Pages

Sunday, 9 November 2014

XPDC Gunung Tahan 2014 with KeReX UTeM

Assalamualaikum w.b.t. Cepat je masa berlalu. Kalau boleh, aku mahu waktu tidak berjalan. Tapi apapun hidup masih perlu diteruskan.  Ni cerita from my point of view. Aku cuba jadi neutral sebaik mungkin aku boleh. Alley!

18 0kt - 24 Okt 2014 (Merapoh - Kuala Tahan). Angan-angan jadi kenyataan.

Kronologi cerita ni macam nie :

1) Ada beberapa orang request trip ni. Then, fikir-fikir, ok ON. 

2) Mana nak cari guider? Mihmihmihmih. Memang kebetulan, si dia tiba-tiba contact aku semula , so kuatkan hati tebalkan muka tanya boleh tak jadi guide? Both of us try to be profesional. And si dia agree. Meeting. Si dia turun Melaka untuk discuss. Setel. 

3) 12 orang dah berjaya dikumpul. Try hantar paperwork. Alhamdulillah! Lancar pula urusan kali ni. Syukur. Misi cari lagi 12 orang.

4) Segala persiapan di setelkan. Thanks to Aireen, Tikah, dan beberapa orang lain yang terlibat. Tanpa korang, memang tak berjalanlah trip ni. Arigato!

Detik-detik semakin hampir. Dan akhirnya kami semua bergerak ke Kg. Merapoh.  So, terus gerak Pejabat Taman Negara Sg. Relau. Datang lagi ke sini. 

Log :

Day 1 - Sg.Relau - Kem Kor (11.30 a.m - 5.00 p.m)

Day 2 - Kem Kor - Kubang (9.00 a.m - 2.00 p.m)
Day 3 - Kubang - Puncak (8.30 a.m - 6.00 p.m)
Day 4 - Puncak - Pangkin Bawah (9.30 a.m - 8.00 p.m)
Day 5 - Pangkin Bawah - Puteh (8.30 a.m - 6.30 p.m)
Day 6 - Puteh - Melantai (8.30 a.m - 5.00 p.m)
Day 7 - Melantai - Kuala (10.00 a.m - 3.00 p.m)


18 OKTOBER 2014 ( SABTU )

Bas berhenti betul-betul depan pejabat. Nasib baik. Kalau tak, tak pasal-pasal cari powil pula. Jumpa Cik Man, incharge makanan breakfast dan lunch. Guider dah setelkan awal-awal. Thanks bro. Lebih kurang jam 9 lebih Abg Zul pula sampai. Hehehe. Hai Abang Zul. Long time no see. \(^.^)/ 

Tak lama lepas tu powil pun sampai. Then, sampai di starting point. Tetiba nebes datang! Haaaa. Tak sangka aku datang balik sini. Aish. 3 tahun berturut-turut dah nie. Jodoh aku dengan G.Tahan tak putus lagi. Mmuah! Love you darling!

Kuala Luis - Lata Luis - Kem Kor

Hari nie log sampai Kem Kor dulu. Start trekking jam 11.30 pagi sampai Kem Kor jam 5.00 petang. Alhamdulillah. Semua dalam kondisi terbaik.  Sampai-sampai pasang fly, bentang ground. Malam hujan renyai-renyai. Lepas makan, sesi ice breaking dan briefing. Ok dah selesai briefing, tidur~  Boleh ke aku hadap lagi 6 hari ni?????? 


19 OKTOBER 2014 ( AHAD )

Kem Kor - Permatang- Kubang

Perjalanan hari kedua diteruskan. Trek ok daripada semalam. Alhamdulillah. Semua masih ceria. Gerak jam lebih kurang 9 pagi. 

Dah sampai Permatang! Berhenti sekejap snap-snap gambar. Nak ke Kubang ni yang aku pewai gilaaaaaaa! Jalan dengan Nawi kalau tak silap. Haha. Gelak tengok orang pewai. Aku pun pewai laaa.. Dah la aku ni pelupa. Memang tak pernah hafal trek. Yang aku ingat tempat-tempat kem site je. Jalan ke kem site? Berapa jauh? Sumpah tak ingat. Yang tanya tu aku jawab tak tahu, mesti lagi pewai dorang. Hahaha. Gomenasaiiiii kawan-kawan.

