Pages

Friday, 7 March 2014

FYNN JAMAL

Assalamualaikum. Mencari masa untuk menulis entri kali nie. Aku dah mula sibuk dengan pelbagai assignment, kuiz dan test. Kehidupan pelajar yang sangat mencabar. Lagi-lagi aku ambil jurusan KEJURUTERAAN. Hurm. *DAH 3 tahun dah pun hadap ENGINEER LIFE nie. Tapi aku rasa MEDICAL STUDENTS lagi susah kot. Wallahualam. Mana ada yang senang dalam menuntut ilmu nie kan? So, sentiasa senyum. :)

Kenapa aku letak nama FYNN JAMAL sebagai tajuk entri aku kali nie? Sebab aku begitu terkesan dengan post dia. Panjang tapi padat.
malam tadi aku dikejutkan berita seorang kawan yang diceraikan tanpa disentuh. diputuskan halalnya tanpa sempat merasa dikasih suami yang menghendakkan dia.

istighfar panjang aku.

hari ini isu yang akan aku sentuh adalah TERLALU sensitif, aku minta jasa baik adik2 yang masih remaja dan kawan2 serta kakak2 dan abang2 dapat bincangkan dengan berhemah dan halus.

sebab benda ini bukan benda biasa2.
berkahwin demi membukti sesuatu.
bernikah walau tak hingin sama suami / isteri itu.
bersatu demi menutup mata masyarakat yang curiga tentang kamu.

fitrah vs nafsu.
benarkah benar ada?

aku pernah didatangi seorang laki2 di ruang PM yang meminta aku borakkan beramai2 tentang golongan bukan heteroseksual begini. tentang apa yang aku rasa, tentang apa yang aku fikir-- tentang mereka.

aduhai.
sudah lebih 7 bulan,
terbiar begitu sahaja email dia.

fitrahnya seorang laki2 akan menghendaki seorang perempuan, dan seorang perempuan akan menghendaki seorang laki2.
noktah.

selainnya?
aku tidak tahu.

siapa aku hendak bilang rasa2 semua itu adalah nafsu semata?
siapa aku hendak bilang kehendak2 begitu adalah syaitan iblis buta2?
sebab aku tak rasa.

sebab aku pernah muda--
dan curiosity juga pernah terbang lalu dalam kepala.
kekeliruan dan ketidakfahaman tentang naluri juga pernah terjadi pada aku yang masih dalam proses self-discovery dahulu di suatu masa.

in a way,
ada sedikit dalam diri aku yang bersetuju dengan sex ed.
dan minta maaf ye, sex ed sesungguhnya bukan kelas tentang bagaimana hendak bersenggama--
tapi pendidikan tentang konsep rumahtangga dan seumpama.

kami anak2 johor sudah biasa.
sex ed sebenarnya sudah lama ada dalam silibus sekolah alternatif kami, cuma namanya tak sama.
di sekolah petang kami--
sex ed adalah munakahat.
dan tidak ada apa yang merangsangkan pun bila ustaz kami menyebut perkataan jima' dan sentuhan, batin dan belaian.

jima'.
sentuhan.
batin.
belaian.

nope. tak ada rasa apa yang berlaian.

kerana kami tahu--
munakahat adalah ilmu.
dan seks adalah halal bagi suami dan isteri.
apa nak diseronokkan sangat pun?

semua sudah ada.
pintu mana boleh ketuk.
pukul berapa boleh masuk.
sahsiah ketika bercengkerama.
kaedah untuk bersama.

islam itu syumul--
and procreation is beautiful.

namun kalaulah tidak dipersetujui diadakan sex ed di sekolah-- tidak apalah.
kerja mak bapaklah untuk menerangkan pada anak seawal usia-- kalau sungguh tak mau mengharap pada sex ed di sekolah.

terangkan yang merasa selesa atau merasa suka itu tidak sentiasanya cinta.
bagitahu mereka apa yang benar, apa yang dusta.
beri mereka faham di awal usia.

kalau tidak--
hah. beginilah jadinya.

