Pages

Tuesday, 24 December 2013

Rangkuman 2013 [Bahagian 2]

PART 2

Okay, dah sampai bahagian kedua. Bahagian pertama dah pun aku selamat post, dan aku sedang berusaha untuk delete dalam memori aku. Memang takkan terdelete lah kenangan tu Cik Kosong oi! Dah namanya memang kenangan. Makanya, kenangan itu tinggal sebagai kenangan. Peace yaw! Aku dah tak kisah dah pasal kau. Aku taknak kisah dah pasal kau sebab kau tak pernah berusaha. Kalau makcik-makcik aku tak suka kau pun tapi kau tak pernah berusaha….. jadi, FULLSTOP. Salah aku juga, aku terlalu muda untuk semua ini. Aku terlalu muda dan buat keputusan terburu-buru. Tapi yang penting aku belajar dari pengalaman dan aku belajar untuk kenal sifat kau dalam masa yang sama. WOI!!!! Kau nie Cik Emptyblank a.k.a Cik Kosong, enough! Please! Enough! Okay,okay! Im done~ *macam Sakura dalam cerita Naruto pula aku nie, ada 2 karakter dalam 1 badan. Ouh, ninja-kun!
Untuk bahagian 2 nie,aku nak mengutamakan tentang .. jeng jeng jeng….about… SISTERHOOD! Aku kan tiada adik-beradik perempuan. Dan aku tak tahu apa perasaan share masalah dengan kakak-kakak, dengan adik-adik perempuan. Tapi mereka mengajar aku! Terima kasih semua sayang-sayang aku. Mmuah! Antara calon-calonnya adalah :

 Melody Teratai a.k.a Kak Maz

Kak Maz. She teach me about how to be a strong girl. Sebab kami dikecewakan oleh lelaki yang sama. Kehadiran Kak Maz betul-betul menguji hubungan aku dengan ex-tunang, tapi aku takkan simpan apa-apa perasaan marah, benci atau dendam dekat Kak Maz sebab DIA TAK BERSALAH. Dia perempuan macam aku dan aku faham perasaan dia. Aku bersyukur kepada Allah, aku diperkenalkan dengan wanita hebat ini kerana dia mengajar aku untuk jadi kuat macam dia. Dan aku akan terus kuat seperti dia.

 Adinda Pelangi a.k.a Kak Adik

Kak Adik, pertama kali jumpa dia di TBS awal tahun 2013. Bulan 8 *kalau tak silap, aku diketemukan kembali dengan dia. Subhanallah. Takdir Allah tiada siapa yang dapat lawan. Takdir aku untuk berjumpa dia semula kerana aku juga mengutip pengalaman hidup dari dia. Kepada dia aku mengadu. Dugaan aku nie tidaklah sekuat dugaan dia. Maka, sekarang aku tidak rasa apa-apa seperti bebanan yang sangat kuat sebab aku tahu ada orang pernah lagi kuat dugaan mereka dari aku. Syukur, ya Allah.

   Qaseh Farrah An-nur a.k.a Kak Fara

Allahuakbar. Wanita ini aku kenal mula-mula sebagai adik angkat kepada ex-tunang aku. Aku tak kisah, lalu aku add dia sebagai friend list dalam fb aku. Dan rupanya, aku kenal dia juga kerana 1 sebab. Aku perlu mengenali die kerana dugaan dia lagi hebat dari Kak Adik, dari Kak
Mas dan dari aku sendiri tentunya. Kehilangan ayahanda tercinta di usia yang masih muda, kemudian di uji lagi kehilangan untuk selamanya insan yang tersayang dan sekarang masih bergelut dengan masalah dia sendiri. Kadang-kadang aku hampir  menangis melihat ketabahan dia. Aku tak pernah jumpa dia face to face tapi dia sanggup bercerita masalah dia kepada aku dan aku sanggup bercerita masalah kepada dia. Allah, sungguh indah perancanganMu. Semoga kami akan terus kuat.

   Nana Shah a.k.a Nana

Beliau kawan kepada ex-tunang. Kawan fb. Dan aku kenal kerana dia banyak memberi aku kata-kata nasihat. Mulanya aku fikir dia nie hanyalah lagi satu parasite dalam hubungan kami,pada mulanya. Tapi dia juga banyak tolong aku menunjukkan sisi sebenar insan yang aku pernah sayang. And we will always be a good friend.

Nanei Hanan a.k.a Kak Nanei

Akak yang kecil, pada mulanya aku agak risau untuk bercerita kepada dia akan masalah aku kerana dia merupakan kawan kepada Kak Maz. Ak takut untuk percaya orang tapi tekaan aku salah. Dia positif. Dia sendiri pun bercerita akan masalah dia kepada aku. Dan ini buatkan aku rasa lagi kerdil. Kerdil apa? Kerdilnya masalah aku dibandingkan mereka ini. Allahuakbar. Terima kasih Ya Allah.

Yeah! They are my lovely sister! Thanks akak-akak semua. Kalian mengajar aku bagaimana untuk teruskan kehidupan. Putus tunang? Alah, cari lah yang baru. *jeng jeng jeng. Cik Emptyblank nie tak laku ke? Bwerk!
Sampai 1 masa nanti, saya akan beri jawapan yang awak nanti-nantikan. Sekarang bagi masa untuk saya bersihkan segala memori tentang dia. Awak sanggup tunggu kan? *Woit!! Awak? Who is he? Haa. Tunggu 2014 lah ea. Sekarang dah dekat final. Kena kosongkan semula. *Yeke? Entah esok-esok ‘awak’ tu keluar? Hee~ Wait and see lah.

Okay, tunggu PART 3 untuk rangkuman aktiviti-aktiviti aku bagi 2013. Tipulah aku duduk je dalam UTeM study tak keluar-keluar berbukit ,bergunung atau berair. Kan?? See you all then. *Perasan ramai orang baca blog kau ea? Walau hakikatnya tiada orang baca blog kau.







No comments:

Post a Comment