Pages

Wednesday, 4 December 2013

LIEC 2013

Okay, dah janji kan nak cerita. :) Macam nie cerita nya.. (Log masa mungkin tak berapa tepat sebab aku tak salin pulak, hanya menggunakan ingatan otak semata-mata)

30 November 2013 [Jumaat]
3.00 p.m : Berkumpul di SU. Aku, Siah dan Fai. Katanya jam 3 tapi biasalah, jam 4 baru mereka ( Fizz, Nazim and Chek Pul) sampai.
4.00 p.m : Bergerak! Ready for 114km of 2 days racing. Adventure Racer UTeM are in the excellecnt state!
5.00 p.m : Berhenti sebentar di tol. Dan perjalanan diteruskan.

1 Disember 2013 [Sabtu]
5.00 a.m : Sampai di Masjid Alwi, Perlis. Untuk pengetahuan semua, LIEC di Langkawi tapi ada urusan di UNiMAP. So, jalan-jalan cari makan di Perlis dulu.
9.00 a.m : Sampai di UniMAP, besaq giler baq ang! Jalan-jalan. Aku dengan Siah sempat melepaskan hajat. Kiranya ada kenangan lah jugak dekat situ kan. Ahaks.
3.30 p.m : Naik feri dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi.
6.00 p.m : Sampai di LTA (KK Langkawi). Mereka ambil dengan bas  mereka. Proses pendaftaran.
9.00 p.m : Sesi taklimat. Semua dapat baju saiz L ar. Sobs sobs. Lambat daftar. 

2 Disember 2013 [Ahad]
9.00 a.m : Acara pertama bermula. Aku dan Nazim partner dahulu untuk acara merentas desa 16 km, Fai dan Fizz memulakan dengan kayuhan basikal sejauh 69km.
11.45 a.m : Sampai di tempat ke 6. Serius lambat panas. Menyesal. Training tak cukup menjadi alasan.
1.15 p.m : Fai dan Fizz sampai tapi mereka dah dikenakan penalti 4 jam walaupun mereka ke 3. Turn aku dan Nazim pula 69km.
5.45 p.m : Sampai di garisan penamat! Yeah! Cycling warrior! Penat gila. Haha. First time kayuh basikal sejauh tu dalam seumur hidup.
8.00 p.m : Tidur. Memang awal tidur. 

3 Disember 2013 [Isnin]
9.00 a.m : Acara ketiga dan keempat bagi pasangan adalah berbeza. Aku dan Fizz akan kayuh basikal menaiki Gunung Raya sejauh 26 km dan turun melalui Anak Tangga Seribu Kenangan, manakal Fai dan Nazim akan bermula dengan mendaki Anak Tangga Seribu Kenangan dan menuruni Gunung Raya 26km melalui larian.
2 p.m : Semua selamat sampai. Aku dan Fizz tempat ke 3. Malam nie akan ada majlis penutup.
6.00 p.m : Makan mee rebus kola! Aku, Fai dan Siah triple naik motor skuter. Dahlah Siah xde lesen. Hentam sajalah labu. Inilah kenangan.
9.00 p.m : Majlis penutup. 

4 Disember 2013 [Selasa]
9.00 a.m : Pulang ke Jeti Kuala Perlis.
5.00 p.m : Sampai di Tanah Semenanjung.
8.00 p.m : Bergerak pulang ke Melaka.

5 Disember 2013 [Rabu]
5.00 a.m : Sampai di SU.
6.00 a.m : Sampai di Batu Berendam

banyak kenangan sangat. tahniah kepada semua. walaupun bukan rezeki kita pada kali ini.
keep on rocking babeh!
gambar aku ambik sikit je. kredit to : Fai






No comments:

Post a Comment