Pages

Friday, 27 March 2015

ANGAN-ANGAN

Berangan-angan.
Tak salah berangan kalau ada usaha sekali.
InsyaAllah akan jadi kenyataan.
Mood berangan dah datang ni.
Ceh...
Dulu berangan nak pakai Teva...
Haha. fikir-fikir balik kan... alah.... benda tu orang lain senang-senang je dapat. Tapi since aku bukan dari family yang banyak duit, kena berangan dulu. Sanggup part time, dapatlah sepasang. Dah 1 tahun lebih dah sandal tu. Alhamdulillah.

Lepas tu berangan nak pergi naik kapal terbang, pergi naik Rinjani. Hohoho. Ni paling kelakar, sampai puncak je blurr kejap, eh. kami dkt Rinjani dah ke? Yang ni pun kena lagi banyak berusaha, kerja part time pah ceroh, lepas tiket pergi balik. Kumpul lagi. Kumpul sikit-sikit. Dan berjaya.... . Cerita ni pun dah basi. 1 tahun dah berlalu dah pun. Alhamdulillah
Memang banyak la kalau diingatkan balik, banyak perkara yang aku berangan jadi kenyataan. Berangan nak ambik engineering, dan insyaAllah 1 langkah je lagi nak dapat segulung ijazah tu. Alhamdulillah.
Haa.. so, lepas ni nak berangan ke mana dan buat apa pulak?
Angan-angan aku makin bertambah sebenarnya. Takut pulak, banyak sangat angan-angan terlepas semua pulak. Sebab tu, kena pandai pilih angan-angan yang jadi prioriti. Cenggituuu..
Angan-angan terbaru ni nak pergi Penang, pergi main dekat Escape tu, lepas tu pekena pasembuq. Tudiaa... Bila tu tak tau. Lepas tu Korea la, Jepun la, Triton la, Kahwin tema warna hijau turqoise la...bawah pedang la.. opss... Angan-angan!!!
p/s : Moral of the story : PUSH YOURSELF TO THE LIMIT. ANGAN-ANGAN BIAR BETOL CARA. JANGAN JADI MAT JENIN BERANGAN TINGGI TAPI LEPAS TU TIDOR ATAS DAHAN POKOK. APECER?....

Friday, 13 March 2015

Akhirnya begini?


klik link di atas untuk membaca cerita tentang kelab tercinta ni

tapi malangnya cerita terakhir adalah pada tahun 2014
*terlupa nak masukkan entri pasal Gunung Tahan. Nanti akan diupdate.


Haa, gunung Tahan tu pun pada 2014
Sedih. Akhirnya kelab akan berakhir ni pada zaman aku?

Ya Allah, sedihnya tuhan saja yang tahu.

Aku sekali lagi GAGAL dalam menjalankan amanah aku.
Risau. Risau sangat.

Dekat padang mahsyar nanti lepaskah aku? Dahla dengan dosa-dosa lain, dengan amanah ni lagi?

Kenapa mesti macam ni?

Jujur dari hati aku, aku macam perasan sendiri. Shiok sendiri la.
Ingatkan kelab ni akan maju dengan kami tapi?
Hampeh.

Kenapa sebabnya?
Kalau seorang je yang syiok sendiri, memang tak jalan kan?
Kan?
Mungkin semua dah berusaha, mungkin aku je yang tak perasan?
MUngkin 
tapi
No progress at all!

Kata nak beli equipment?
Sampai laa ni aku tak dapat tengok pon?

Kata nak buat aktiviti?
Sampai laa, haram jadah takda apa-apa.
( maaf bahasa utaqa terkeluaq)

Aku sedih.
Orang asyik push aku tapi
tapi kenapa macam push aku sorang je?

Aku tak pernah minta nak ambik amanah ni

Teringat lagi, masa announcement nama aku,
Terkejut tu Allah je la yang tahu.
Sampai aku terniat nak cakap aku tolak masa tu jugak.

Tapi tengok muka kawan-kawan, mungkin aku patut terima kepercayaan mereka ni.
and again, I failed!!

Aku tak patut salahkan orang lain, memang banyak salah dari diri aku jugak.
Aku percaya perempuan memang tak pernah akan berjaya menjadi pemimpin, Allah dah tetapkan takdir tu
TAPI


boleh tolong lelaki ringankan beban sikit.
boleh jadi penasihat.

TAPI
aku gagal!!!!!!


Aku taknak salahkan pengurusan kami sendiri.
Tempat belajar sendiri memainkan peranan penting.

Kenapa tak nak sokong?
Kami bayar la yuran akitiviti.

