Pages

Thursday, 28 August 2014

WISHLIST VERSION 2 2014

Assalamualaikum... Wahaha.. Macam agak lama aku tak berceloteh dalam nie. Dah tiba masanya. Masih ingat tak cerita wishlist aku tahun lepas punya? Lama punya. 

Wishlist 2013

Alhamdulillah. Semua dah tercapai. Bak kata orang, angan sikit-sikit dulu, dah tercapai baru mula angan baru.

Teva? Sudah semestinya. Dah berjaya memilikinya. Menjadi sandal kesukaan untuk aku berjalan-jalan. Kasut raya juga. Haha. Dah 10 bulan pakai, masih dalam keadaan yang baik. Mungkin lagi 1 tahun 2 bulan, baru aku cari kasut Teva design baru  atau sandal hiker lain pula. Setakat nie belum ada apa-apa dalam minda. Masih  berpuas hati. :)

Ikan.. Hurm. Dah tercapai tapi aku gagal untuk menjaga mereka sebaiknya. Makanya, aku berhenti bermimpi lagi untuk membela ikan. Hanya mampu bertahan 3 bulan. Sob sob sob.

RINJANI!!! Dah ada dalam entri aku masa bulan 4 hari tu. Macam mana mimpi aku nie jadi kenyataan. Klik sini. Nak cerita panjang, aku dah cerita dalam entri tu. Cuba-cubalah baca. :)

KESIMPULANNYA : JANGAN PERNAH BERHENTI BERMIMPI. INSYAALLAH, KITA MERANCANG ALLAH YANG TENTUKAN. PASTIKAN HATI DAN MINAT SENTIASA ADA. AMIN.

Untuk tahun 2014 nie, wishlist aku mungkin untuk masa 2-3 tahun, sebab bulan 12/hujung tahun pun dah nak dekat kan, kalau nak setel dalam tahun nie tak mungkin. Macam wishlist 2013 aku tu pun, 2014 baru setel. Haaaa.. Kan angan-angan. Tak semestinya hari ni kita berangan, hari nie juga kita dapat . Tak gituuuu, nok?

So, my wishlist version 2 adalah.....

1) Jalan-jalan ke tempat menarik Melaka, alone. :) Haaa. Kalau dengan kawan-kawan tu dah banyak juga sebenarnya, tapi nak sorang-sorang pula. 



2) Kemudian, ronda-ronda Cameron Highlands. Aku nak pergi sana semula. Rindu. 

3) Bawa Kasah jalan-jalan KL. Hari tu dia ada cakap nak pergi KL. Mana tahu, aku boleh bawa dia jalan-jalan sana. 

4) Lulus CNS dan EMT. Kalau tak, aku tak boleh grade. Family dekat kampung asyik tanya bila nak habis, bila nak habis? Erm..

5) Bawa mak, abah, nenek bawah, atuk pergi Umrah.



So far, itu sahajalah. Banyak lagi sebenarnya. Hold dulu.

Sunday, 17 August 2014

Sunday Sunset

Yeay! Dapat pergi Bukit Beruang. Haha. Tetiba hari nie rajin pergi naik kan. Aku nak test power lah. Malam tadi area bahu dan dada kiri nie sakit sangat sampai keluar air mata tahan sakit. Doktor bagi ubat tahan sakit. Taknak makan! Takut! Ada mak kawan usus pecah sebab makan ubat tahan sakit. Haaa, saper tak takut???

So, siang tadi macam sihat sikit. Pagi-pagi siap  kemas satu rumah. Petang bosan, so pergilah panjat sini. So far so good. Jangan tengah malam nanti aku menangis lagi. T.T *macam budak kecik kuat menangis. Tapi sakit woiiii. 

Buat 3 pusingan. Tapi time turun lutut kanan macam pedih sikit. Sikit je. Normal la, dah lama aku tak pergi sini. 


Alhamdulillah. Dapat keluarkan peluh walau sedikit. Puas.

chinese ramai beriadah petang-petang. 

bekas terbakar dulu

teruk kan?

aku nampak tupai warna coklat kuning. comey!

subhanallah

tupai tu xnak pandang aku

terbakar


1 monkey cross the road

2 monkey come next

1 monkey is termenung

1 monkey  di atas

uncle nie x pakai sliper. saiko aku. haha. teman berborak.

sunset kota Melaka

aku wonder dulu Bukit Beruang nie ke tempat tengok musuh datang?