Sampai Kubang lebih kurang jam 2 petang. Campsite di sini. Personally, nie first time aku tidur di sini. Okla, tempat nie ok. Aku rindu dengan burung warna biru metallic. Burung apa tak tahu. Dulu ada aku nampak dekat sini. Burung murai kot. Malam pula hujan. Kesian Zelmi. Tidur dengan sleeping bag basah. Mattress dia kena rembat. Dah tader tempat tidur. Nasib hati kental. Dan malam berlalu. :) Hari nie lebih baik dari semalam. 

20 OKTOBER 2014 ( ISNIN )

Kubang - Belumut - Puncak View - Bonsai - Botak - Puncak

Hari ketiga. Rasa lambat je masa berlalu. Hari ni, aku jalan dengan siapa ye? Aku pun lupalah. Dengan Azwa kalau tak silap. Dengan Daddy pun ada. Waktu tengah jalan ke Botak. Subhanallah. Dapat lagi view.  Sampai Botak lebih kurang jam 3 petang. Solat Zohor dulu. Lepas tu Azwa jalan dengan Nawi. Aku jalan naik Puncak sorang-sorang. Sebab masih cerah aku berani jalan sorang-sorang, kalau tak memang takmaulah.. 

Layan perasaan sorang-sorang. Layan pewai sorang-sorang. Masa ni la banyak berfikir, macam mana hidup aku lepas ni? Belajar tak habis lagi, G7 tak grad lagi, memasak tak berapa nak lepas lagi. Banyak.Nak bawa mak dengan abah travel dulu. Nak bawa dorang masuk hutan, mungkin abah je yang sanggup. Ajak mak?? Haha. Tergelak dulu. Masa trekking sorang-sorang ni lah rewind balik macam mana aku jadi seorang pendaki. Semuanya bermula dengan KeReX. Lepas tu ada event dekat FB, anjuran Malaysian Backpackers ke Tahan. Beli beg. Beg sampai rumah, baru abah tahu. Tanya berapa harga, aku jawabla RM450. Mahu tak terbeliak mata orang tua tu. Haha. Tapi dah beli, terpaksalah benarkan anak tunggal perempuan dia ni naik. No objection at all. Tapi tahun lepas, abah dah bersuara 'Dah-dahlah naik gunung' .Speechless at that time, tapi hari ni aku naik semula. Ampun abah. Anak abah ni degil sikit.. Sedar tak sedar dah 3 tahun dalam dunia ni. Masih banyak hutan aku belum masuk. Memang tak lari gunung dikejar, cuma masa semakin mencemburui. Semoga aku masih diberikan kesihatan dan umur untuk menikmati keindahanMu.

Dah sampai Puncak cari kem site dulu. Azwa, Tiqah, Tokmal dan Nawi antara orang yang terawal sampai. Petang sikit lepas tukar pakaian tidur, pergi tempat signboard Gunung Tahan. Alhamdulillah. Sampai lagi di sini. Layan view. Ramai dah sampai. Subhanallah. Rasa sebak, air mata nie tertahan-tahan je nak keluar. Nasib ramai orang je waktu tu. Kalau tak, mahu meleleh juga. Kagum. Sedih. Gembira. Semua ada.  Sempatlah minum air LA Cafe Tokmal buat. Terima kasih kawan.

Dah malam, ha ha ha. Tikus datang menyerang. Aireen dah fed up halau binatang tu. Last-last pindah fly. Sempat la semua berkumpul. 24 orang nak kumpul bawah 1 fly payahlah giler. Hahaha. Buka fly baru. Goodnite for hari ketiga.

21 OKTOBER 2014 (SELASA)



      Puncak - Gedung - Reskit-Tangga 15 - Pangkin Bawah

Selamat pagi kawan-kawan. Hari ke-empat dah kiter. Lagi 3 hari je dalam hutan nie. Bersabar ye semua. ... habiskan hari ni dulu ok! 

Siapkan sarapan bersama Tiqah. Yang lain layan sunrise. Dah sarapan semua. Pergi bergambar dekat signboard area tu. Pukul 9 juga baru gerak. Dalam hati aku, confirm malam sampai nie. Confirm! Aku jamin. Tapi takpe, janji sampai Pangkin Bawah. Hari ke 5 nanti ok sikit.

Jalan-jalan. Subhanallah. Jujur aku cakap, aku suka pergi sini sebab view kat sini. :) Syukur. Jalan depan lagi lah hari ni. Cehh.  