Bila pikir-pikir balik, kenapa mereka yang bersungguh nak buat aktiviti?
Mana datang duit tu?

Kenapa tak bagi pelajar sendiri uruskan?
Kata nak jadikan pelajar itu perintis????
*printis in academic terms. bukan rintis masuk hutan tu okay.

Alasan kertas direject
TAK PERNAH SOKONG AKTIVITI

mana hebahan?
mana?


Aku penat tapi aku tak sanggup tengok macam ni.
Dan tapinya , aku tak boleh buat apa-apa,

5 kali aku menangis sebab benda ni.
5 je la sebab kenapa pasal benda ni pun nak menangis?

Hahahaha.

Senget kan?

Tapi
sakit putus cinta tak sesakit tengok kelab nie jatuh perlahan
sedih pututs tunang tak sesedih tengok kelab ni makin menghilang

Macam manalah nak buat?
Semua cakap reformasilah, bangkitlah. 
Cuba bagi idea sikit.
Cakap memang senang.


p/s : masih berharap.

Sunday, 8 March 2015

Kuala Lumpur 2015

Sunday 11.30 a.m 8.3.2015

On the way balik dari Jengka - Melaka, tempat persinggahan adalah Kuala Lumpur.
Bandar yang banyak kenangan dekat aku. Haha. Bandar yang mengajar aku berdikari.

Okay, Sun Yeon ajak aku singgah Bukit Bintang jalan-jalan dengan dorang dulu.
Aku NO HAL.

8.00 a.m - 11.30 a.m : Jengka - Titiwangsa
12.00 p.m : Jumpa dorang dekat Titiwangsa
2.00 p.m : Jalan-jalan dekat Dataran Merdeka. Panas woi.

5.00 p.m : TBS
6.45 p.m : TBS - Melaka

p/s : Thanks kawan baru. Haha. Kpop la sangat kan. Dorang bukan layan kpop pun, kita je yang layan lebih-lebih. 

aku benci KL. haha. aku tak layak duduk tempat terlalu sibuk ni,

aik, takde orang? kata bandar paling sibuk? haha. atas jalan raya sibukla.

gadis perantau..

Bukit bintang

mana Sun ni? kata depan H&M? aihh...

haha. sorry, suka selfie pulak

dah jumpa dah dorang ni haaa

lepak McD. Opss, boikot, tapi dorang ni tak tahu makan mana dah.

tunggu tren ke masjid jamek.

sang woo

lupa nak perkenalkan, Ron tahun 3 FKE, tourist guide dorang ni. baiknyaaa

typical human nowadays. haha. gadget!

dah sampai Dataran Merdeka

Menara apa ni nama? lupa..

Galeri Kuala Lumpur. aku pernah la pergi sini, masuk KL Heritage Explorace. Short term memory loss. kihkihkih.

i love malaysia

kim myeong sop 

lee sang woo

suka dorang bergambar dekat sini

bak sunyeon


miniature kuala lumpur



lepak dekat tbs tunggu bas. dua orang ni macam-macam idea. haha.

dah sampai melaka. bandar hijau negeriku sayang

bye-bye KL, see you again.

p/s : mana gambar gunung? bukit beruang pun jadilah. mana? haha.. entah...


Tuesday, 3 March 2015

Bowling bersama gadis-gadis BENE

Selasa 3.00 p.m 3.3.2015

Maka berkumpullah gadis-gadis BENE 2015 di Pusat Bowling MITC, Melaka.

Saja sama-sama mengisi masa petang yang senggang kan, lagi-lagi baru dapat PTPTN.

Haha. 

Untuk pengetahuan semua, harga bermain dari 3-5 petang weekdays sini murah. 30 kali balingan pin, RM12.50 je kalau tak silap hari tu.

30 kali tu penat sangat.. main lah 2 jam kau non-stop kat situ.

Bonding time. Mentang-mentang dah nak habis kan.

semoga aku berjaya grad tahun ni, amin...

check it out~

tempat berbowling

team sebelah lawan sebelah. nampak tak nama aku? ALIA

ini AS, orang jawa...



Mas dengan As borak pasal apa entah



caption ' Visit melaka means visit Malaysia' ok, dah visit semua tempat. >.<

first round. aku bukan pandai main bowling ok!

second round, ada peningkatan. i am a slow learner

depa kalau selpie nombor satu

haaaa..


haha.. asal boleh la..

last round, boleh la.. boleh la.. alia ada peningkatan.


p/s ; sem ni sem dekat kawan-kawan coursemate je nampaknya. mana gambar geng-geng gunung? hurm, jarang jumpa dorang. jumpa makan pun tak selfie. *Rindu gunung? Entah. Mungkin TAK.