Pages

Saturday, 25 April 2015

Ini benda serius...

Assalamualaikum. 

Ok. Dah dapat apa benda serius yang aku nak cakap dekat sini?
Sebelum apa-apa, aku nak tekankan dekat sini, perkara ini subjektif. Maknanya, setiap orang ada pendapat masing-masing dan pengalaman sendiri. Okay?
Jadi, bacalah dengan lapang hati dan kalau ada tak puas hati / bersetuju dengan pendapat aku, boleh komen. 

(maaf, follower tak ramai, jangan perasan sangat. Haha!)

Ni petikan aku dari facebook aku :


Tarikh : 24/4/2015

Realiti. Ramai kawan-kawan jadi surirumah sepenuh masa.
Tabik spring pada korang. Mulut orang tak boleh tutup kan .
Semua ni sebenarnya subjektif, kalau keluarga perempuan tu ok je, suami pula rela boleh tanggung, atau isteri tu pandai buat duit dari rumah, Ok la tu.
Tapi kalau keluarga korang pun bising , 'kenapa tak kerja?' 'Rugila belajar tinggi2,'
Seorang ayah atau mak pasti nak melihat anak mereka berjaya dulu sebelum ada lelaki lain ambil alih tugas dia.
Semua terpulang pada anda.
Panjang pulak kan. Tunggu la entri dalam blog.
Salam Jumaat semua.


Pengalaman dari keluarga aku. Sebab aku tak berkahwin lagi dan tak bekerja lagi 
(pelajar sepenuh masa),
 jadi ini apa yang aku tengok dan belajar dari pengalaman orang lain.

Belah mak aku :
Maklong : Bekerja (anak 3)
Mak aku : Bekerja (anak 5)
Makcik : Surirumah (anak 8)
Maklang : 
Surirumah (anak 8)
Maktam : Surirumah (anak 4)
Maksu : Bekerja (anak 2)

Belah abah :
Maklong : Bekerja (anak 3)
Makngah Zan : aku tak pasti. Mungkin bekerja.
Makde : Bekerja ( tiada anak)
Makcik Ton : Bekerja (anak 1)
Makteh : Bekerja (anak 4)
Makcik : Bekerja (anak 4)
Maksu : Surirumah (anak 4)

Sepupu belah Abah, sebab belah mak aku, aku cucu sulung .
Kak D. : Surirumah (anak 1)
Kak Y : aku tak pasti sebab dah pindah negeri ( bekerja kot)
Kak E : Bekerja (anak 1)

Kesimpulan dari atas ni, keluarga aku ada banyak variasi, bekerja dan surirumah .
Jadi, aku boleh nampak kebaikan dan kekurangan antara bekerja dan tidak bekerja.

Pendapat jujur aku :

1) Tengok keadaan keluarga korang.
Keluarga aku bukan datang dari orang senang. DAN, aku anak sulung.
Walaupun bawah aku 4 orang adik lelaki tapi tanggungjawab aku kepada mak abah aku masih paling tinggi.
Jadi, aku akan bekerja dulu, kumpul duit kahwin sendiri . Dan selepas kahwin pun aku akan terus bekerja sebab nak bagi keluarga aku rasa duit aku. Dan untuk bayar hutang PTPTN aku. Krik krik krik.
Sebab aku ada pengalaman dari orang lain, dah kahwin, jadi surirumah tapi masih pinjam duit mak ayah untuk belanja dapur, pinjam duit mak ayah bayar PTPTN.
Sebelum berhenti kerja, si suami berjanji akan tanggung isteri tapi kalau benda basic macam tu pon tak boleh, macam mana? Wallahualam.

2) Bakal suami kaya tak? Kalau tak kaya pun, rajin tak?
Hahaha. Yela , kalau gaji suami ada 4 angka, sah-sah dah boleh tanggung isteri dan anak.
Kalau tak kaya pun, rajin. Alhamdulillah , ramai je sebenarnya orang sekeliling aku surirumah sepenuh masa sekarang dan suami berjaya tanggung dengan jayanya. Sebab suami rajin. 

Jadi, pilihan di tangan sendiri, aku nak cakap panjang-panjang pun tak boleh, sebab aku tak rasa lagi. Semua pendapat masing-masing. 


Yang penting kepada surirumah -surirumah semua :
Tahniah sebab bertahan dengan mulut manusia sekeliling.
Fighting!


Kepada wanita bekerjaya :
Jangan  jealous pulak dengan surirumah-surirumah ni, 'kasut anda tidak sama saiz dengan mereka'.
Yang penting, rumah tangga masih sihat dan aman.
Tahniah juga sebab sama-sama membantu suami anda.


p/s : aku tak kahwin lagi, jadi bersiap sedia dengan benda-benda ni.
Fighting untuk kita semua.


No comments:

Post a Comment