Pages

Friday, 31 January 2014

Bukit Beruang

CNY at Malacca . Happy Chinese New Year to all my dear chinese friend. :)

Takdir Allah itu cantik. Finally, met my sister. My dearest sister. So, lepak dengan Kak Maz dan Lili, her little sister. Hanya itu mampu kami buat. 

While i'm stuck at Malacca. #SisterHood 

p/s : Thanks for belanja coconut shake Batu Berendam. Ingatkan akan awkward tapi everything went smoothly. Alhamdulillah.


rock uh

crawling la dulu

adik penat laa


3 siblings. hehe


Allah Sayang Kami


okeyh


good!

CNY di BB Hill


shine on me

shine on her

 bagaimanakah masa depan kami

try climb that 

done w/ Coconut Shake


p/s : CNY yang best! Cadang pergi Datuk malam nie. :)

Thursday, 30 January 2014

Happy Chinese New Year 2014

Kepada semua kawan-kawan non-muslim aku, yang beragama Buddha khususnye. CNY 2014. Apa plan? Haha. Working laa oi. No Tahan, No Titiwangsa kali nie. Rasa pelik sangat. 2014 macam takkan baik dengan aku je. Dahlah result CNS failed! Means, aku kena repeat paper tu. Malu tapi life must go on! Aku failed sebab apa ea? Salah aku juga. Banyak sangat dosa. Stress gila masa tu kot. Wallahualam. Entah, word yang pelik-pelik tu masih terngiang-ngiang dekat telinga aku. Contoh pertanyaan budak sekolah rendah dekat aku tu, lagi contoh ditikam dari belakang dari darah keturunan aku sendiri. Betullah cakap maksu aku, TRUST NOBODY. 

Air mata menitis lagi. Cukuplah Cik Kosong oi. Aku dah penat lah jadi macam nie. Sekarang aku sendiri. Sendiri dalam dunia aku sendiri. Dengan kawan-kawan pun aku dah kurang bercakap. Aku kembali jadi aku masa 2005. Ya Allah, taknak. Masa tu aku macam orang bodoh. Orang tiada perasaan. Tapi realiti inlah aku sekarang. Aku dah tak percaya dekat sesiapa. 

Menitis lagi. Allah, aku hanya mengadu dekat Allah sekarang. Manusia buat aku macam nie. Manusia. Aku pun manusia. 

Rindu hutan pula. Lagi banyak air mata aku keluar. Harap mimpi hutan . Tahan, paling rindu Tahan. Yes, aku pernah bercinta di Tahan, bertunang dengan orang yang cintakan Tahan. Tapi tiada jodoh, aku lepaskan dia. Ok. Dah putus,putuslah kan? Cuma aku rindukan tempat tu. Tahan 2012, 6 hari , CNY, Merapoh-Kuala. Sebelum pergi Tahan, aku demotivated by person in KeReX itself, Masa tu sedih, orang pandang rendah gila dekat aku tapi sekarang banyak-banyak terima kasih dekat orang tu. Sebab kalau dia tak kutuk aku, aku takkan sekuat hari nie. KeReX dan Tahan, terima kasih. Terima kasih atas takdir yang Allah dah berikan.

Air mata tak berhenti menitis. Ya Allah, lately nie aku emosi sangat. Suka sangat menangis. Alia yang kuat dah hilang. Nak Alia tu semula.

CNY 2013. Sekali lagi, aku ada peluang untuk ke Tahan tapi takpelah, kali nie aku nak perjuangkan semula kelab yang aku sayang. Sebab KeReX yang buat aku ada pengalaman semua nie. Dengan siapa aku kenal sekarang, sebab apa aku tawan gunung, semua kerana KeReX. So, masuk Titiwangsa. Sekali lagi ketahanan aku dicabar dan aku berjaya melakukannya. Sampai sekarang aku tak percaya aku berjaya harung semua tu. Syukur Ya Allah.

Dah sedu sedan. Aku dah tak sanggup rewind semua tu. Aku rindu semua tu! 
Semoga dapat buat lagi pengalaman macam nie di masa hadapan.
Semoga Alia dapat semula kekuatan macam dulu.
Semoga Allah mudahkan segalanya.
Aminn..