"aku lelaki yang terperangkap dalam jasad perempuan"
"aku perempuan yang seharusnya dilahirkan jantan"
"aku suka semuanya. perempuan atau laki2"
"aku cintakan dia walau pun dia cuma seekor kambing biri2"

bersimpang-siur.

siapalah aku hendak berbual tentang naluri.
sebab aku bukan pemilik jasad itu tadi.
tapi aku tahu ada banyak benda dalam dunia ini yang kita mahu tapi aku perlu tidak dekati.

abah aku, contohnya. bagaimana cinta sama makanan manis-- segala jenis gula sudah jadi haram pada dia.
kawan reverted muslim aku, umpamanya. bagaimana dia rindu2 sama wine dan makanan yang dahulunya dia biasa-- setiapnya itu sudah tidak boleh pada dia.

aku ingat lagi di sekolah dahulu, dalam subjek quran sunnah. tajuknya makanan yang haram dimakan. kami berbincang tentang binatang bertaring, tentang darah, tentang macam2. kemudian ustazah tanyakan pada kami: "beri sebab mengapa ia haram dimakan?". ah. mudah.

"sebab ia mendatangkan mudarat"
"terangkan"
"contohnya dalam babi ada e coli yang merbahaya"
"jadinya?"
"membawa maut, ustazah. dan macam2 kerosakan pada jasad"
"begitu ramai manusia makan babi. masih tidak apa2. maka bagaimana yang hendak kamu kata ia adalah makanan yang jahat?"

semua diam.
betul juga.
berapa ramai kawan2 bukan islam aku yang hidup sehingga hari diskusi itu dengan selamba makan babi.
di mana mudaratnya?

ustazah aku sambung--
"kadang2-- penjelasan yang terbaik pada segalanya adalah;
setiap perkara itu adalah ujian untuk kita".

then it hits me.
life is all about choices.
and like everything else that is debatable--
semua benda ada baik dan buruknya.

persoalannya cuma satu--
how much do you love yang maha pengasih--
untuk seikhlasnya menjawab "baiklah"--
pada perkara yang dia kata "usahlah"--
tanpa alasan yang paling perfect dan munasabah?

*pause*

tulisan tersasar jauh ini tidaklah untuk siapa2 kecuali aku jua. cuma dikongsi, mana tau memanfaat kalian bersama.

renungkan;
sedangkan kalau kekasih minta sesuatu di luar akal pun sanggup kita perbuat demi nama cinta dan sumpah setia "aku akan lakukan segalanya demi dia"--
bagaimana pada tuhan yang begitu kasihkan kita ITU kita pilih untuk tolak2 dan tangguh2 nanti dulu.

haihlah hati.
gagahlah kau dan jangan main2 begini.

kembali pada persoalan kita di awal tadi,
fitrah atau nafsu--
kehendak atau perlu;
tanya sama hati itu.

jahat biar sama tuhan.
kalau boleh-- jangan.
tapi kalau betul mahu jahat--
biar jahat sama tuhan.
dia itu maha pengampun dan maha mengasihan.

itu tuhan.
manusia bukan.
betapa menganiaya itu jangan--
sehingga tuhan berjanji akan memakbulkan doa2 mereka yang tidak diadilkan.

jangan dianiaya orang.
jangan dipermain jiwa orang.
mahsyar itu terlalu besar, terlalu panas.
bayangkan kau perlu cari manusia seorang di kalangan jutaan juta manusia yang juga mencari2 orang yang mereka aniayai--
di terik matahari--
telanjang.

aku mohon maaf untuk entri yang aku kira agak sensitif ini.
tapi yelah.
kalau tak dibincangkan hari ini--
bila lagi.

salam jumaat.

Semuanya terlalu sensitif. Ayat-ayat kak Fynn memang sangat berkias. :) Sila baca banyak 
kali. CINTA. FITRAH ATAU NAFSU. Renung-renungkan.

p/s : semua ni buatkan aku takut untuk kahwin.



p/s : lagu nie sedap



No comments:

Post a Comment