Pages

Friday, 13 March 2015

Akhirnya begini?


klik link di atas untuk membaca cerita tentang kelab tercinta ni

tapi malangnya cerita terakhir adalah pada tahun 2014
*terlupa nak masukkan entri pasal Gunung Tahan. Nanti akan diupdate.


Haa, gunung Tahan tu pun pada 2014
Sedih. Akhirnya kelab akan berakhir ni pada zaman aku?

Ya Allah, sedihnya tuhan saja yang tahu.

Aku sekali lagi GAGAL dalam menjalankan amanah aku.
Risau. Risau sangat.

Dekat padang mahsyar nanti lepaskah aku? Dahla dengan dosa-dosa lain, dengan amanah ni lagi?

Kenapa mesti macam ni?

Jujur dari hati aku, aku macam perasan sendiri. Shiok sendiri la.
Ingatkan kelab ni akan maju dengan kami tapi?
Hampeh.

Kenapa sebabnya?
Kalau seorang je yang syiok sendiri, memang tak jalan kan?
Kan?
Mungkin semua dah berusaha, mungkin aku je yang tak perasan?
MUngkin 
tapi
No progress at all!

Kata nak beli equipment?
Sampai laa ni aku tak dapat tengok pon?

Kata nak buat aktiviti?
Sampai laa, haram jadah takda apa-apa.
( maaf bahasa utaqa terkeluaq)

Aku sedih.
Orang asyik push aku tapi
tapi kenapa macam push aku sorang je?

Aku tak pernah minta nak ambik amanah ni

Teringat lagi, masa announcement nama aku,
Terkejut tu Allah je la yang tahu.
Sampai aku terniat nak cakap aku tolak masa tu jugak.

Tapi tengok muka kawan-kawan, mungkin aku patut terima kepercayaan mereka ni.
and again, I failed!!

Aku tak patut salahkan orang lain, memang banyak salah dari diri aku jugak.
Aku percaya perempuan memang tak pernah akan berjaya menjadi pemimpin, Allah dah tetapkan takdir tu
TAPI


boleh tolong lelaki ringankan beban sikit.
boleh jadi penasihat.

TAPI
aku gagal!!!!!!


Aku taknak salahkan pengurusan kami sendiri.
Tempat belajar sendiri memainkan peranan penting.

Kenapa tak nak sokong?
Kami bayar la yuran akitiviti.

Bila pikir-pikir balik, kenapa mereka yang bersungguh nak buat aktiviti?
Mana datang duit tu?

Kenapa tak bagi pelajar sendiri uruskan?
Kata nak jadikan pelajar itu perintis????
*printis in academic terms. bukan rintis masuk hutan tu okay.

Alasan kertas direject
TAK PERNAH SOKONG AKTIVITI

mana hebahan?
mana?


Aku penat tapi aku tak sanggup tengok macam ni.
Dan tapinya , aku tak boleh buat apa-apa,

5 kali aku menangis sebab benda ni.
5 je la sebab kenapa pasal benda ni pun nak menangis?

Hahahaha.

Senget kan?

Tapi
sakit putus cinta tak sesakit tengok kelab nie jatuh perlahan
sedih pututs tunang tak sesedih tengok kelab ni makin menghilang

Macam manalah nak buat?
Semua cakap reformasilah, bangkitlah. 
Cuba bagi idea sikit.
Cakap memang senang.


p/s : masih berharap.

No comments:

Post a Comment