Pages

Friday, 27 March 2015

ANGAN-ANGAN

Berangan-angan.
Tak salah berangan kalau ada usaha sekali.
InsyaAllah akan jadi kenyataan.
Mood berangan dah datang ni.
Ceh...
Dulu berangan nak pakai Teva...
Haha. fikir-fikir balik kan... alah.... benda tu orang lain senang-senang je dapat. Tapi since aku bukan dari family yang banyak duit, kena berangan dulu. Sanggup part time, dapatlah sepasang. Dah 1 tahun lebih dah sandal tu. Alhamdulillah.

Lepas tu berangan nak pergi naik kapal terbang, pergi naik Rinjani. Hohoho. Ni paling kelakar, sampai puncak je blurr kejap, eh. kami dkt Rinjani dah ke? Yang ni pun kena lagi banyak berusaha, kerja part time pah ceroh, lepas tiket pergi balik. Kumpul lagi. Kumpul sikit-sikit. Dan berjaya.... . Cerita ni pun dah basi. 1 tahun dah berlalu dah pun. Alhamdulillah
Memang banyak la kalau diingatkan balik, banyak perkara yang aku berangan jadi kenyataan. Berangan nak ambik engineering, dan insyaAllah 1 langkah je lagi nak dapat segulung ijazah tu. Alhamdulillah.
Haa.. so, lepas ni nak berangan ke mana dan buat apa pulak?
Angan-angan aku makin bertambah sebenarnya. Takut pulak, banyak sangat angan-angan terlepas semua pulak. Sebab tu, kena pandai pilih angan-angan yang jadi prioriti. Cenggituuu..
Angan-angan terbaru ni nak pergi Penang, pergi main dekat Escape tu, lepas tu pekena pasembuq. Tudiaa... Bila tu tak tau. Lepas tu Korea la, Jepun la, Triton la, Kahwin tema warna hijau turqoise la...bawah pedang la.. opss... Angan-angan!!!
p/s : Moral of the story : PUSH YOURSELF TO THE LIMIT. ANGAN-ANGAN BIAR BETOL CARA. JANGAN JADI MAT JENIN BERANGAN TINGGI TAPI LEPAS TU TIDOR ATAS DAHAN POKOK. APECER?....

No comments:

Post a Comment