Pages

Tuesday, 25 March 2014

GUNUNG RAJAH 22-23 MARCH 2014

Alhamdulillah. Finally. Aku menjengah hutan akhirnya. Berjaya dengan jayanya. Berikut adalah tentatif perjalanan kami. Dengan kekuatan 32 orang, 6 orang perempuan dan selebihnya lelaki kami berjaya menakluki Gunung Rajah pada jam 4.06 pagi.

TENTATIF PROGRAM

21 March 2014 ( Jumaat )

10.00 pm - Berkumpul di PPP. ( bagi student UTeM )
11.00 pm - Bertolak ke Bentong melalui tol Ayer Keroh

22 March 2014 ( Sabtu )

3.00 am - Berkumpul di RNR Genting Sempah ( Tunggu peserta lain dan tapau breakfast )
5.00 am - Dijangka sampai di starting point
5.30 am - Start Trekking ( Air Terjun Chamang )
6.30 am - sampai pintu masuk Gunung Rajah
7.30 am - First Waterpoint
9.00 am - Sungai Y
10.00 am - Lata Naning
2.00 pm - Kem Hijau ( lunch time )

23 March 2014 ( Ahad )
2.30 am  - Permatang
4.06 am - Puncak Gunung Rajah
6.00 am - Bangun, solat subuh, breakfast
9.30 am - Bertolak turun
12.30 pm - Dijangka tiba di Lata Naning ( Terjun tiruk )
2.00 pm - Bertolak ke starting point ( Air Terjun Chamang )
6.30 pm - Dijangka tiba
7.00 pm - Bersurai dan Jumpa Lagi

Kesimpulan trip nie, aku tak berapa puas sebenarnya, sebab aku tak dapat layan keindahan alam tu sendiri. Wallahualam. Mungkin sebab terlalu memikirkan nasi jagung yang tak jadi. Sedih sedih tapi nasib baik mereka semua sporting. Ending paling sengal. BATU. Patut berat semacam beg aku tapi nasib baik Lily masih perform dengan jayanya. Thanks semua. Jumpa trip lain.

pagi-pagi nie. kol 7

berhenti sarapan

nenek siah comeback

press jd guider laa

azwa si kodiang maiii

trekking trekking

hidden garden maybe

cam comey je cam comey je

haippp

it's me

snap snap

click click

berhenti jap

take 5

ayaq jernihh ja

subhanallah

sunrise

the boys








genting highland atas awan



p/s : sempat pulak dorang letak batu dalam bag aku. T.T apepun, trimas semua.

Monday, 17 March 2014

Takut

MasyaAllah. Kadangkala kita terlalu alpa dengan dunia. Kita lupa yang kita WAJIB percaya kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Akhirat nanti adalah kehidupan yang kekal abadi. Dengarkan bingkisan ringkas yang disampaikan oleh Ust. Fawwaz untuk pedoman dan panduan kita bersama. Hebahkan video ini jika bermanfaat kepada anda dan juga yang lain.


Sunday, 16 March 2014

Aku rindu Tahan


Aku pun pelik kenapa aku rindu sangat Tahan. Pelik. Bukan sebab sesiapa tapi keindahan Tahan tu sendiri. Subhanallah. Perasaan tu pelik sangat. Walaupun 2 kali dah pergi tapi seakan Tahan tu sentiasa menarik perhatian aku. Wallahualam. Aku tak banyak naik gunung tapi setakat nie Tahan paling menarik perhatian aku. Banjaran Titiwangsa pun tak mampu tarik aku macam Tahan. 

Tahanlah tempat jatuh naik aku. Aku harap aku takkan dipisahkan dengan Tahan. Semoga Allah sentiasa menjaga Tahan. Jangan bagi sesiapa usik. Biarlah sang musafir sahaja yang mencintai alam kuasa Allah datang lihat dan rasa sendiri apa yang aku rasa.

Perasaan aku sebak sekarang. Tak tahu kenapa. Rindu dan sedih sama-sama datang.

Cuba lihat gambar nie sambil dengar lagu nie [ Tahan ]

Allahuakbar. :(

p/s : ada sesiapa yang pernah rasa apa yang aku rasa?