Jalan-jalan. Turun naik turun naik. Masuk hutan, keluar hutan. Check Point 1 adalah Gedung sebenarnya. Nak lunch sini tapi dekat puncak lepas Bukit Berapit kami pakat lunch dah. Jam 12 tengahri waktu tu kalau tak silap. Kalau tak, mahu aku kena tumbuk betul-betul dengan Nawi ni ha. Kahkahkahkah. Jeng jeng jeng. Pewai sangat lah tu. Lepas tu, si Tokmal pun ada jatuh muka dulu cium lantai tanah. Tokmal pun pewai. Kahkah. Tanya aku, jauh lagi kah? Aku cakap depan tu je . Hahaha. Lagilah pewai.


Lepas lunch, Azwa jalan dengan partner baru, Zel~~ Zel ok. Haha. Tokmal, Hazim dengan Nawi jadi trio. . Lepas tempat airport tu  aku jalan dengan Abang Zul dah. Dorang kat belakang.Afizul pun ada sekali .Selamat lah. Takut woo kalau aku kena tumbuk betul haa? Jadi kes woo. Hahaha. ( kelakar kelakar.. hahaha)

Lepas tempat kapal terbang tu , tak jauh dah. Lebih kurang 15 minit dah sampai Kem Padang, Gedung. Yang berempat tadi layan bangkai kapal terbang tu lama sikit. Aku nak rehat. Jalan dulu dengan Abang Zul. Dah tu, aku turun sorang je. Abang Zul tunggu orang belakang.

Woi, cuak juga turun sorang-sorang ni walau dekat. Sebab kabus tebal sangat. Tapi insyaAllah tiada apa-apa. 10 langkah pandang belakang, ok nampak abang Zul. 10 langkah lagi pandang belakang, kabus dah tutup. Layan. 

Sampai dah Kem Padang. Boleh rehat. Tidur 5 minit. Tak lama tu Nawi sampai. Lega lah sikit. Dah ramai dah sampai. Geng-geng Barai je tak sampai lagi.

Lebih kurang 30 minit juga orang belakang. Tengok semua basah. Haa. Kena hujan gunung. Untunglah. Hehe. Teringin nak rasa. Lain kali. Rehat 30 minit, lepas ni kena shoot. Check point 2 Gunung Reskit. Chop!!! Sebelum sampai Reskit ada tangga tinggi. Kahkahkah. Lahabau. Gayat aku datang balik. Tulis  ni pun aku dah pening , heart rate naik. Teruk sangat gayat aku ni. Terus pewai. Pewai lah aku sampai kem site. Percayalah.

Nak jalan belakang dengan Team Barai. Tapi duduk belakang lagi gayat. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Untuk hari ni. Hari ni je aku kena kuat lebih sikit. 

Turun dengan selamat. Sampai di Puncak Reskit. Nanti nak ke Tangga 15 pulak. Tangga 15! Stress. Stress sangat hari ni. Dengan mood macam masih tertinggal dekat puncak je. Allahu. 

Nak jalan depan. Duduk belakang gayat teruk. Cuba pula duduk depan. Cucuk rapat Abang Zul. Pergh! Gayat makin teruk.. teruk.. teruk.. teruk........ Hahaha. Menangis dalam hati naik tangga last tu. Muka dah takder senyum. Kahkah. Stres. Stres dengan diri sendiri. Kenapa gayat aku ni taknak habis?

Dah taknak ingat. Lepas Tangga 15 pergi Pangkin. Sampai Pangkin pun pukul 7. Okay. Aku decide nak tunggu yang belakang. Sebab masa tu, aku, abang Zul, Mau, Naim, Tokmal, Fizul je kalau tak silap. 

Pukul 8.00 semua dah sampai Pangkin. Gerak ke Pangkin Bawah. Dah gelap. Tak tahu trek macam mana. Last pergi jalan malam juga nak sampai sini, tak tahu juga trek macam ne. Tapi yang pasti, downhill all the way.

Dah sampai, pasang fly, masak dan tidur.

Sekarang layan gambar-gambar sampai hari ke 4 nie.

training paling kuat pun dekat Datuk




training ramai-ramai



keperluan paling penting KASUT GETAH


haversack










ration-ration

gambar teaser


nie daddy otw ke botak

nie daddy otw ke gedung

ni abg naz otw ke tangga 15 kot


hahaha. 3 staf utem. daebak! best la korang


day 1 : declare









naik powil

pintu masuk day 1

cross sungai. cetek. alhamdulillah. harap cuace ok.

kem kor

Day 2 : masak di kem kubang

day 3 : otw ke puncak

day 3 : botak




day 3 : puncak






kem site puncak



day 4 : otw ke gedung






tanda-tanda pewai dah nampak

abg thaqif ninja kun


depan kamera senyum lah,

pewai teruk



hahaha









22 OKTOBER 2014 (RABU)


Pangkin Bawah - Bukit Sarsi - Teku - Putih

Hari kelima. Hari kelima dah. Dah penghujung dah nie. Yeay! Can't wait tengok kereta, rumah, motor. Haha. Perut pun dah macam-macam mengidam. Munaim sibuk promote cendol Mak Esah dia. Nak kena dapatkan bila keluar ni sebab dalam hutan nie mengidam lain macam.

