Pages

Saturday, 17 September 2016

Gunung Tahan : I am BACK! STRONGER~

Bismillahirrahmanirrahim. Lama kan Cik Kosong tak buat entri dalam ni. Tak apa, jangan risau.

Cik Kosong KEMBALI! Selepas kira-kira 2 tahun aku 'membawa diri', 'mengubat hati', 'menambah 10kg berat badan' , 'gantung beg' aku kembali masuk hutan. Aku kembali bawak Cik Lily berjoget dalam hutan. Cia cia cia. 2 tahun tu. Tak apa, luka dah sembuh.

Nota kaki : TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BABY GIRL AWAK.

2 BULAN SEBELUM OGOS 2016

XPDC MERDEKA TAHAN by Nature Heritage. Eh, macam menarik ni. Nak tak nak, nak tak nak? On the spot, aku mesej Abg Lan cakap nak join. On the spot aku bayar deposit.

Nampak tak bersemangat gila? Kebetulan, masa tu baru resign dari KFC. Oh, aku tak buat lagi entri pasal KEHIDUPAN SEORANG MANAGER RESTORAN KFC. Hahaha. Dah resign, mereput di rumah. Terus cari kekuatan semula nak angkat Deuter Cik Lily tu.

Tapi kenapa Tahan? Entah. Rindu view dia. Rindu view dari Bonsai - Botak. Rindu  pokok-pokok periuk kera kat situ.
Maka, terjadilah kisah 6 HARI DI BANJARAN TAHAN. Santai beb. 5 hari dah santai? Tak cukup santai. Cuba buat 6 hari. Tu baru santai. Haha.

Ok, done introduction. Terus ke tentatif program ye. Selamat membaca.

NOTA PENTING!!

Seorang Alia Farhana mempunyai masalah untuk mengingat
-trek
-waktu gerak dan waktu sampai
-masa untuk sampai ke sesuatu tempat.

So, ni anggaran masa je. *buku log personal tak jumpa.

Pssst : sebab tu naik sini 4x pun, jangan tanya aku. Yang aku tau keadaan, suasana, tu je.

29 OGOS 2016

9 pm - Balik kerja. Baring-baring tunggu Lin. Abang Fendi tak dapat join sebab demam. Last minute cancel pulak tu. Abang Fendi nak hantar Lin kat Jengka. Lin naik bas dari Kuantan - Temerloh.

11.30 pm - Lin sampai. First time jumpa. Muda lagi. Baru 20 tahun. Haha. Tetiba rasa tua. Okay, jom tidur. Esok nak jalan jauh. (Jengka - Merapoh 2 jam je la. Haha. ) Tiba-tiba rindu zaman bercinta dulu. Jengka-Merapoh-Jengka. Ehhhh.. haha. Selamat malam semua. Indah lelap.

30 OGOS 2016

7.30 am - Tunggu Abang Nizam depan SK JENGKA 11. Terus gerak . Abang Nizam ni sepatutnya pergi dengan Abang Fendi dengan seorang lagi. Tapi akhirnya tinggal seorang.

9.00 am - Sampai kedai makan sebelah Caltex Merapoh. Haa, jumpa geng lain. Jumpa Dayana, Kak Faizah, Kak Anis, Rajib, Azrul, Wawa,  Abang Lan dan Azzim. Ni line up untuk 30 hari bulan. Selebihnya esok.

12.00 pm - Declare barang. Haha. Lambat chorr.

3.00 pm - Baru gerak chorr. Target hari ni nak ke Kor. Let's go~ Guide Ustad Nan.

5.00 pm - Kami di sungai kedua sebelum sungai yang ada tali tu(crossing ketiga). Air naik. Sedang molek Azzim lepas, aku naik tebing tu, pusing belakang, ehhhhh.. First time. Haha. Tak pernah nampak air laju macam tu. Tapi Ustad cakap bukan kepala air lagi ni. ( Omaagadd. Kepala air camne pulak?)

6.00 pm - Air nampak perlahan. Tapi sampai di crossing ketiga tu. Memang tak lepas kalau nak lalu pun. Makanya, berkhemah lah kat sini. Buatlah campsite baru.

7.00 pm - Masak. Mandi sikit-sikit.

