Pages

Saturday, 19 April 2014

PART 4 : Cik Kosong mencari cinta Rinjani

Hari pertama memulakan perjalanan selama 4 hari di Pelawangan Rinjani (pepandai aku bagi nama kan?).
Secara ringkas aku buat log untuk perjalanan kami menyelesaikan misi nie.

6/4/2014 - AHAD
5.15 am : Dah Subuh. Awal ok Subuh di sini. Awal 1 jam kalau tak silap.
8.00 am : Sarapan dan berkumpul untuk bergerak ke Starting point. Nebes-nebes.
8.35 am : Bergerak sudah. Lalu kawasan rumah orang.
10.00 am : Sampai pos 1. Rehat 15 minit. Kena pakai payung tau. Nak tunjuk panas ke tak. 
10.15 am : Gerak ke Pos 2
10.50 am : Dah sampai Pos 2.Rehat 10 minit.(Rehat lagi. Panas woo)
12.05 pm : Sampai Pos 3. Makan tengahari di sini. Ditemani beruk-beruk besar.
1.40 pm : Gerak. Cergas. Perut kenyang suka hati.
4.30 pm : Sampai di Pelawangan Sembalun. Aku sampai pukul 5.30 kalau tak silap. Sini adalah tapak khemah. Ramai giler siottt!
8.30 pm : Lepas makan, tidur! Misi esok pagi-pagi buta.

7/4/2014 - ISNIN
2.30 am : Bangun. Gerak ke Puncak. Azab dia? Allah yang tahu. Nak give up dah dah ramai je masa tu so, semangat masih kuat. Kalau naik siang-siang nie, wallahualam.
6.20 am : Sampai. Kahkahkahkah. Cik Kosong lembap nak mampus jalan! *aku kurang oksigen okayh! 
8.00 am : Dah sejuk membeku dekat atas. Kena turun. Terus ke Tapak Khemah. Nanti mau ke Tasik Anak Segara nie. Yeay! Tahniah semua! Misi separuh berjaya, sebab dah keluar di Senaru baru dikira berjaya.
11.00 am : Bertolak.
3.00 pm : Sampai Cantik! Sampai-sampai hujan , maka rehat-rehat dalam khemah. Hujan reda, pergi memancing. 
5.00 pm : Yeay sekali lagi! Mandi air panas! Rugi kalau sampai sini tak cuba ke tempat air panas nie. 10 minit je berjalan.

8/4/2014 - SELASA
8.00 am : Hari nie macam dah boleh keluar. Gerak ke Pelawangan Senaru.
11.45 am : Sampai! Gila nak keluar nie kena mencanak gila. 1 degree je kot. *metafor sgt.
12.00 pm : Sampai Pos 3. Snap-snap. Bye-bye Rinjani. Will miss u darling. 
1.20 pm : Gerak ke Pos 2 - Pos Extra - Pos 1. Nie kerja bengong. Mentang-mentang trek dah trek Malaysia. Tanah, pokok, redup. Semua nak laju. Konon,belagak berlari. *Hehe. Tapi best!
4.45 pm : Sampai Pos 1. Kemudian sampai pintu gerbang Senaru. Boleh keluar hari nie dah sebenarnya tapi biasalah, powil mesti ikut waktu. Esok lah gamaknya.
9.00 pm : Sesi heart to heart. Bila nak buat lagi?

9/4/2014 - RABU
8.00 am : Siap-siap pergi pejabat.
9.15 am : Sampai. Keluar. Beli kenang-kenangan. Mahu pergi Senggigi Hotel.
3.30 pm : Sampai Senggigi Hotel. Rehat-rehat.
5.00 pm : Jalan kaki ke Pantai Senggi,Pasar Seni dan balik naik 'cidomo' . Kudaku lari gagah berani.
10.50 pm : Sampai hotel. Penat. Tidur.

10/4/2014 - KHAMIS
9.10 am : Gerak ke Gili Island. Mahu snorkeling.
10.00 am : Sampai lalu menyelam. *tak selam lah, terapung-apung je.
1.30 pm : Pulang ke Senggigi Hotel.
4.10 pm : Sampai lepas lunch. Rindu Malaysia sangat dah masa nie.
4.30 pm : Check out.
6.10 pm : Naik feri. Nak ke Bali pulak! Yeay. Hampir tamat pengembaraan nie.
7.00 pm : Feri baru gerak. Tidur ajelah dalam nie.
11.00 pm : Sampai Padang Bai Harbour. Cari kereta sapu untuk ke Pantai Kuta, Bali.

Begitulah kisah kami di Lombok. Best sangat. Nak datang Lombok lagi. Untuk naik Rinjani macam tak mungkin dah. Jalan-jalan bolehlah. Dah penat baca jom layan gambar-gambar menarik di Rinjani! Tahniah semua. 

















































Baca entri seterusnya untuk mengikuti perjalanan cerita ini yang memang awesome.

No comments:

Post a Comment