Alia yang nie dah hilang

Alia nie pun dah hilang arah tuju


p/s : Tabahkah aku?

Tuesday, 28 January 2014

How you remind me?

Terima kasih atas segala perhatian awak selama ini. Saya terharu. semoga takdir akan memberi jawapan. Masa yang akan tentukan sekarang.. :)

sorry, im so bad to you.

p/s : i've been wrong. i've been down.

Okay, stop pasal ni.
Aku mungkin akan jumpa ex bekas tunang aku. Hee~ Jujur no heart feeling left to him cause my heart really hurt. Tipu kalau tak terkenang or apa-apa tapi life goes on. So, aku jumpa akak tu nanti pun as a member. Maybe aku akan tanya soalan pasal bekas tunang tu kat dia atau mungkin aku tak tanya. :) Buat baik . Sebab perempuan. aku takkan gaduh dengan perempuan sebab lelaki. No way!

layan lagu-lagu Avril jom. Sambil belajar English..

Everybody hurts




Monday, 27 January 2014

HARAM

Hukum jadi cashier yang jual arak adalah HARAM. Allahuakbar. Ampunkan dosaku. Seminggu aku kerja baru aku tahu. So,lepas nie aku kena beritahu supervisor aku, aku taknak terima kalau chinese tu nak scan barang 'babi' or arak dekat aku dah. Astaghfirullah. Econsave kan tempat Cina. Ya Allah. Hari nie baru terdetik nak tahu hukum jadi cashier Econsave nie.
Jawapan ustaz Zaharuddin di web beliau. Tidak boleh.

SOALAN:

Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?

JAWAPAN UZAR :

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له


"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)

www.zaharuddin.net/con...ew/508/95/

Menjadi cashier di dalam jualan benda-benda haram juga termasuk di dalam bertolong-tolongan di dalam melakukan maksiat.

Wallahua'lam.

p/s : :( Susah dah nak cari rezeki bila kerajaan sendiri tak pikirkan benda-benda macamnie. Kena bertindak, kalau tak boleh juga aku akan resign.FOR SURE!!


Saturday, 25 January 2014

I will be


:) Hello peeps~
Happy Saturday.
Happy relax day tapi petang aku kerja la...




 wish me luck

Friday, 24 January 2014

Ringkasan GLAD

Sungguh enjoy!
Dapat kawan baru
Dapat belajar benda baru
I think im a new person
I know what i am capable to do
Go go GLAD



Thursday, 23 January 2014

Amanah


Taraaaa!!


Tak pernah rasa bangga ada jawatan, tapi alhamdulillah. KeReX nie benda paling aku sayang dekat UTeM nie. KeReX yang tunjuk apa yang aku boleh buat.

Amanah. Berat nie. Semoga rancangan kami akan dipermudahkan-Nya. Banyak aktiviti dalam perancangan. 
Nantikan...



Thursday, 16 January 2014

GLAD dan Part Time job

Assalamualaikum. Aku takde cuti lagi sem nie. Well. Benda dah biasa. So, no regret. Hehe. Ada hikmah aku dekat Melaka lagi nie. Kalau balik Jengka, macam-macam masalah, macam-macam orang aku kena hadap. Tapi tetap rindu mak, abah, dan adik-adik aku. Yeah. They are my lovely, my dearest in this world .
Okay,okay. Nak bagi pendek je entri kali nie. 2 perkara je. Hari nie start keje part time dan program GLAD.

PROGRAM GLAD
Durasi : 20 hari. Bermula 16.1.2014 hingga 15.2.2014 (kalau tak silap)
Maksuad : Graduate Leadership Assesment dan Development
Tempat kejadian : FKEKK
Waktu kejadian : 9 a.m -5 p.m

p/s : Free of charger. Ada elaun lagi. Sebab tu aku join. Macam-macam belajar. Ada masa nanti aku kongsikan apa intisari dalam program nie.

