Pages

Wednesday, 25 June 2014

MAK

aku benci bila air mata ini menitis

MAK
lia rindu mak
rindu sangat
mak pun mesti rindu lia sangat-sangat kan

MAK
lia dekat Melaka ni dah macam orang gila mak
takder semangat dah
dengan kawan-kawan pun rasa jauh sangat
lia takder kawan dekat sini mak

MAK
lia dah besar tapi
kenapa sekarang baru rasa rindu teruk dekat mak ni??
lia dulu selalu je jauh dengan mak
tapi sekarang susah mak
lia ada mak sorang je
mak lah kawan terbaik lia

MAK
lia teringin nak peluk mak
seingat lia 22 tahun lia hidup
mak tak pernah peluk lia kan?
lia pun tak pernah peluk mak

MAK
lia tahu mak segan
mak pun tahu lia segan
cium pipi mak pun tak pernah
sebab lia takut dikata buang tebiat

MAK
 sekarang bila makin jauh
lia teringin mak
sekali seumur hidup pun takper kan mak?
mak pun macam tu kan?

MAK
ada hikmah kan semua nie berlaku?
lia tak puas dapat kasih sayang mak dengan abah lagi
Allah taknak bagi orang lain jaga lia lagi
sebab Dia tahu mak dan abah pun tak puas jaga lia lagi kan

MAK
lia cuba balas jasa mak yang takkan terbalas tu
lia janji
tapi mak, lia dekat sini belajar pun tak ke mana
kenapa ye mak?
mak, Allah nak uji lia lagi ke?
mampu ke lia lalui ujian Dia lagi mak?
lia rasa berat sangat

MAK
lia rindu mak
rindu sangat
mak pun mesti rindu lia sangat-sangat jugak kan?


MAK
semoga mak terus sihat
lia nak balik rumah sekarang juga kalau boleh mak
tak tahan rindu dekat mak nie
tapi
doakan lia sentiasa kuat ye mak 

p/s ; sepi Ramadhan kali nie. Ya Allah, semoga aku dan mak terus di beri kekuatan untuk bersujud padaMu Ya Allah. Aminn. Mak, tadi tangan lia kena pisau. Sampai sekarang masih berdarah mak, lia takut. Mak, sakit mak. Tadi pun lia nak pitam sebab darah nie mak.

Saturday, 21 June 2014

SEM 2 TAHUN 3 IJAZAH SARJANA MUDA ELEKTRONIK INDUSTRI SESI 2011/2012

 Alhamdulillah, syukur. Selesai sudah peperiksaan akhir Sem 2 2014. Sem nie adalah sem ke 6 bagi aku, tinggal lagi 2 sem sahaja. Untuk sem nie, 
berikut adalah subjek yang aku ambik :

1) Teknologi & Aplikasi Media ( Multimedia Tech. & Apps)
2) Kawalan Industri (Indutrial Control)
3) Sistem Kejuruteraan Embedded ( Embedded System Engineering)
4) Statistik (Statistics)
5) Elektromagnetik (EMT)
6) Koko - First Aid
7) Industrial Electronic  Lab 2

Segalanya sudah tamat untuk sem nie. Setelah berjuta kesusahan yang dialami pelajar kejuruteraan ni, syukur sudah tiba ke penghujung. Makanya, tunggu sahaja keputusan. Harap-harap aku LULUS. Tak dapat anugerah dekan pun takpelah, janji lepas. Tawakal kepada Allah dan terus berdoa. Usaha dah kan?

memang macam nie aku before exam.

Seterusnya . Untuk 1hari setengah nie, masa untuk merehatkan badan dan lain-lain. :)


Tapi seterusnya LATIHAN INDUSTRI la pulak!! Jujur macam belum bersedia untuk merasai pengalaman menjalani praktikal kali nie. Walaupun aku pernah bekerja di merata tempat tapi kali nie, memang sangat-sangat berbeza. Isnin nie 23/6/2014 dah mula daftar. Semoga baik-baik sahaja. 

Sekian sahaja coretan Cik Kosong kali nie. Adios. Wasalam.




Friday, 20 June 2014

DRAMA REVIEW 2014

Sejujurnya Cik Kosong nie jarang tonton drama. Wayang? Kalau Mr.Mucuk belanja baru aku pergi tonton. Drama Melayu? Jauh bak ang aku layan. Hahaha. Entah, kurang minat. Tapi ada beberapa drama Korea dan anime Jepun menarik perhatian tahun nie. Mana tahu korang pun minat kan? Check it out~

1) KUROKO NO BASKET

Cik Kosong dah jatuh cinta sangat dekat cerita nie. Memang best gila. Cik Kosong bagi 5 bintang dari 5 bintang. Ada 2 season yang korang boleh tengok sekarang. Season 3 bulan 9 2014 nie baru keluar. Tak sabar ! Cerita nie berkisar tentang permainan bola keranjang. Basketball tournament. Memang best sangat. Cek video di bawah untuk korang pun layan sekali.



memang tak rugi korang layan

i love Kise. Kenapa? Kena tengok lah. :D

2) HAIKYUU


Setakat yang Cik Kosong tengok sekarang nie, baru episod 11. Kalau Kuroko no Basket pasal bola keranjang, yang nie pasal bola tampar. Ayat-ayat dalam anime nie, memang beri semangat untuk orang yang kurang semangat macam Cik Kosong nie. Boleh tengok dekat link ni:
yang tengah tu kelakar ok. 

setakat ni, 2 anime Jepun ni lah yang buat aku minat. Kemudian 2 drama Korea nie pula. Hikhikhik. Cik Kosong koya layan k-pop. Hahaha. Ada aku kesah!!?


1) TRIANGLE

Kisah ini berkisar tentang 3 adik-beradik lelaki yang terpisah waktu kecil. Sekarang dah episod 12. Sangat menarik sebab menceritakan tentang seorang gambler. Main kad terup tu ha. Suka sebab kurang babak cintan-cintun. Tapi adalah selit juga kan. Lagi satu best sebab ada JaeJoong. . . .  erk. . . Siapa tu? Ala, bekas kumpulan TVXQ tu. Handsome la yang penting. Hehe.

Klik link Good Drama-Triangle nie kalau rasa nak tengok kan? 


2) KING OF HIGH SCHOOL

Taraa! Cerita baru!  Baru episod 2 keluar buat masa sekarang. So, high expectation. Kelakar. Itu yang penting. Cerita nie pasal budak sekolah nie, kena bekerja untuk menyamar menjadi abang dia. Director di sebuah syarikat. Setakat 2 episod baru yang nie lah ditunjukkan. Abang dia tu yang Cik Kosong curious sangat nak tahu. Kenapa? Sama-sama kita nantikan kesudahan cerita nie ye.


pelakon tak lah cantik dan handsome mana tapi plot cerita nie macam menarik. Klik link GoodDrama - KOHS nie untuk tonton.



BAIKLAH, SEKIAN REVIEW 2014 DARI CIK KOSONG. REVIEW SETAKAT BULAN 6. MANA TAHU BULAN DEPAN ADA DRAMA BARU CIK KOSONG LAYAN , 
SEKIAN, WASSALAM.