Thursday, 13 March 2014

Buang jauh-jauh

26 Januari 2012 - Kenal. Ok. Tak hensem pun. Aku taknak kat kau.
03 March 2012 - Ajak tunang. Wooah! Cepatnya? Tanya abah. of course CANNOT!! Bye.

05 Jun 2013 - Kau datang balik. Ajak tunang jugak. Aku fikir-fkir.
13 Oktober 2013 - Tunang. Tapi tak seindah aku bayang. Aku terlalu muda. Tak matang! Semua opposed.
13 November 2013 - Putus. Semoga masing-masing bahagia.

15 March 2014 - Masih menangis. Masih terasa. Bukan dengan kau. Aku berjaya lupakan kau. Walaupun roh aku hampir setiap malam akan pergi mengintai kau. Tapi aku kuat. :) Dan ada orang yang lebih sayang aku dari kau sayang aku.

Tetiba member rapat tepon nangis-nangis cakap lelaki yang dia tunggu selama 7 tahun cakap nak kahwin dah. See. Sesedih aku lagi sedih orang lain. allahuakbar. Allah itu Maha Adil.

cinta nie boleh buat orang gila. Tapi percayalah, semuanya akan kembali kepada Allah. Allah Pencinta Abadi. Semoga kami berdua tabah.



Sunday, 9 March 2014

Pray For MH370

Allahuakbar. Mencuri sejenak masa untuk berkongsi berita terkini. Dalam sejarah. Semalam. 8hb 3 tahun 2014. Pesawat MAS MH370 yang sedang bergerak menuju Beijing pada jam 0041 tiba-tiba 'hilang' dari radar. Astaghfirullahalazim. Sehingga ke hari ini terlalu banyak spekulasi dikeluarkan. Antaranya :

1) Selamat mendarat di Naning, China.
2) Terhempas di laut Vietnam.
3) Dikatakan membuat penerbangan patah balik semuala ke KLIA.
4) Dilaporkan ada tumpahan minyak yang dikatakan dari MH370 di Kelantan.
5) Dan macam-macam lagi.

TETAPI YANG PALING PASTI, MEREKA MASIH BELUM DITEMUI DI SAAT INI 7.24 P.M 9/3/2014 WAKTU MALAYSIA. SAMA-SAMA KITA DOAKAN YANG TERBAIK.

aku update berita-berita terkini dari laman ini. [Info terkini MH370]




always pray for u

Friday, 7 March 2014

FYNN JAMAL

Assalamualaikum. Mencari masa untuk menulis entri kali nie. Aku dah mula sibuk dengan pelbagai assignment, kuiz dan test. Kehidupan pelajar yang sangat mencabar. Lagi-lagi aku ambil jurusan KEJURUTERAAN. Hurm. *DAH 3 tahun dah pun hadap ENGINEER LIFE nie. Tapi aku rasa MEDICAL STUDENTS lagi susah kot. Wallahualam. Mana ada yang senang dalam menuntut ilmu nie kan? So, sentiasa senyum. :)

Kenapa aku letak nama FYNN JAMAL sebagai tajuk entri aku kali nie? Sebab aku begitu terkesan dengan post dia. Panjang tapi padat.
malam tadi aku dikejutkan berita seorang kawan yang diceraikan tanpa disentuh. diputuskan halalnya tanpa sempat merasa dikasih suami yang menghendakkan dia.

istighfar panjang aku.

hari ini isu yang akan aku sentuh adalah TERLALU sensitif, aku minta jasa baik adik2 yang masih remaja dan kawan2 serta kakak2 dan abang2 dapat bincangkan dengan berhemah dan halus.

sebab benda ini bukan benda biasa2.
berkahwin demi membukti sesuatu.
bernikah walau tak hingin sama suami / isteri itu.
bersatu demi menutup mata masyarakat yang curiga tentang kamu.

fitrah vs nafsu.
benarkah benar ada?

aku pernah didatangi seorang laki2 di ruang PM yang meminta aku borakkan beramai2 tentang golongan bukan heteroseksual begini. tentang apa yang aku rasa, tentang apa yang aku fikir-- tentang mereka.

aduhai.
sudah lebih 7 bulan,
terbiar begitu sahaja email dia.