Malacca City

burnt

sunset

rumah bertambah

pewaiii

kuasa Allah

bawak motor sambil snap. tak tahan lawa dia




Friday, 15 August 2014

MINGGU KLINIK 1 MALAYSIA

Assalamualaikum. Teruja tak baca headline kat atas? Hehe. Nak dipendekkan cerita, minggu nie saja dah 2 kali pergi medical check up dekat Klinik 1 Malaysia Batu Berendam. Sampai Dr. Zalina dekat situ pun dah kenal aku.

Kejadian pertama : Gigitan semut hitam.


Doktor bagi ubat allergik dan sapu jer. Alhamdulillah, sehingga saat aku menaip ni, gatal-gatal dah hilang. DAH SIHAT. Syukur.
sapu time gatal, memang mujarab

nie ubat selesema/anti alergi. boleh bawak masuk Tahan nanti. Hehe.

Kejadian kedua : Kemalangan kecil.

Baru nak happy lega alergi, dapat lagi penyakit lain. Allah sedang menguji aku. Semoga dosa-dosaku sedikit terhapus dengan kemalangan-kemalangan nie.
Jadi, hari nie pergi Klinik 1 Malaysia. Masuk bilik Doktor Zalina tanya kenapa? Cakaplah eksiden. Dia marah kenapa tak datang semalam? Aku jawab semalam ok lagi. Serius. Semalam sihat je. Malam tadi dah rasa sakit. Mula-mula kepala, lepas tu tengah malam terjaga sebab dada kiri sakit sangat. Doktor terus cek dada aku, dia cakap kena buat ECG dengan X-ray nie. Maka, aku pun buatlah.

ECG? Mula-mula aku dengar macam BCG, misi yang cek aku cakap ECG ni macam cara nak tahu ritma jantung kita berdetak.
dia test macam nie lah.

nanti dekat komputer keluar graf

macam nie graf dia

nak lagi details klik ECG
Keputusan : 
Doktor cakap V1 dan V2 aku okay. Cuma graf tak berapa cantik. ( jantung aku tak sihat kerrr?) Tapi doktor cakap tak perlu bimbang. 

Kemudian buat x-ray dekat Poliklinik Peringgit. Gagah juga aku pergi sorang-sorang sebab nak tahu bahu dan dada aku nie ok tak? Takut patah kang. Sampai-sampai terus buat x-ray. Suka sebab tak payah bayar. Memang poliklinik tak payah bayar kalau ada surat doktor.

x-ray macam nie. ( nie gambar google.) kertas x-ray aku dekat doktor ar.

Keputusan : Bahu dan dada aku OK. Tiada patah apa-apa.

KESIMPULANNYA : Doktor cakap masalah aku adalah sclerosis. Dia cakap memang bila tulang terhentak, saraf kena dulu. Lagi-lagi dekat dada, banyak saraf. Memang sakit. Mungkin 2 minggu baru ok, kalau tak ok lagi, aku kena pergi semula. Dia bagi ubat sapu dan makan.

ubat sapu

ubat tahan sakit

ubat vitamin

banyak ubat nie..

the end citer minggu nie


HATI-HATI SEMUA DI JALAN RAYA DAN JAGALAH KESIHATAN ANDA.






Thursday, 14 August 2014

T A B R A K A N

Khamis 14/8/2014
Aku tabrakan sama van. Hurm. Eksiden di pagi hari.

8.50 a.m : Baru keluar dari rumah. Lambat dah nie. Kena cepat nie. (hujan renyai-renyai)

8.55 a.m : Nampak van nak masuk simpang. Kereta sebelah kiri banyak. Van tu nampak kot  aku. Lagi 10m dengan van tekan brek. Haa sudah! Van nie kenapa nak masuk                simpang jugak.

8.51 a.m : Bang! Arggh! Kepala pergi dulu. Langgar tingkap van. Aku jatuh. Cek badan. Ok,                tak berdarah. Aku dah lambat nie. Nak punchcard nie.
8.52 a.m : Orang dalam van keluar. 'Awak ok x?' 'Saya ok. Saya dah lambat nie' Lalu van tu                 pergi. Aku pun start motor. Nasib baik hidup. Baru 5m, pandang kanan, tengok                   ada uncle eksiden juga. Ya Allah, kesiannya. Berdarah satu badan. Nak berhenti                ke tak. Aku berhenti  sekejap, pandang uncle tu tapi dah lambat sangat nie. Aku                 pun blah. Ramai pandang aku juga. ( Dorang nampak ke aku eksiden tadi).
9.02 a.m : Sampai kilang. Lega. Tapi air mata dah laju mengalir. Takut, sedih, terkejut semua ada. 

