Pages

Thursday, 14 August 2014

T A B R A K A N

Khamis 14/8/2014
Aku tabrakan sama van. Hurm. Eksiden di pagi hari.

8.50 a.m : Baru keluar dari rumah. Lambat dah nie. Kena cepat nie. (hujan renyai-renyai)

8.55 a.m : Nampak van nak masuk simpang. Kereta sebelah kiri banyak. Van tu nampak kot  aku. Lagi 10m dengan van tekan brek. Haa sudah! Van nie kenapa nak masuk                simpang jugak.

8.51 a.m : Bang! Arggh! Kepala pergi dulu. Langgar tingkap van. Aku jatuh. Cek badan. Ok,                tak berdarah. Aku dah lambat nie. Nak punchcard nie.
8.52 a.m : Orang dalam van keluar. 'Awak ok x?' 'Saya ok. Saya dah lambat nie' Lalu van tu                 pergi. Aku pun start motor. Nasib baik hidup. Baru 5m, pandang kanan, tengok                   ada uncle eksiden juga. Ya Allah, kesiannya. Berdarah satu badan. Nak berhenti                ke tak. Aku berhenti  sekejap, pandang uncle tu tapi dah lambat sangat nie. Aku                 pun blah. Ramai pandang aku juga. ( Dorang nampak ke aku eksiden tadi).
9.02 a.m : Sampai kilang. Lega. Tapi air mata dah laju mengalir. Takut, sedih, terkejut semua ada. 

Alhamdulillah. Aku tak berdarah langsung. Allah nak tolong. Alhamdulillah. Cuma sayang tercinta aku dah cacat. Nie paling sedih, side mirror tercabut ( tak pecah pun ), brek tangan patah ( brek nie la yang menyelamatkan aku masa jatuh), handle tangan kiri kemek, retak, patah ( dah tak cantik). Muguard (tak pandai eja la woi) senget. TAPI paling ketara, sayang aku dah tak sedap di bawa. Hukhukhukhuk. Sedih. Tapi benda dah jadi.

Sekarang : badan aku sakit-sakit, kepala aku sakit ( bila pegang kepala macam ada benjol.) Memanglah, kepala aku pergi cium tingkap van tu.. Bahu kiri makin sakit ( dia memang dah sakit ), pergelangan kaki kiri tak selesa, kaki lebam. Tiada calar, tiada darah. Cuma esok aku nak pergi cek juga. Untuk sedapkan hati.



p/s/s : TIADA GAMBAR . TAPI INI KISAH BENAR.



No comments:

Post a Comment