PART TIME
Mulanya taknak part time pun tapi memandangkan duit poket aku dah habis. Dan dah taknak asyik rasa bersalah minta duit dari parent so, balik GLAD aku part time ar. Kat mana? Jeng-jeng. 5 minit je dari rumah sewa aku nie


Haa, kat sini la aku kerja. RM4.50/jam. Cashier. Part time dari jam 6 petang sampai 11 malam. Selasa aku OFF. Aku tak tahu macam mana aku dah belajar nanti. Tapi so far, kerja nie tak penat sangat. Kalau penat pun sebab tak cukup tidur. Lately selalu tidur lambat.


Okay. Done. Banyak benda nak post nie. tapi setel satu-satu dulu. ^^. Adios.

Tuesday, 14 January 2014

Happy Sem Break 2013/2014

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah cuti sem dah pun. Oh, cepatnya masa berlalu. Sedar sedar aku dah tahun 3 dah oi kat UTeM nie.
Baru je habis cuti. Uwaa. Cuti sem aku kali nie 4 hari. Terbaik! Takpelah, aku join program GLAD exactly. Tak rugilah aku korbankan cuti nie. Untuk kebaikan aku juga. Tambah soft skill. Kalau nak dibandingkan dengan pointer, aku nie memang jauh tertinggal.
Alahai Cik Kosong. So, sekarang tak stress-stress belajar tapi stress nak cari kerja part time, stress nak buat resume untuk buat praktikal nanti. Urghhh! Wa nak praktikal dah bro~ Macam novel-novel je kan. Pergi praktikal lepas tu jumpa suami dekat tempat praktikal. Cewwahh. Bab berangan serah dekat aku.

So, sekarang? Aku kena accomplished benda-benda nie. Part time is WAJIB sebab aku nak jalan-jalan. Takkan nak harap duit PAMA aku. Dorang pun kesian, kena tanggung adik-adik aku. Abah dah beruban dah dekat janggut dia. Balik semalam masa tengok muka abah, 'waaa,abah dah tua.' Pandang muka mak,'muka mak licin tapi dah berkedut sikit' 

Nak nanges. T.T Aku nak bawa dorang pergi umrah lepas aku grad nanti. InsyaAllah. So, aku kena kerja keras kumpul duit. Amin...


2012, abah tak simpan janggut. sekarang 2014 dah.

Monday, 6 January 2014

Stronger 2014


Salam Isnin. :)


Dapat berita bekas tunang aku tu nak kahwin dah. Baguslah untuk kau oi Mr.F. 
Semoga kau bahagia lepas nie. 

p/s : Cik Kosong cakap taknak cakap dah kan pasal dia? Alahhh.. aku memang macam nie, cakap je lebih. Huishh.

Nah layan lagu Britney ney . Yeah!



Assalamualaikum Isnin

Dah Isnin dah. Esok Selasa. Persentation Microprocessor. Projek yang paling tough kali nie. Errr. Petang nanti baru nak mula. *Suka sangat membuang masa. Tiba-tiba tangan gatal nak up entri. Tiada idea sebenarnya tapi buat-buat ada lah.


New song Hayley Williams ft Zedd
:)



Sunday, 5 January 2014

Kenapa aku buat blog?

Soalan cepumas. Sebenarnya ade 2 dah blog yang aku terpaksa tinggalkan. Sebab lupa email blog-blog tu. Haha. Cik Kosong nyanyuk. So, the latest blog nie la. Dah 1 tahun lebih dah. 

Kenapa buat blog? Blog aku takde info-info terkini pun. Har har har. Sebab aku rajin mengarut. Nak berceloteh dekat facebook mesti ramai akan annoy. SO, blog je la. Lagipun tak ramai yang tahu blog aku nie. Dah, aku pun malas blogwalking bagai tu. Maybe one day kot, tapi sekarang tak rajin sangat.

Blogger boleh dapat income tambahan dengan blogging. Kalau perasanlah nuffnang, dan sebagainya. Sekarang aku tak nampak lagi apa function nuffnang tu . Kihkihkih. Sebab kau tak rajin blogwalking, so ramai tak tahu blog kau, so follower kau tak ramai, so so so on... Bla bla bla bla..