Gerak. Pukul 8.30 a.m jugak lah lebih kurang. This time aku duduk tengah. Haha. Santai sikit. Aku sibuk nak rasa sarsi balik tapi dah tak jumpa. Sebab sampai Bukit Sarsi tu, aku dah tak jumpa pokok tu. Haha. Aku memang failed nak rewind benda-benda yang dah lepas. See? Haha. Enjoy waktu tu, lepas tu lupa. Bagus.

Dengar cerita, Tokmal ada ambil sebab dia jalan dengan Abang Zul. Tapi sampai je Teku dah dia rendam masuk air. Musnah harapan aku nak bagi budak-budak nie rasa. Next trip ok tak kawan-kawan? Haha.

Sampai Teku lebih kurang 1.00 petang jugaklah. Rehat 1 jam juga. Lebih kurang 2.30 guider dah suruh bersiap. Hari nak hujan. Baru je kaki melangkah 2 3 tapak, hujan turun. Haa sudah. Awal hujan. Nak kena gerak cepat ni. Nanti tak lepas nak seberang sungai 6 tu kena extend 1 hari. Abang Zul laju tak ingat lah. 


Yang paling best aku dah tak takut air. Yeay! Dulu first time, aku pening-pening. Mungkin waktu tu aku tak tahu tips paling berkesan. Waktu jalan dalam air tu, jangan tengok arus, tengok tebing. Haa, insyaalaah. Mungkin sebab latihan rowing juga, haha. 

Tapi yang paling aku perasan, ramai takut-takut je bila masuk air. Ada yang terjatuh la. Hahahaha. Minta maaf kerana aku gelakkan korang. Aku dulu pun macam korang. Yang paling ingat, Azwa nak jatuh, tolak beg Nawi, Nawi pun nak jatuh. 2 2 dah cuak. Abang Zul sengih-sengih tolong Azwa, aku tolong pegang Nawi. Kahkahkah. Tak boleh lupa muka cuak Nawi. Pening ye bang? 

Lepas sungai ke 7, Abang Zul kata jalan dulu, tak payah tunggu belakang. Takpelah kan. Abang Zul, Tokmal and the geng jalan dulu. Aku, Tikah, Aireen, Abu jalan lambat sikit.

'Owww,owww,owwww' dengar macam minta tolong. Haa sudah. Aireen pun dengar. Aku cuak. Hahaha. Buka beg, berlari patah balik. Tengok ada geng-geng belakang. Hurm! Ingat orang jatuh sungai ke apa. Cuaknya Allah je yang tahu.

Sampai Putih lebih kurang jam 6.30 petang. Dah gelap. Pacat merata-rata. Tapi trip ni kena gigit pacat, tarik dan buang. Maknanya tak sempat mereka-mereka meratah darahku. Ada 3 tempat kena. Belakang tumit, belakang pinggang dan tepi pusat. Haha. Gatalnya masih rasa sampai hari ni woi.


Tidur di Putih malam nie. Tapi air naik cepat gila. Tak boleh lama-lama dekat sungai.Makan. Borak-borak. Malam jam 11 malam dah tidur.

23 OKTOBER 2014 (KHAMIS)


Putih - Rajah - Tengah - Melantai
Yeay! Hari nie lalu 27 bukit. Bukit-bukit yang aku tak tahu nama. Haha. Bukit Malang, Bukit Buluh, Bukit Mengah, Bukit Jerman dan lain-lain

Lepas Putih, jalan sampai Bukit Terbakar ( aku tak tahu betul atau tak nama tempat tu ). Sampai Rajah. Rajah rehat makan kurma.

Lepas tu terus ke Kem Tengah. Makan tengahari dekat sini. Jalan depan semula dengan Abang Zul, Nawi, Tokmal , Hazim, Afizul, dan Muqrie. On the way ke Tengah, kutip buah keranji hutan! Yummy! 2 kali saiz keranji kat luar nie. Warna dekat dalam cerah 2 kali dari warna keranji biasa dan biji warna kelabu. Syok ar.

