Pages

Monday, 5 January 2015

Semoga semua berbahagia.

Semua nak kahwin. Baguslah. Perkara macam tu memang patut diawalkan. Jeles? Haha. TAK! Tapi tumpang gembira dan seronok. Tapi sedih jugak, semua dah kahwin nanti, aku jugak yang sorang2 nanti. Ni kalau aku fikir negative side lah. Tapi positif side pulak, jujur aku tak puas BUJANG. Aku pernah lalui fasa hampir jadi isteri orang. Hampir. Tapi takde jodoh kan. Jadi, mungkin pengalaman tu buat aku grown up.

Sebelum bertunang tu memang fikir, bestnya kahwin, bestnya halal cepat. Bestnya. Tapi bila dah terikat tu, memang terikat la. Lelaki time bercinta mungkin dia bagi lagi kita buat itu ini. Tapi bila dia rasa dia ada kuasa atas diri kau dan dia menggunakan dengan jayanya, masa tu lah kau termenung sendiri. Tapi MUNGKIN tak semua lelaki macam tu. Lagi satu, pengalaman tu mengajar aku, aku belum puas hidup sendiri.
Ceh, ayat tinggi. Aku belum puas nak gila-gila, walaupun aku dah 23 tahun. Aku belum rasa pegang duit sendiri dan duit tu untuk kau dan keluarga kau je. Faham kan?
Tapi jodoh tak boleh tolak. Sesiapa yang rasa dah sampai seru tu, aku doakan semoga semua dipermudahkan. Sesiapa yamg rasa 50 50 tu, buat istikharah. Dan bertunanglah. Waktu tu la kau boleh buat keputusan betol2. Pertunangan kan perkenalan. Jadi, apa hala tuju aku sekarang, 2015 pun takde azam lagi ni. Gembira selalu, mungkin ni lah azam aku sekarang.
Aku cuba. Aku cuba. Lagi 1, lately ni aku asyik bukak u tube pasal skincare routine, collagen, diet. So, mungkin 2015 misi jaga diri. Bukan untuk org lain, tp kepuasan diri sendiri. Haha. I even cant believe myself. Aigoo... Gunung? Travel? Benda paling aku takut dah nak jadi. Kalau aku dah bosan dengan semua tu? Baru 4 tahun, dah bosan? Aku memang cepat bosan. Bukan pendaki gunung sejati aku ni. Kenapa dah bosan? Kepuasan tu dah hilang. Benda aku paling takut akan  hilang dari aku. Dan sekarang , perlahan2 hilang minat. Atau mungkin waktu untuk aku berehat? 4 tahun, rehat 2 tahun lepas tu kembali? Wallahualam. Tunggu dan lihat ajelah. Dan 2015 tahun aku akan grad. Amin. Bulan 6 akan tamat. Lagi 5 bulan dari sekarang, dah habis exam ni, pikir psm pulak. Oh my psm. Wish me luck. Dah, nak habiskan entri ni. Kesimpulannya, buat apa yang buat kita bahagia. 

Okay,okay, assalamualaikum.

favourite band

No comments:

Post a Comment