Basically, blog nie my online diari. Yelah,nanti dah beranak pinak ley ar aku baca semula. Mesti aku ketawa sorang-sorang. Kenapa tak tulis dalam buku je? Huh!! Kenangan pahit. Diari aku since aku darjah 5 dah kena makan anai-anai. so, 2012 aku buat online diary nie ha. Kalau anai-anai berani makan jugak, aku kompem speechless dah....

Dah, jumpa di entri esok. 

cinta? idk

Kenangan Tahan [ Kena gigit ]


Haa! Dah keluar entri baru, dalam hari yang sama. Punca? Aku bosanlah. Buka facebook, lepas tu ternampak post tentang ubat Ponstan dan Neurobion. Aku pernah ambil dua-dua jenis ubat tu. Makanya, tiba-tiba datang kenangan Tahan nie. Tett! Tahan okay~ Not him. Totally forgot him already. Hehe.

Sebelum tu, mari nak cerita pasal kenangan tu. Tapi rasanya dah ada dalam entri lepas tapi secara tak formal, khusus. Maaf atas kerosakan tatabahasa aku. Ah! Failed. Nie aku copypaste dari : http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=465 


Ada yang menggigit, mengeluarkan bau busuk malah terdapat satu kumpulan serangga yang mempunyai sistem pertahanan diri yang membuatkan mereka digeruni oleh pemangsa atau haiwan lain iaitu SENGAT. 


Serangga jenis ini tergolong dalam kumpulan Himenoptera terdiri daripada lebah, angkut-angkut, tebuan, peringat, penyengat, kerenggaa dan semut. Kecuali semut dan kerengga, semua serangga dari kumpulan ini mempunyai sengat di bahagian hujung nadannya yang bersambung kepada satu pundi racun melalui satu duktus (sejenis saluran). Di Amerika Syarikat dianggarkan antara 40-50 kematian berpunca daripada alahan terhadap bisa sengatan himenoptera berlaku setiap tahun. Jumlah yang sebenarnya mungkin berkali ganda jumlah ini, memandangkan dalam sesetengah kejadian, sebab kematian telah disalah anggap sebagai serangan jantung. 


Selain daripada bisa, serangga jenis ini juga akan meninggalkan sejenis bahan kimia lain, dipanggil ptremone pada tubuh mangsanya. Bahan kimia ini menghasilkan bau yang bertindak sebagai amaran kepada lebah-lebah lain tentang kehadiran musuh ataupun sebagai tanda sasaran serangan kepada lebah-lebah di dalam kumpulan tersebut. 


Komplikasi yang biasa dialami berikutan sengatan himenoptera adalah alahan. Kesan dan jangka masa tindakbalas alahan adalah berbeza-beza di antara seseorang individu dengan individu yang lain kerana ia bergantung kepada tahap alahan seseorang individu itu. Malah kesannya terhadap seseorang individu itu juga berbeza bergantung kepada bilangan sengatan pada tubuhnya. Sekiranya mangsa tersebut hanya disengat oleh seekor lebah, dia hanya akan mengalami gangguan pernafasan. Kesan reaksi setempat akan terjadi dalam masa beberapa minit selepas disengat. Mangsa akan mengalami bedan, rasa gatal, sakit, ruam seluruh badan dan bengkak kemerahan pada tapak sengatan dan kawasan sekelilingnya. Kesan ini akan hilang dalam masa beberapa jam hingga ke beberapa hari selepas sengatan. 


Alahan terhadap sengatan himenoptera berbeza dengan alahan jenis lain kerana ia mampu menyebabkan gangguan pernafasan dan sistem peredaran darah dalam badan. Keadaan ini dikenali sebagai kejutan anafilaksi. Reaksi sistemik ini merupakan tindakbalas umum yang terjadi beberapa minit selepas terkena sengata. Di antara tanda-tanda awalnya ialah kulit menjadi kemerahan diikuti dengan ruam gatal dan dalam kes yang serius mangsa mungkin mengalami kesukaran bernafas, mual, muntah-muntah, sakit pada bahagian perut, dengupan jantung menjadi pantas dan pitam. Sekiranya tindakbalas alahan berlaku dengan pantas, ini menunjukkan bahawa kes tersebut adalah serius dan mangsa memerlukan rawatan pakar perubatan dengan segera. Dr. Henry Riches dalam ulasannya yang bertajuk Hipersensitivity of Bee Venom yang diterbitkan dalam majalah Bee World, Vol. 63, Number 1, pp 7 - 72 mencadangkan penggunaan ubat adrenalin dalam kes sengatan himenoptera. Namun begitu ia bergantung kepada tahap keparahan mangsa tersebut. Mangsa yang mengalami kesan kejutan anafilaksi akan mendapat manfaat daripada suntikan adrenalin secara intra-otot. 


