Pages

Thursday, 30 January 2014

Happy Chinese New Year 2014

Kepada semua kawan-kawan non-muslim aku, yang beragama Buddha khususnye. CNY 2014. Apa plan? Haha. Working laa oi. No Tahan, No Titiwangsa kali nie. Rasa pelik sangat. 2014 macam takkan baik dengan aku je. Dahlah result CNS failed! Means, aku kena repeat paper tu. Malu tapi life must go on! Aku failed sebab apa ea? Salah aku juga. Banyak sangat dosa. Stress gila masa tu kot. Wallahualam. Entah, word yang pelik-pelik tu masih terngiang-ngiang dekat telinga aku. Contoh pertanyaan budak sekolah rendah dekat aku tu, lagi contoh ditikam dari belakang dari darah keturunan aku sendiri. Betullah cakap maksu aku, TRUST NOBODY. 

Air mata menitis lagi. Cukuplah Cik Kosong oi. Aku dah penat lah jadi macam nie. Sekarang aku sendiri. Sendiri dalam dunia aku sendiri. Dengan kawan-kawan pun aku dah kurang bercakap. Aku kembali jadi aku masa 2005. Ya Allah, taknak. Masa tu aku macam orang bodoh. Orang tiada perasaan. Tapi realiti inlah aku sekarang. Aku dah tak percaya dekat sesiapa. 

Menitis lagi. Allah, aku hanya mengadu dekat Allah sekarang. Manusia buat aku macam nie. Manusia. Aku pun manusia. 

Rindu hutan pula. Lagi banyak air mata aku keluar. Harap mimpi hutan . Tahan, paling rindu Tahan. Yes, aku pernah bercinta di Tahan, bertunang dengan orang yang cintakan Tahan. Tapi tiada jodoh, aku lepaskan dia. Ok. Dah putus,putuslah kan? Cuma aku rindukan tempat tu. Tahan 2012, 6 hari , CNY, Merapoh-Kuala. Sebelum pergi Tahan, aku demotivated by person in KeReX itself, Masa tu sedih, orang pandang rendah gila dekat aku tapi sekarang banyak-banyak terima kasih dekat orang tu. Sebab kalau dia tak kutuk aku, aku takkan sekuat hari nie. KeReX dan Tahan, terima kasih. Terima kasih atas takdir yang Allah dah berikan.

Air mata tak berhenti menitis. Ya Allah, lately nie aku emosi sangat. Suka sangat menangis. Alia yang kuat dah hilang. Nak Alia tu semula.

CNY 2013. Sekali lagi, aku ada peluang untuk ke Tahan tapi takpelah, kali nie aku nak perjuangkan semula kelab yang aku sayang. Sebab KeReX yang buat aku ada pengalaman semua nie. Dengan siapa aku kenal sekarang, sebab apa aku tawan gunung, semua kerana KeReX. So, masuk Titiwangsa. Sekali lagi ketahanan aku dicabar dan aku berjaya melakukannya. Sampai sekarang aku tak percaya aku berjaya harung semua tu. Syukur Ya Allah.

Dah sedu sedan. Aku dah tak sanggup rewind semua tu. Aku rindu semua tu! 
Semoga dapat buat lagi pengalaman macam nie di masa hadapan.
Semoga Alia dapat semula kekuatan macam dulu.
Semoga Allah mudahkan segalanya.
Aminn..


Alia yang nie dah hilang

Alia nie pun dah hilang arah tuju


p/s : Tabahkah aku?

No comments:

Post a Comment