fitrahnya seorang laki2 akan menghendaki seorang perempuan, dan seorang perempuan akan menghendaki seorang laki2.
noktah.

selainnya?
aku tidak tahu.

siapa aku hendak bilang rasa2 semua itu adalah nafsu semata?
siapa aku hendak bilang kehendak2 begitu adalah syaitan iblis buta2?
sebab aku tak rasa.

sebab aku pernah muda--
dan curiosity juga pernah terbang lalu dalam kepala.
kekeliruan dan ketidakfahaman tentang naluri juga pernah terjadi pada aku yang masih dalam proses self-discovery dahulu di suatu masa.

in a way,
ada sedikit dalam diri aku yang bersetuju dengan sex ed.
dan minta maaf ye, sex ed sesungguhnya bukan kelas tentang bagaimana hendak bersenggama--
tapi pendidikan tentang konsep rumahtangga dan seumpama.

kami anak2 johor sudah biasa.
sex ed sebenarnya sudah lama ada dalam silibus sekolah alternatif kami, cuma namanya tak sama.
di sekolah petang kami--
sex ed adalah munakahat.
dan tidak ada apa yang merangsangkan pun bila ustaz kami menyebut perkataan jima' dan sentuhan, batin dan belaian.

jima'.
sentuhan.
batin.
belaian.

nope. tak ada rasa apa yang berlaian.

kerana kami tahu--
munakahat adalah ilmu.
dan seks adalah halal bagi suami dan isteri.
apa nak diseronokkan sangat pun?

semua sudah ada.
pintu mana boleh ketuk.
pukul berapa boleh masuk.
sahsiah ketika bercengkerama.
kaedah untuk bersama.

islam itu syumul--
and procreation is beautiful.

namun kalaulah tidak dipersetujui diadakan sex ed di sekolah-- tidak apalah.
kerja mak bapaklah untuk menerangkan pada anak seawal usia-- kalau sungguh tak mau mengharap pada sex ed di sekolah.

terangkan yang merasa selesa atau merasa suka itu tidak sentiasanya cinta.
bagitahu mereka apa yang benar, apa yang dusta.
beri mereka faham di awal usia.

kalau tidak--
hah. beginilah jadinya.

"aku lelaki yang terperangkap dalam jasad perempuan"
"aku perempuan yang seharusnya dilahirkan jantan"
"aku suka semuanya. perempuan atau laki2"
"aku cintakan dia walau pun dia cuma seekor kambing biri2"

bersimpang-siur.

siapalah aku hendak berbual tentang naluri.
sebab aku bukan pemilik jasad itu tadi.
tapi aku tahu ada banyak benda dalam dunia ini yang kita mahu tapi aku perlu tidak dekati.

abah aku, contohnya. bagaimana cinta sama makanan manis-- segala jenis gula sudah jadi haram pada dia.
kawan reverted muslim aku, umpamanya. bagaimana dia rindu2 sama wine dan makanan yang dahulunya dia biasa-- setiapnya itu sudah tidak boleh pada dia.

aku ingat lagi di sekolah dahulu, dalam subjek quran sunnah. tajuknya makanan yang haram dimakan. kami berbincang tentang binatang bertaring, tentang darah, tentang macam2. kemudian ustazah tanyakan pada kami: "beri sebab mengapa ia haram dimakan?". ah. mudah.

"sebab ia mendatangkan mudarat"
"terangkan"
"contohnya dalam babi ada e coli yang merbahaya"
"jadinya?"
"membawa maut, ustazah. dan macam2 kerosakan pada jasad"
"begitu ramai manusia makan babi. masih tidak apa2. maka bagaimana yang hendak kamu kata ia adalah makanan yang jahat?"

semua diam.
betul juga.
berapa ramai kawan2 bukan islam aku yang hidup sehingga hari diskusi itu dengan selamba makan babi.
di mana mudaratnya?

ustazah aku sambung--
"kadang2-- penjelasan yang terbaik pada segalanya adalah;
setiap perkara itu adalah ujian untuk kita".

then it hits me.
life is all about choices.
and like everything else that is debatable--
semua benda ada baik dan buruknya.

persoalannya cuma satu--
how much do you love yang maha pengasih--
untuk seikhlasnya menjawab "baiklah"--
pada perkara yang dia kata "usahlah"--
tanpa alasan yang paling perfect dan munasabah?

