Pages

Thursday, 28 August 2014

WISHLIST VERSION 2 2014

Assalamualaikum... Wahaha.. Macam agak lama aku tak berceloteh dalam nie. Dah tiba masanya. Masih ingat tak cerita wishlist aku tahun lepas punya? Lama punya. 

Wishlist 2013

Alhamdulillah. Semua dah tercapai. Bak kata orang, angan sikit-sikit dulu, dah tercapai baru mula angan baru.

Teva? Sudah semestinya. Dah berjaya memilikinya. Menjadi sandal kesukaan untuk aku berjalan-jalan. Kasut raya juga. Haha. Dah 10 bulan pakai, masih dalam keadaan yang baik. Mungkin lagi 1 tahun 2 bulan, baru aku cari kasut Teva design baru  atau sandal hiker lain pula. Setakat nie belum ada apa-apa dalam minda. Masih  berpuas hati. :)

Ikan.. Hurm. Dah tercapai tapi aku gagal untuk menjaga mereka sebaiknya. Makanya, aku berhenti bermimpi lagi untuk membela ikan. Hanya mampu bertahan 3 bulan. Sob sob sob.

RINJANI!!! Dah ada dalam entri aku masa bulan 4 hari tu. Macam mana mimpi aku nie jadi kenyataan. Klik sini. Nak cerita panjang, aku dah cerita dalam entri tu. Cuba-cubalah baca. :)

KESIMPULANNYA : JANGAN PERNAH BERHENTI BERMIMPI. INSYAALLAH, KITA MERANCANG ALLAH YANG TENTUKAN. PASTIKAN HATI DAN MINAT SENTIASA ADA. AMIN.

Untuk tahun 2014 nie, wishlist aku mungkin untuk masa 2-3 tahun, sebab bulan 12/hujung tahun pun dah nak dekat kan, kalau nak setel dalam tahun nie tak mungkin. Macam wishlist 2013 aku tu pun, 2014 baru setel. Haaaa.. Kan angan-angan. Tak semestinya hari ni kita berangan, hari nie juga kita dapat . Tak gituuuu, nok?

So, my wishlist version 2 adalah.....

1) Jalan-jalan ke tempat menarik Melaka, alone. :) Haaa. Kalau dengan kawan-kawan tu dah banyak juga sebenarnya, tapi nak sorang-sorang pula. 



2) Kemudian, ronda-ronda Cameron Highlands. Aku nak pergi sana semula. Rindu. 

3) Bawa Kasah jalan-jalan KL. Hari tu dia ada cakap nak pergi KL. Mana tahu, aku boleh bawa dia jalan-jalan sana. 

4) Lulus CNS dan EMT. Kalau tak, aku tak boleh grade. Family dekat kampung asyik tanya bila nak habis, bila nak habis? Erm..

5) Bawa mak, abah, nenek bawah, atuk pergi Umrah.



So far, itu sahajalah. Banyak lagi sebenarnya. Hold dulu.

No comments:

Post a Comment