Pages

Sunday, 10 August 2014

Kena Gigit Versi Kedua

Masih ingat lagi tak kisah Cik Kosong yang ni --> (Kena gigit versi 1 ).
Sekarang versi kedua pula yer. Nak dipendekkan cerita.

Malam tadi, pergi makan-makan dengan si dia. Dan ada binatang yang gigit aku. Semut hitam tu. Yang kepala hitam, yang suka duduk bawah lampu tu. Aku kena gigit dalam toilet. Ok, masa digigit tu rasa 'Ouch' . Sakit! Rasa gigitan kecik semut tu. Aku geram, aku jirus semut tu masuk dalam lubang air. Minta maaf semut. Aku tak tahulah kau hidup lagi atau tak.

Dah keluar toilet, tengok dah bengkak!! Ok, rilek. Lepas tu naik ruam dekat lengan, leher dengan dahi. Haa sudah. Teringat allergik aku tu. Tak boleh buat apa, sapu minyak panas je.

Pagi esoknya, dah sampai rumah. Tengok kaki aku BENTAN. Badan dah panas. So, tidur jelah ubat untuk sementara nie.

Dah bangun tidur, aku tengok bengkak kaki tak surut lagi. Badan aku masih miang-miang. Kepala aku pening sekarang nie. Tadi dah membuang yang besar. Cek kaki macam dah keluar blister. Lagi stress macam nie.

Google lagi. ALAHAN. Aku dah takut. Malam-malam nie klinik mana buka. 

Esoknya aku pergi klinik. Bagi ubat makan dan ubat sapu je. Tapi memang, gatalnya berhari jgk nie.

No comments:

Post a Comment