Pages

Friday, 20 June 2014

DRAMA REVIEW 2014

Sejujurnya Cik Kosong nie jarang tonton drama. Wayang? Kalau Mr.Mucuk belanja baru aku pergi tonton. Drama Melayu? Jauh bak ang aku layan. Hahaha. Entah, kurang minat. Tapi ada beberapa drama Korea dan anime Jepun menarik perhatian tahun nie. Mana tahu korang pun minat kan? Check it out~

1) KUROKO NO BASKET

Cik Kosong dah jatuh cinta sangat dekat cerita nie. Memang best gila. Cik Kosong bagi 5 bintang dari 5 bintang. Ada 2 season yang korang boleh tengok sekarang. Season 3 bulan 9 2014 nie baru keluar. Tak sabar ! Cerita nie berkisar tentang permainan bola keranjang. Basketball tournament. Memang best sangat. Cek video di bawah untuk korang pun layan sekali.



memang tak rugi korang layan

i love Kise. Kenapa? Kena tengok lah. :D

2) HAIKYUU


Setakat yang Cik Kosong tengok sekarang nie, baru episod 11. Kalau Kuroko no Basket pasal bola keranjang, yang nie pasal bola tampar. Ayat-ayat dalam anime nie, memang beri semangat untuk orang yang kurang semangat macam Cik Kosong nie. Boleh tengok dekat link ni:
yang tengah tu kelakar ok. 

setakat ni, 2 anime Jepun ni lah yang buat aku minat. Kemudian 2 drama Korea nie pula. Hikhikhik. Cik Kosong koya layan k-pop. Hahaha. Ada aku kesah!!?


1) TRIANGLE

Kisah ini berkisar tentang 3 adik-beradik lelaki yang terpisah waktu kecil. Sekarang dah episod 12. Sangat menarik sebab menceritakan tentang seorang gambler. Main kad terup tu ha. Suka sebab kurang babak cintan-cintun. Tapi adalah selit juga kan. Lagi satu best sebab ada JaeJoong. . . .  erk. . . Siapa tu? Ala, bekas kumpulan TVXQ tu. Handsome la yang penting. Hehe.

Klik link Good Drama-Triangle nie kalau rasa nak tengok kan? 


2) KING OF HIGH SCHOOL

Taraa! Cerita baru!  Baru episod 2 keluar buat masa sekarang. So, high expectation. Kelakar. Itu yang penting. Cerita nie pasal budak sekolah nie, kena bekerja untuk menyamar menjadi abang dia. Director di sebuah syarikat. Setakat 2 episod baru yang nie lah ditunjukkan. Abang dia tu yang Cik Kosong curious sangat nak tahu. Kenapa? Sama-sama kita nantikan kesudahan cerita nie ye.


pelakon tak lah cantik dan handsome mana tapi plot cerita nie macam menarik. Klik link GoodDrama - KOHS nie untuk tonton.



BAIKLAH, SEKIAN REVIEW 2014 DARI CIK KOSONG. REVIEW SETAKAT BULAN 6. MANA TAHU BULAN DEPAN ADA DRAMA BARU CIK KOSONG LAYAN , 
SEKIAN, WASSALAM.






No comments:

Post a Comment