Alhamdulillah. Aku tak berdarah langsung. Allah nak tolong. Alhamdulillah. Cuma sayang tercinta aku dah cacat. Nie paling sedih, side mirror tercabut ( tak pecah pun ), brek tangan patah ( brek nie la yang menyelamatkan aku masa jatuh), handle tangan kiri kemek, retak, patah ( dah tak cantik). Muguard (tak pandai eja la woi) senget. TAPI paling ketara, sayang aku dah tak sedap di bawa. Hukhukhukhuk. Sedih. Tapi benda dah jadi.

Sekarang : badan aku sakit-sakit, kepala aku sakit ( bila pegang kepala macam ada benjol.) Memanglah, kepala aku pergi cium tingkap van tu.. Bahu kiri makin sakit ( dia memang dah sakit ), pergelangan kaki kiri tak selesa, kaki lebam. Tiada calar, tiada darah. Cuma esok aku nak pergi cek juga. Untuk sedapkan hati.



p/s/s : TIADA GAMBAR . TAPI INI KISAH BENAR.



Sunday, 10 August 2014

Kena Gigit Versi Kedua

Masih ingat lagi tak kisah Cik Kosong yang ni --> (Kena gigit versi 1 ).
Sekarang versi kedua pula yer. Nak dipendekkan cerita.

Malam tadi, pergi makan-makan dengan si dia. Dan ada binatang yang gigit aku. Semut hitam tu. Yang kepala hitam, yang suka duduk bawah lampu tu. Aku kena gigit dalam toilet. Ok, masa digigit tu rasa 'Ouch' . Sakit! Rasa gigitan kecik semut tu. Aku geram, aku jirus semut tu masuk dalam lubang air. Minta maaf semut. Aku tak tahulah kau hidup lagi atau tak.

Dah keluar toilet, tengok dah bengkak!! Ok, rilek. Lepas tu naik ruam dekat lengan, leher dengan dahi. Haa sudah. Teringat allergik aku tu. Tak boleh buat apa, sapu minyak panas je.

Pagi esoknya, dah sampai rumah. Tengok kaki aku BENTAN. Badan dah panas. So, tidur jelah ubat untuk sementara nie.

Dah bangun tidur, aku tengok bengkak kaki tak surut lagi. Badan aku masih miang-miang. Kepala aku pening sekarang nie. Tadi dah membuang yang besar. Cek kaki macam dah keluar blister. Lagi stress macam nie.

Google lagi. ALAHAN. Aku dah takut. Malam-malam nie klinik mana buka. 

Esoknya aku pergi klinik. Bagi ubat makan dan ubat sapu je. Tapi memang, gatalnya berhari jgk nie.

Saturday, 2 August 2014

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum w.b.t. Lebaran kali ni lain macam sikit. Aku rindu family aku lebih dari lebaran sebelumnya. :) Senyum. Check it out!

berbuka puasa. sempatlah berbuka hari last 

esok raya. yeay! mak dah ready rendang
nangka nangka

nie buah durian belanda. urm,, not my taste

throwback. dlm bas ada doa nie. JengkaLiner.

nie collection adik aku nie

nah mercun gasing jerrr

selamat hari raya zaki. sayang kau.

haruan in tha house. kecik je

nie dinosour. the arowana

raya-raya

tangan si bapa dan anak tunggal perempuannya membanting tulang buat sate.

nah kau, zaki selfie..

sate dah siap!! tq sponsor amir

kashah the kpop man. aku tak tahulah, dah 5 tahun dia layan kpop nie

zaki the youngest

raya zaman dulu-dulu ketupat, rendang. sekarang pizza

tq maksu. delivery pizza ke rumah

zaki mmg suka western food. raya ke 3 dah layan kfc

nah, anak kak dilla.. montel dah kau. 

besar kau dari abang zaki

penat manan nak jaga dia. haha


the end. 
HAPPENING KAN? AKU RINDU MEREKA LAGI.