Kesan anafilaksi biasanya berlaku dalam masa beberapa saat atau minit selepas terkena sengatan. Gejala yang biasa adalah kesukaran bernafas, rasa mual, muntah-muntah dan tekanan darah menurun yang boleh mengakibatkan kematian. Pada kebiasaannya ia berlaku apabila badan menjadi pedih (sensitisasi) setelah sedikit bahan alergen yang terkandung di dalam bisa memasuki tubuh melalui sengatan lebah buat kali pertama. Sistem pertahanan badan pada ketika itu akan bertindakbalas dengan mengeluarkan antibodi bagi bertindakbalas menyerang bahan alergen tersebut. Ini akan menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi lebih peka (hipersensitif) kepada bahan tersebut. Jika didedahkan semula kepada bisa tersebut, bisa yang memasuki sistem tubuh akan bergabung dengan antibodi yang terhasil daripada sengatan terdahulu. Ini akan menyebabkan siri reaksi dalam tubuh yang akan mengakibatkan alahan yang teruk. 


Kebiasannya, sengatan sensitisasi ini tidak disedari oleh mangsa kerana tiada kesan alahan yang teruk berlaku pada sengatan pertama. Mangsa hanya akan mengalami reaksi setempat sahaja. Keupayaa hipersensitisasi terhasil daripada sengatan sensitisasi ini mampu bertahan untuk beberapa bulan hinggalah kepada beberapa tahun. Sekiranya mangsa disengat lebah dalam tempoh ini besar kemungkinan mangsa akan mengalami kejutan anafilaksi. 

 Ini berbeza dengan mangsa yang diserang oleh sekumpulan lebah. Sengatan lebah pertama merupakan sengatan sensitisasi. Sengatan lebah kedua dan seterusnya pula merupakan pendedahan semula mangsa terhadap bisa lebah yang mana besar kemungkinan akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan anafilaksi. 


Mangsa yang pernah disengat oleh serangga himenoptera mempunyai 60% kemungkinan mengalami kesan kejutan anafilaksi sekiranya disengat sekali lagi. Ini berbeza dengan mangsa yang diserang oleh sekumpulan lebah. Sengatan lebah pertama merupakan sengatan sensitisasi. Sengatan lebah kedua dan seterusnya pula merupakan pendedahan semula mangsa terhadap bisa lebah yang mana besar kemungkinan akan menyebabkan mangsa mengalami kejutan anafilaksi. 


Aku ulang balik, mangsa yang pernah disengat mempunyai 60% kemungkinan mengalami kejutan anafilaksi sekiranya disengat sekali lagi. Nauzubillah. Sebab apa? Aku tak ambik injection yang sepatutnya diambil selepas itu. T.T Oh, im scared.
So, sekarang nie aku kena lebih berhati-hati. Macam mana? Laman ini ada jugak bagi petua. Nah!

