Pages

Monday, 27 January 2014

HARAM

Hukum jadi cashier yang jual arak adalah HARAM. Allahuakbar. Ampunkan dosaku. Seminggu aku kerja baru aku tahu. So,lepas nie aku kena beritahu supervisor aku, aku taknak terima kalau chinese tu nak scan barang 'babi' or arak dekat aku dah. Astaghfirullah. Econsave kan tempat Cina. Ya Allah. Hari nie baru terdetik nak tahu hukum jadi cashier Econsave nie.
Jawapan ustaz Zaharuddin di web beliau. Tidak boleh.

SOALAN:

Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?

JAWAPAN UZAR :

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له


"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)

www.zaharuddin.net/con...ew/508/95/

Menjadi cashier di dalam jualan benda-benda haram juga termasuk di dalam bertolong-tolongan di dalam melakukan maksiat.

Wallahua'lam.

p/s : :( Susah dah nak cari rezeki bila kerajaan sendiri tak pikirkan benda-benda macamnie. Kena bertindak, kalau tak boleh juga aku akan resign.FOR SURE!!


No comments:

Post a Comment