to : Fai






Sunday, 1 December 2013

Langkawi International Extreme Challenge 2013

30 November - 3 Disember 2013
Nantikan cerita sensasi dari Tanah Utara ini. Tapi sekarang untuk masa siapkan segala kerja sebagai seorang student. Wait ya!!


gambaq bakaq dulu.. :)