Petua mudah bagi mengelakkan diri daripada terkena sengat 
  • Pakailah pakaian berwarna lembut kerana pakaian berwarna terang ataupun bercorak bunga-bunga akan menarik perhatian lebah. Sentiasa memakai baju berlengan panjang dan juga seluar panjang apabila berkebun ataupun memasuki kawasan semak.
  • Elakkan daripada memakai barang kemas yang berkilau.
  • Pakailah topi dan kasut (bukan skandal).
  • Elakkan daripada memakai sebarang bahan dandanan rambut, pewangi, bedak dan sebagainya yang boleh menarik perhatian lebah atau tebuan.
  • Pakailah pakaian yang bersih. Bau peluh sering menyebabkan serangga penyengat marah.
  • Tutup seluruh badan seboleh mungkin.
  • Sentiasa berjaga-jaga ketiak berada di taman bunga.
  • Sekiranya anda makan di luar rumah, sentiasa tutup makanan dengan kemas terutamanya buah-buahan masak ataupun minuman ringan.
  • Kutip lebihan makanan di tempat perkelahan, buangkan ke dalam tong sampah dan tutup dengan kemas.
  • Jika anda diserang oleh serangga penyengat, masuklah ke dalam rumah, kawasan yang teduh ataupun terjun ke dalam air. Jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan kerana pergerakan yang mengejut akan menarik perhatian serangga tersebut.
  • Sekiranya anda sensitif terhadap sengatan lebah, tangkap, simpan dan kenalpasti serangga yang telah menyengat anda. Ini penting unutk tujuan pengenalpastian serangga tersebut dan ubat yang sesuai untuk merawat anda sekiranya timbul kerumitan.
2013 punya background

Cita-cita ?

Assalamualaikum. Dah hari ke 5 tahun baru 2014, so far 2014 okay. Cik Kosong lalui dengan penuh tenang dan kesabaran. Peperiksaan akhir tinggal 1 paper sahaja lagi. Fuhhh~ Sem nie agak teruk. Or memang teruk actually!! Aku risau sangat-sangat dengan pointer aku. Aku taknak repeat tahun . Nauzubillah. Aminn.
Kejuruteraan Elektronik Industri.
Jarang kan aku bercerita pasal kursus yang aku ambik nie. Sebabnya aku malas~ Eh bukan, sebab banyak sangat nak bercerita kan. Aku kan suka membebel sorang-sorang. Basically, aku bakal graduan lepasan ijazah muda dalam bidang Kejuruteraan. An engineer to be la kononnya. 

budak nie ha, bakal engineer tu~

Tapi sejujurnya aku takde pun cita-cita tu, SEKARANG. Sebab? Makin lama pointer makin teruk. Dah tu kau kena lah belajar kuat sikit kan? T.T Hee~ Wallhualam. Mungkin sebab aku banyak sangat dosa nie. Ya Allah, semoga aku terus diberi kekuatan untuk terus kuat.
Dah, sampai sini dulu. Aku nak post pasal GIGITAN PENYENGAT sebenarnya tapi dah melalut sampai kesini. Ngee2~ Tunggu nantilah aku buat tajuk tu besar-besar. Sayonara~

Thursday, 2 January 2014

Resolusi 2014

Hai hai hai hai. Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsi azam 2014 aku. Banyak, tapi itulah dari dulu-dulu azam aku tak pernah habis terlaksana semua. Tapi tahun nie 2014, harap-harap la aku buat kan. Semuanya~~ Nah, tengoklah azam-azam aku nie :
JANGAN TUKAR DP FB DAH!
JANGAN TUKAR COVER FB DAH!
JANGAN SKIP BREAKFAST!
BANGUN TIDUR BEFORE 6 A.M
TIDUR PALING LEWAT 2.00 A.M
MAAFKAN SEMUA ORANG
JANGAN BUAT ORANG ANNOYING DENGAN AKU
SAYANG ORANG SAYANG KAU
MAJUKAN KeReX + SOS RACER
KURANGKAN MAKAN.BANYAKKAN MINUM
POST 3 STATUS SEHARI JE DKT FB!!!!!
Ha, korang tengok. Azam 2014 aku kali nie, memang lain dari yang lain lah. Kesimpulannya, aku tak minta banyak. Semoga aku terus beristiqamah. Itu je. Insyaallah, Cik Kosong kali ni adalah Cik Kosong yang baru.

im free. forever free. but Allah always be my guide!

Wednesday, 1 January 2014

Assalamualaikum 2014

# Yeay dah masuk tahun baru. 
# Okay, apa resolusi kau Cik Kosong?
#Tunggu ea kawan-kawan.

# Sekarang sibuk nak exam final. Cepat je masa berlalu. Dah 5 sem aku kat UTeM. Macam lama kan? Tapi pendek je sebenarnya. Okay2. Jom study!