Pages

Tuesday, 13 January 2015

Happy holiday everyone!

Cuti semester 2015. 4 kali dah rasa cuti semester, cuma semester ni baru aku betul-betul nak cuti. Cuti bersama keluarga di kampung. Mana taknya :

Tahun 1 : 1 minggu dalam hutan ( Gunung Tahan dgn MBP)
Tahun 2 : 1 minggu dalam hutan ( V2 dgn KeReX)
Tahun 3 : Sebulan dekat Melaka ( GLAD UTeM)
Tahun 4 : Duduk dekat kampung fikir PSM

Kawan - kawan tak ajak naik gunung ke? Tipu kalau tak ajak kan...
KeReX ada nak buat Rentis 16.2.2015 ni.
Aku tak join?
Wallahualam. Tak berjanji pun dengan dorang.
Sebab?
Duit. PTPTN masuk lambat.
Kerja la part time. Duduk dekat kampung, malas lah.
Minta la dekat abah. Hurm. Baru banjir ni. Ladang kena banjir hari tu, harga buah sawit pun murah sekarang. Taknak susahkan abah dah.

Lagi satu, perasaan tu tak sama macam Tahun 1 dan Tahun 2, excited dah hilang.

Tapi sekarang ni dalam otak aku tengah berkira-kira nak travel solo. Target? Mestilah dalam Malaysia. Buat masa sekarang. Taknak risaukan mak abah dulu. Banyak kes kapal terbang sekarang, biar reda dulu.
Nak ke mana? Wallahualam. Minat baru datang, tak berapa eksited lagi.



Okaylah, jom cuba tidur!
Sebelum tu ada jumpa satu blog solo traveller. Perempuan. Macam best. 
Jemput baca semua.

Klik LINK ni.


Assalamualaikum semua.

No comments:

Post a Comment