Sampai Tengah, tengok laluan nak ambil air. Tetiba terpandang buruk biru metallic tu. Seekor je. Cantik. Sama dengan burung yang nampak dekat Kubang tahun lepas. 

Turun pergi ambil air. Masih segar dan sedap macam dulu. Dah makan, terus ke Melantai. 

Time ni Nawi cakap dia dah tak tahan nak terberak. Aku cakap okay. Jom. Kami kat tengah masa tu. Orang depan jauh gila. Nak taknak kena rush jugak. Haha. Sian member sorang nie. Aku, Azwa dan Nawi berlari-lari anak turun. 

Sampai Melantai lebih kurang 5.00 p.m. Hari nie ramai-ramai nak masak jadi leisure sikit malam nie. Nawi nak jadi chef. Dipersilakan. Habiskan semua ration. 

Lepas makan, sesi post-mortem beramai-ramai. Terima kasih kawan-kawan. Hajat nak kongsi pengalaman bersama korang tercapai. Boleh padam dah wishlist ni. Alhamdulillah.

12 malam juga tidur. Esok keluar. Yeay!

24 OKTOBER 2014 (JUMAAT)

Melantai - Simpang Kuala Tahan - Kuala Tahan

Yeay! Hari terakhir. Yeay! Gadis-gadis dapat berehat. Lepas Subuh sambung tidur. Bagi lelaki memasak. Haha. So happy. Bangun makan je.

Tapi tak best, kaki kiri aku sakit. Bangun tidur nak solat Subuh, pijak kaki kiri sakit dekat tulang pinggang kiri (pelvis kot). Jangan time aku dah angkat beg sakit lagi. Sudahnya, terhincut-hincut pagi tu. Nasib baik lepas pikul beg tak rasa dah. Tetiba je. Tapi alhamdulillah sekarang, bila dah sampai Melaka terus hilang sakit tu.

Gerak! Jam 10 pagi gerak keluar. Jam 1 petang sampai simpang. Makan maggi kering. Haha. Padan muka semua kelaparan. Tak buat lunch pack dah pasal semua tak sabar nak keluar.

Nawi, Tokmal dengan Abang Zul jalan depan macam biasa. Aku jalan dengan Azwa, Fahminaim dan Zelmi. Tengah. Perut aku dah meragam. Macam nak tercirit pun ada. Sabar-sabar. Dah tak tahan, aku cakap dekat dorang, aku kena lari nie. 7 hari menahan. Bukan menahan, memang perut tak meragam 7 hari ni. Sayang lebih perut ni. 

Sampai red tagging 2000m. Ok, sikit je ni. Setengah jam sampai lah ni. Lari-lari anak. Sorang-sorang lagi masa ni. Haish. Dah keluar fikir-fikir semula, beraninya aku buat kepala kali ni. Jangan buat lain kali! Melanggar undang-undang.

Depan sikit jumpa Abang Zul sorang-sorang. 'Abang Zul, saya sakit perut nie' Gelak lah orang tua tu. Ok, aku lari lagilah. Sampai tangga. Tangga lagi. Haih. Penat lebih dari sakit perut ni. Abang Zul dah potong. 'Kenapa? Kata sakit perut' aku balas. 'Takpelah, penat.'

Last-last Abang Zul jauh kedepan dari aku.
Lebih kurang jam 3 petang sampai pejabat Kuala Tahan. Alhamdulillah. Cari tandas dulu!!


Dah setel bayaran semua. Semua dah sampai. 6 petang ke seberang. Naik bot lagi. Bas dah ada. 

Pukul 7.30 singgah masjid. Lepas tu baru makan.  9 malam bergerak balik semula ke Melaka. 3 pagi sampai.

TAMAT

p/s :
Alhamdulillah trip nie berjaya dengan jayanya. 
Terima kasih semua. Semua sihat je keluar. Takde major injury. Melecet, pacat tu perkara biasa. Terima kasih kepada 2 orang guider. Minta maaf jujur dari kami atas apa yang berlaku di Jerantut tu. (cukuplah kita sahaja yang tahu). 

Jom layan gambar-gambar random hari-hari terakhir.

nak keluar dah nie

simpang dengan Tokmal.











bye-bye. Jumpa lagi.

sebelum terlupa, Team Barai buat song cover rupanya dekat belakang. Layan.
Haha. Sempoi!