*pause*

tulisan tersasar jauh ini tidaklah untuk siapa2 kecuali aku jua. cuma dikongsi, mana tau memanfaat kalian bersama.

renungkan;
sedangkan kalau kekasih minta sesuatu di luar akal pun sanggup kita perbuat demi nama cinta dan sumpah setia "aku akan lakukan segalanya demi dia"--
bagaimana pada tuhan yang begitu kasihkan kita ITU kita pilih untuk tolak2 dan tangguh2 nanti dulu.

haihlah hati.
gagahlah kau dan jangan main2 begini.

kembali pada persoalan kita di awal tadi,
fitrah atau nafsu--
kehendak atau perlu;
tanya sama hati itu.

jahat biar sama tuhan.
kalau boleh-- jangan.
tapi kalau betul mahu jahat--
biar jahat sama tuhan.
dia itu maha pengampun dan maha mengasihan.

itu tuhan.
manusia bukan.
betapa menganiaya itu jangan--
sehingga tuhan berjanji akan memakbulkan doa2 mereka yang tidak diadilkan.

jangan dianiaya orang.
jangan dipermain jiwa orang.
mahsyar itu terlalu besar, terlalu panas.
bayangkan kau perlu cari manusia seorang di kalangan jutaan juta manusia yang juga mencari2 orang yang mereka aniayai--
di terik matahari--
telanjang.

aku mohon maaf untuk entri yang aku kira agak sensitif ini.
tapi yelah.
kalau tak dibincangkan hari ini--
bila lagi.

salam jumaat.

Semuanya terlalu sensitif. Ayat-ayat kak Fynn memang sangat berkias. :) Sila baca banyak 
kali. CINTA. FITRAH ATAU NAFSU. Renung-renungkan.

p/s : semua ni buatkan aku takut untuk kahwin.



p/s : lagu nie sedap



Wednesday, 5 March 2014

Pengalaman

Assalamualaikum. Salam APRIL semua. Hari nie 5hb 3 sudah. Dan dah 3 minggu aku masuk kuliah. Wah, cepat sangat masa berlalu nie. Dan agak lama aku tak post entri dalam blog nie.

Fokus utama kita hari nie tentang PENGALAMAN. Banyak nak cerita kalau bab pengalaman nie. Tapi paling penting rasanya, PENGALAMAN PUTUS TUNANG. Bukan nak bangga sebab putus tunang, bukan nak meroyan lagi, bukan bukan. Bukan sebab tu, Cuma harap entri nie boleh buka lah mata pembaca-pembaca ( macam ada je orang baca blog aku nie?? Hik3) Sebab kalau korang rasa korang sedih sangat, ada orang lagi sedih dari korang. Aku rasa aku sedih, malang dari orang lain tapi rupanya ada orang lagi teruk dari aku sebab aku pun belajar dari pengalaman orang lain.

1. SEDIH
Rasanya orang gila kot kalau putus tunang tu rasa happy, tapi kalau rasa gembira tu mesti ada sebab kot ( kalau tunang paksa tu mungkin happy). Mihmihmih. Walaupun aku yang minta putus, atas desakan pihak-pihak yang JAHAT . Tapi sedih sebab pihak lelaki tak mempertahankan juga ikatan nie. Sedih tapi mungkin ALLAH dah tulis sesuatu yang lebih baik untuk aku. InsyaAllah.

2. GEMBIRA
Akulah orang gila tu agaknya! PUTUS tapi gembira? Jujur aku gembira sebab aku dapat kenal perangai sebenar dia. Gembira sebab aku berjaya tutup mulut orang yang nak aku putus sangat tu. Aku pun sebenarnya bersyukur, mereka macam tu mungkin sebab mereka sayang aku. Terima kasihla. Aku takkan simpan dendam. Cuma aku tak boleh lupa kata-kata yang mereka ucap. :) Aku maafkan tapi aku takkan lupa. Itu saja.