9.00 pm - Makan malam. Basuh periuk-belanga. Tidur.

31 OGOS 2016

HAPPY MERDEKA DAY!!!

10.00 am - Hari ni ke Kor je. So, gerak lambat sikit.

2.00 pm - Sampai. Hai Kor~ Nice to meet you again. Eh, tandas dah tak ada. Dulu ada la jugak tiang batu bata, sekarang langsung tak ada dah.

2.00 pm - Masak, makan. Rehat.

6.00 pm - Liberator Hikers Community dan lain-lain dah sampai.

Team OHANA pun sampai Kor. Dorang buat Kuala- 4steps- Merapoh. Dengar cerita, sweeper dorang sampai pukul 8 malam. 6 orang tinggal di  Kor . Yang lain-lain dah gerak keluar.

7.00 pm - Last line up , Ayuni dan markanya sampai.

Line up 31 hari bulan.
- Abang Bull, Baba, Abang Lee, Husna, Ayuni, Jack, Pian, Subki, Farish, Amy, Zarah, Syu, Nenek ( lupa weh nama yang lain. Haha. Sorry~~)

8.00 pm - Masak. Tengah masak, Piji ( Mamat) singgah kat fly. Terkejut mak kau! Ada kau kat sini? Hurm.. Tempat dia kan. Dah. Dah. Adik ipar tak jadi. Haha..

10.00 pm - Aku masih segar. Haha. Aiyooo. Mata tak mengantuk.

11.00 pm - Tinggallah aku, Azrul, Abang Lan dan Azzim. Aku masih tak mengantuk.

'Kecik, jom teman Abang Lan berak'
Haha. Aku, Azzim, Azrul terpaksa lah sambil basuh ayam teman Abang Lan melabor.

1.00 am - Goreng ayam. Goreng ayam. Setengah jam lepas tu siap, tapi aku tak boleh tidur lagi.

3.00 am - Masih golek-golek. Paksa juga tidur.

1 SEPTEMBER 2016

6.30 am - Eh, hujan ke tadi? Haha. Tak sedar.

Krik krik krik. Aku lost memory apa yang berlaku pagi ni kat sini. Yang paling ingat, macam ada nampak 6 orang geng OHANA tu. Yang lain? Tak ingat.. menu apa pun tak ingat dah ni. Kronik.

10.00 am - Angkat sauh. Hari ni target Kubang je. Slow-slow je.

3.00 pm - Oh Kubang. Second time di sini. Tapi kali ni pasang campsite di Kubang Bawah. Eh, kenapa tak pernah tahu boleh campsite bawah ni? Ke aku lupa?

4.00 pm - Ambik air. Kat bawahhhhhhhhhhhh sekali. Minum air kat situ. Silap besar minum kat sini woi!

5.00 pm - Masak dengan Kak Yana. Kak Yana tukang masak kat sini. Sepanjang trip dia yang masak. Kamiorang gugurls ni tolong potong-potong apa yang patut.

7.00 pm- Pening kepala. Aku nak baring je sekarang ni.

8.00 pm- Teruk. Dah makan ubat. Tapi pening tak hilang juga. Muntah. Entah berapa kali tak ingat. TIDUR .

9.00 pm - Terjaga. Dorang suruh makan. Tak boleh masuk. Tekak taknak terima. Tidur semula la.

2 SEPTEMBER 2016

10.00 am- Angkat sauh. Kubang-Permatang-Bonzai- Puncak View. Berhenti lunch. Semua dah kelaparan.

3.30 pm - Sampai di Botak. Tidur sini.

9.00 pm - Tengok bintang, makan, tidur.

3 SEPTEMBER 2016

5.00 am - Naik puncak. Untuk sunrise. Daypack je. Pakai baju tidur naik atas.

11.00 am-  Botak - Bonzai - Puncak View.

3.00 pm - Belumut-Kubang.

5 35 pm - Permatang.

6.30 pm - Kor.

4 SEPTEMBER 2016

10.00 am - Gerak angkat sauh.

11.45 am - Sampai Kuala Juram.

5.00 pm - Balik Jengka ajum.

6 HARI MERAPOH-MERAPOH. YEAH! SWEET MEMORIES TAU... RINDU SEMULA TAHAN NI.

Ps : Baru siap haa. Sorry guys.