Pages

Friday, 18 July 2014

Breaking News : MH17


Allahuakbar. Selepas MH370 yang masih lagi senyap tanpa khabar berita, Malaysia sekali lagi menerima tamparan hebat. Ya Allah, jangan uji kami melebihi kemampuan kami.

Dalam dunia sibuk bersorak untuk Piala Dunia, dalam masa yang sama Gaza diserang. Dan saat itu juga, MH17 didakwa ditembak jatuh di ruang udara Ukraine. 

Berbagai spekulasi dan andaian dibuat, tapi moga secepat mungkin semua ini akan berakhir. 


Berikut link-link yang menceritakan mengenai MH17





Ya Allah. Selamatkan kami. InsyaAllah.

p/s : minggu yang sedih. Cik Kosong, sila bertabah.

Sunday, 13 July 2014

KEHILANGAN

Al-fatihah buat Amerullah  dan takziah untuk keluarga beliau. KEHILANGAN. Aku kehilangan seorang sahabat. Sebak. Sedih. Ya Allah. 15 Ramadhan, kau pergi. Allah lebih sayangkan kau. Aku redha. 7 tahun perkenalan dengan aku. Aku syukur diperkenalkan dengan kau. Sahabat selamanya.

Pagi-pagi lepas sahur, aku scroll timeline Facebook. Mula-mula berita kematian oleh Abang Laili, 2 sahabat beliau diserang hendap di Mabul.

Allah, di Sabah. Malaysia dah tak aman


Al-fatihah untuk mereka. Okay, aku terus scroll. Dan! aku terpana sekejap. 

terkejut


Amer? Amerullah? Betol ke? Dan aku terus pergi timeline dia dan memang betul. Allah. Kun Fayakun. Innalillahiwainna lillahirojiun. Semoga tenang di sana Amer.

kenangan

fizi, dulu kau selalu naik motor dengan amer kan? korang ronda-ronda jengka 2

7 tahun kenal kau tak cukup. 2 tahun pertama, kau seorang yang pendiam. Cool je. Tapi masa umur kau 18 tahun, kau kemalangan. Dan aku rasa kau tak tahu, aku orang yang mula-mula yang tahu tentang kemalangan kau. 2010. Aku tak ingat tarikh tapi aku ingat sangat perasaan masa tu. Juga di bulan puasa. Nombor telefon kau naik, aku terkejut. Tak pernah-pernah kau tepon aku kan?

Pemanggil : Alia ye? Kawan awak kemalangan.
Aku : Eh, Amer ye nie? Tipu ar. (aku gelak2)
Pemanggil : Eh, ingat main-main pulak. Betol la ni! (Dia marah.)
Aku : Okay2. 
Pemanggil : Saya telefon sebab nombor awak nama pertama dalam telefon dia nie (yela, Alia kan)
Aku : Baik2. Terima kasih.

Aku masih tak percaya. Biar betul? Aku telefon Pian. Dan Pian marah-marah aku sebab aku tak percaya. Pian, mesti sedih sebab mereka berdua travel sama-sama dari KL- Jengka. Kali nie, aku harap kau lagi tabah dari dulu.

Dan semenjak tu, aku makin rapat dengan kau dan sahabat-sahabat kau. Aku tak tahu kenapa tapi yang pasti aku rasa berkawan dengan korang perkara paling best pernah terjadi. (walaupun korang datang time raya je). Raya 2010 sampai 2012 korang tak pernah miss kan beraya rumah aku. Korang kawan borak ayah aku, kawan main game dengan adik-adik aku.  Malam ke siang ke korang sanggup datang, tapi lately 2013 korang dah tak datang kan. Mungkin sebab aku dah tukar nombor dan aku terlupa langsung nak contact korang. Aku yang bersalah. Tapi korang tak tahu 2013 adalah tahun aku paling sedih dan aku jauhkan diri dari orang. Kalaulah aku tak ikut perasaan aku, mesti aku tak terkilan sangat macam nie.

Aku baru niat nak contact kau balik Amer. Aku mimpi kau 2 hari lepas, dan aku tak sangka tu petanda kau akan pergi. Selamanya. Kali ni aku taknak telefon Pian. Sebab aku tahu kali nie perasaan dia mesti lagi sedih dari dulu. 2 kali kau kemalangan depan mata dia. Dan kali kedua kau pergi betul-betul.

Aku sebak tapi harus redha. Semoga kau tenang di sana. Ramai sahabat kau sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau. Sekali lagi. Al-fatihah. 


kau sekelas dgn aku, kau pendiam sgt waktu nie

amer, pidin, pian, entah

sekali lagi, al-fatihah buat kau. 
yang hidup semoga terus tabah
jadikan pengajaran, 
Allah itu Maha Berkuasa.
aku masih sedih, kadang-kadang terfikir, kalau lah hanya kerana sahabat yang tiada pertalian darah dengan aku, aku dah nangis, macam mana kalau abah, mak, nenek atas, nenek bawah, atok dijemput Allah dulu dari aku? tabahkah aku? Allahuakbar.

p/s : al-fatihah juga untuk Palestine. semoga Allah turunkan kemenangan ke atas mereka dengan segera




Monday, 7 July 2014

AKB48

Baru habis layan anime AKB0048. Best giler! Bagi 10 bintang! Haha. Anime Jepun sentiasa terbaik. Waktu sedih je memang cari kartun Jepun. Sebab apa? Kata-kata semangat. No wonder mereka cepat membangun selepas kena serang dengan Amerika suatu masa dulu.

Sebab kata-kata mereka, sentiasa memberi semangat. 

Masa layan citer nie, aku terfikir, siapalah yang jadi Seiyuu (SUARA-SUARA) kartun nie. Maka, aku google, keluar AKB48 nie. Memang 2 hari nie usyar dorang je. Superb! Muzik Jepun tak pernah menghampakan aku. Mereka penyanyi. Dan mereka kumpulan yang lebih dari 48 orang. AKB48, HKT48, NMB48, SKE48. Semua bawah naungan yang sama. Aku tahu takat nie je. Haha.

Dalam ramai-ramai, memang tertarik dengan seorang gadis nie. Acchan!  :) Kalau tengok anime AKB0048 nie korang akan tahu kenapa dia istimewa. Sebab dalam AKB48, mmg dia gadis yang istimewa. 

Menjadi ketua kepada AKB48 diusia 14 tahun. Tekanan untuk  budak masa umur nie, memang sangat tinggi. Tapi dia memang sangat tabah. Sekarang umur dia dah 23 tahun, lebih kurang umur aku.   sumber google.

Dan lagu-lagu mereka sentiasa memberi semangat.


dan banyak lagi.



KALAU SAYANG IBU, BACA LA, TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE.

Orang kata aku lahir dari perut mak! 
(Bukan Org kata, memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .
Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak
" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada .
" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang mengimamkan solat JENAZAH ibunya !

Sunday, 6 July 2014

Salam Ramadhan 2014

Ramadhan Kareem
Selamat datang Ramadhan
Hari ni dah masuk hari ke 9 Ramadhan

Masih berharap tahun nie lebih baik dari tahun lepas
Amin ya Rabbal Alamin

Rindu family dekat kampung
Cepat Aidilfitri datang
Semoga masih diberi pinjam nafas sehingga saat itu
Amin ya Rabbal Alamin