Pages

Friday, 27 February 2015

Hangout with new friends

Kawan baru datang . Dari Korea Selatan. 2 sem lepas pun ada 3 orang budak Korea datang masuk belajar dalam kelas kami. Tapi kali ni yang baru ni lebih friendly mungkin. Yang dulu pun friendly, mungkin dulu tak cukup masa untuk berkenalan. Hahaha.

Oh Korea Selatan. My wishlist place to visit. Harap suatu hari nanti akan sampai juga ke sana. Amin. *how i adore FT Island so much. Haha. (tak faham sudah)

Maka, hang out la di Gelas Besar D'Putih. Mereka yang ajak dulu, so pergi jela sebab orang dah ajak. Jom perkenalkan mereka dulu.

Dari kiri : Lee Sang Woo (24 yo), tengah Kim Myeong Sop (24 yo) and the only little girl, Bak Sun Yeon (21 yo).

Semua dari Kumoh University. Macam-macam cerita dah bertukar dengan dorang ni walaupun baru 5 hari kenal. Tengok haa aktif atau tak mereka ni. Haha.

Nak diringkaskan cerita malam tadi ( sebab akan banyak lagi entri pasal mereka ni akan keluar) :

1. RM1 bersamaaan 305 Korea Won untuk masa sekarang.

2. Mereka suka D'Putih ni sebab air jus mereka sedap. Jus buah di sana RM20 tau. Terkejut tak?

3. Mereka suka Malaysia sebab  murah. Ini pertama kali mereka datang Malaysia.

4. Ban Sun Yeon berhajat untuk buat pembedahan pada mukanya. Jangan Sun Yeon. You are already beauty as you are. Nampak tak, bagi mereka pembedahan muka tu adalah budaya mereka.

5. Ayam di Korea lagi kecik dari ayam Malaysia. 

6. Orang Korea mula belajar dari 6 tahun sampai 19 tahun. Lepas tu sambung ijazah terus. Mereka tiada diploma. High school mereka itulah diploma. Macam sistem Tingkatan 6 kita.

7. Setiap lelaki Korea wajib menjalani latihan tentera selama 2 tahun. Korea Utara 5 tahun. *huuu, lamanya.

8. Mereka pun beri pendapat sepatutnya Malaysia tak buat GST. Negara mereka dah lama laksanakan GST dan tengoklah. Semua mahal di sana, kata mereka.

9. Pulau Jeju semakin dilimpahi orang China. Ramai Chinese beli tanah di sana. Tengok, orang China pun dah meluaskan kawasan mereka di sana. Dan Pulau Jeju paling mahal.

10. Mereka semua berasal dari Daegu.

Sekian untuk perkenalan kali ni. Nantikan entri lain. :)


minta tolong geng orang belakang. haha.

baru perasan ada orang menyibuk. kahkahkah.

again.

Siti and Naz pun ada.

see you...


No comments:

Post a Comment