Pages

Sunday, 13 July 2014

KEHILANGAN

Al-fatihah buat Amerullah  dan takziah untuk keluarga beliau. KEHILANGAN. Aku kehilangan seorang sahabat. Sebak. Sedih. Ya Allah. 15 Ramadhan, kau pergi. Allah lebih sayangkan kau. Aku redha. 7 tahun perkenalan dengan aku. Aku syukur diperkenalkan dengan kau. Sahabat selamanya.

Pagi-pagi lepas sahur, aku scroll timeline Facebook. Mula-mula berita kematian oleh Abang Laili, 2 sahabat beliau diserang hendap di Mabul.

Allah, di Sabah. Malaysia dah tak aman


Al-fatihah untuk mereka. Okay, aku terus scroll. Dan! aku terpana sekejap. 

terkejut


Amer? Amerullah? Betol ke? Dan aku terus pergi timeline dia dan memang betul. Allah. Kun Fayakun. Innalillahiwainna lillahirojiun. Semoga tenang di sana Amer.

kenangan

fizi, dulu kau selalu naik motor dengan amer kan? korang ronda-ronda jengka 2

7 tahun kenal kau tak cukup. 2 tahun pertama, kau seorang yang pendiam. Cool je. Tapi masa umur kau 18 tahun, kau kemalangan. Dan aku rasa kau tak tahu, aku orang yang mula-mula yang tahu tentang kemalangan kau. 2010. Aku tak ingat tarikh tapi aku ingat sangat perasaan masa tu. Juga di bulan puasa. Nombor telefon kau naik, aku terkejut. Tak pernah-pernah kau tepon aku kan?

Pemanggil : Alia ye? Kawan awak kemalangan.
Aku : Eh, Amer ye nie? Tipu ar. (aku gelak2)
Pemanggil : Eh, ingat main-main pulak. Betol la ni! (Dia marah.)
Aku : Okay2. 
Pemanggil : Saya telefon sebab nombor awak nama pertama dalam telefon dia nie (yela, Alia kan)
Aku : Baik2. Terima kasih.

Aku masih tak percaya. Biar betul? Aku telefon Pian. Dan Pian marah-marah aku sebab aku tak percaya. Pian, mesti sedih sebab mereka berdua travel sama-sama dari KL- Jengka. Kali nie, aku harap kau lagi tabah dari dulu.

Dan semenjak tu, aku makin rapat dengan kau dan sahabat-sahabat kau. Aku tak tahu kenapa tapi yang pasti aku rasa berkawan dengan korang perkara paling best pernah terjadi. (walaupun korang datang time raya je). Raya 2010 sampai 2012 korang tak pernah miss kan beraya rumah aku. Korang kawan borak ayah aku, kawan main game dengan adik-adik aku.  Malam ke siang ke korang sanggup datang, tapi lately 2013 korang dah tak datang kan. Mungkin sebab aku dah tukar nombor dan aku terlupa langsung nak contact korang. Aku yang bersalah. Tapi korang tak tahu 2013 adalah tahun aku paling sedih dan aku jauhkan diri dari orang. Kalaulah aku tak ikut perasaan aku, mesti aku tak terkilan sangat macam nie.

Aku baru niat nak contact kau balik Amer. Aku mimpi kau 2 hari lepas, dan aku tak sangka tu petanda kau akan pergi. Selamanya. Kali ni aku taknak telefon Pian. Sebab aku tahu kali nie perasaan dia mesti lagi sedih dari dulu. 2 kali kau kemalangan depan mata dia. Dan kali kedua kau pergi betul-betul.

Aku sebak tapi harus redha. Semoga kau tenang di sana. Ramai sahabat kau sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau. Sekali lagi. Al-fatihah. 


kau sekelas dgn aku, kau pendiam sgt waktu nie

amer, pidin, pian, entah

sekali lagi, al-fatihah buat kau. 
yang hidup semoga terus tabah
jadikan pengajaran, 
Allah itu Maha Berkuasa.
aku masih sedih, kadang-kadang terfikir, kalau lah hanya kerana sahabat yang tiada pertalian darah dengan aku, aku dah nangis, macam mana kalau abah, mak, nenek atas, nenek bawah, atok dijemput Allah dulu dari aku? tabahkah aku? Allahuakbar.

p/s : al-fatihah juga untuk Palestine. semoga Allah turunkan kemenangan ke atas mereka dengan segera




No comments:

Post a Comment