Pages

Friday, 15 August 2014

MINGGU KLINIK 1 MALAYSIA

Assalamualaikum. Teruja tak baca headline kat atas? Hehe. Nak dipendekkan cerita, minggu nie saja dah 2 kali pergi medical check up dekat Klinik 1 Malaysia Batu Berendam. Sampai Dr. Zalina dekat situ pun dah kenal aku.

Kejadian pertama : Gigitan semut hitam.


Doktor bagi ubat allergik dan sapu jer. Alhamdulillah, sehingga saat aku menaip ni, gatal-gatal dah hilang. DAH SIHAT. Syukur.
sapu time gatal, memang mujarab

nie ubat selesema/anti alergi. boleh bawak masuk Tahan nanti. Hehe.

Kejadian kedua : Kemalangan kecil.

Baru nak happy lega alergi, dapat lagi penyakit lain. Allah sedang menguji aku. Semoga dosa-dosaku sedikit terhapus dengan kemalangan-kemalangan nie.
Jadi, hari nie pergi Klinik 1 Malaysia. Masuk bilik Doktor Zalina tanya kenapa? Cakaplah eksiden. Dia marah kenapa tak datang semalam? Aku jawab semalam ok lagi. Serius. Semalam sihat je. Malam tadi dah rasa sakit. Mula-mula kepala, lepas tu tengah malam terjaga sebab dada kiri sakit sangat. Doktor terus cek dada aku, dia cakap kena buat ECG dengan X-ray nie. Maka, aku pun buatlah.

ECG? Mula-mula aku dengar macam BCG, misi yang cek aku cakap ECG ni macam cara nak tahu ritma jantung kita berdetak.
dia test macam nie lah.

nanti dekat komputer keluar graf

macam nie graf dia

nak lagi details klik ECG
Keputusan : 
Doktor cakap V1 dan V2 aku okay. Cuma graf tak berapa cantik. ( jantung aku tak sihat kerrr?) Tapi doktor cakap tak perlu bimbang. 

Kemudian buat x-ray dekat Poliklinik Peringgit. Gagah juga aku pergi sorang-sorang sebab nak tahu bahu dan dada aku nie ok tak? Takut patah kang. Sampai-sampai terus buat x-ray. Suka sebab tak payah bayar. Memang poliklinik tak payah bayar kalau ada surat doktor.

x-ray macam nie. ( nie gambar google.) kertas x-ray aku dekat doktor ar.

Keputusan : Bahu dan dada aku OK. Tiada patah apa-apa.

KESIMPULANNYA : Doktor cakap masalah aku adalah sclerosis. Dia cakap memang bila tulang terhentak, saraf kena dulu. Lagi-lagi dekat dada, banyak saraf. Memang sakit. Mungkin 2 minggu baru ok, kalau tak ok lagi, aku kena pergi semula. Dia bagi ubat sapu dan makan.

ubat sapu

ubat tahan sakit

ubat vitamin

banyak ubat nie..

the end citer minggu nie


HATI-HATI SEMUA DI JALAN RAYA DAN JAGALAH KESIHATAN ANDA.






No comments:

Post a Comment