3. HIDUP MESTI DITERUSKAN
Aku kena belajar matangkan diri aku. Life goes on. Sekarang aku pun dah ada orang baru. Aku putus dengan dia bukan sebab orang ketiga. Sumpah. Masa aku tunang dengan dia, aku dah tetapkan hati aku, aku kena sayang dia seorang je tapi Allah tunjuk.  Even sekarang , fikir-fikir balik, aku juga yang terlalu bodoh, tapi aku tak menyesal dengan keputusan aku.

Apa pengalaman korang pula? Kesimpulannya, aku dah 5 bulan putus tunang, baru 5 bulan jerk! Perit , pahit tapi telan saja. Memang tergannggu. Aku kena repeat paper sebab masalah nie. Jiwa aku kosong. Tapi Allah kan ada? Aku selalu lupa Allah, tapi Allah takkan lupa hambaNya. Ingat tu. Pintu keampunan sentiasa Allah buka. Tunggu kita nak masuk atau tidak je.

Teringin travel around the world! Teringin bawa mak abah travel sama-sama. Kahwin? Aku harap aku takkan fikir tentang hal itu buat masa sekarang. Aku nak kerja dan jalan puas-puas dulu. SERIK UNTUK BERCINTA? TIDAK . Heee


berakhir sudah 



Monday, 3 March 2014

frozen cheese cake.



bahan2 nya.
loyang 8 "- lapik dengan aluminium foil.
3 bungkus biskut saltcheese.
500 gm philadelphia cream cheese.
3/4 tin susu pekat manis.
susu cair secukup nya.

cara2 nya.
pukul cream cheese dengan susu pekat hingga sebati.
masuk kan susu cair - agak2 ya - jangan pekat atau cair sangat.
susun biskut ke dalam loyang - tuang ceam cheese sikit2 rata kan.
kemudian susun lagi biskut - ulang proses yang sama hingga habis.
yang last sekali cream cheese- beku kan dalam peti ais - semalaman.
bolih letak ape2 jem - ikut citarasa masing2. 

1setengah cawan tepung gandum
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
3 biji telur
* 1 cawan gula
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan minyak masak
* 1 cawan susu cair
* stgah cawan susu pekat

Topping:
- Stgah cawan serbuk koko
- Sdkit susu pekat & cair

Cara2:
1. Campur & Ayak tepung gandum, soda & baking powder (ketepikan)
2. Campur semua bahan bertanda * dalam periuk, kemudian masak guna api sederhana. Kacau sentiasa sehingga semuanya sebati. Padam api, sejukkan sebentar.
3. Sementara menunggu suam, pukul telur sehingga kembang.
4. Masukkan campuran yg dimasak tadi kedalam telur. Kacau perlahan.
5. Akhir sekali, masukkan tepung yg diayak sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan kek ke dalam acuan kegemaran @ ke dalam loyang 8" yang telah digris guna mentega @ minyak. Kukus kek dalam periuk yg telah dipanaskan. Kukus dlm 50 - 60 minit. *jika guna acuan kecil, kek
masak dlm 15 minit.
7. Cara buat topping, masukkan smua bahan & masak guna api perlahan. Kacau sentiasa. *anggaran mengikut kepekatan & selera anda.

** curah topping tsbut ketika kek sudah sejuk 

Saturday, 1 March 2014

chessy ball



Bahan-bahan :
350 gram ubi kentang @ 2-3 bj (di rebus dgn sdkt garam & gula secukup rasa)
250 gram tpg gandum (guna sehingga adunan sebati je)
Serbuk lada aji-sho
250 gram keju cheddar (intan guna chesdale slice je..sekpg d potong dpt 4)
1-2 biji telur
Serbuk roti secukupnya

Cara2:
1. Ubi kentang yg direbus tadi dilenyek sehingga hancur
2. Tabur lada, tpg gandum sehingga sebati
3. Ambil adunan jdkn bebola, leperkn & masukkn keju & bulatkn
4. Golekkn dlm serbuk roti,kemudian dlm telur yg tlh di pukul pula.
5. Golekkn sekali lg dlm serbuk roti sehingga semua bsalut rata
6. Gorengkn dlm minyak yg panas sehingga warna mnjadi keperang2an dgn api yg sederhana sbb serbuk roti cepat hangus nnt..angkat & boleh di mkn bsama sos cili tp mkn camtu pun dh sedap..

selamat mencuba