Pages

Tuesday, 25 October 2016

CBL #EXOADVENTURE 2016

Chemerong Berembun Lansir #ExoAdventure
21-23 Oktober 2016
OPEN TRIP 34 PAX

Dipendekkan cerita, dapat jemputan khas dari Kak Yana. Join trip dia. Jadi pembantu dia. Waaa. Engkau rasa? Baru jumpa kat Tahan bulan 8 hari tu . Dengan senang hati, terimalah. ( Masa ni Kak Diza SOS ada ajak jugak. Kita jumpa kat CBL lah Kak).

20/10/2016 Khamis

10.00 pm : Line up berkumpul di Gombak.

11.30 pm : Kak Yana pick up aku kat RNR Temerloh. Aku naik kereta dengan Azim & Dayana. Yang lain naik van. Since Azim dah drive dari Penang ke KL pick up Dayana, turn Dayana lah drive Temerloh - Petronas Chemerong. ( aku co pilot je. Entah bila nak berani drive kereta orang. Temanlah Dayana karaoke sampai ke pagi. Azim nak tidur tak jadi tidur. )

21/10/2016 JUMAAT

6.00 am : Solat Subuh, sarapan, bahagi ration. Wakaka. Kak Yana lupa beli gas doe. Nasib baik Abang Mat CBL jadi runner. Lepas ni tolong sentiasa ingatkan Kak Yana Gas tau.

8.00 am : Start trekking. 3rd time sampai sini. 2012, 2013 ( Climbathon Mount Berembun. Tapi pernah sampai Kem B, Kem Y
dengan Puncak Berembun je lah. Air Terjun Chemerong & Air Terjun Lansir , ni baru pertama kali ni)

9.30 am : Sampai Air Terjun Chemerong. Subhanallah. Cantik siak. Phew! Hilang segala masalah kau. Tangkap gambar. Buat video semua. Perlu teruskan perjalanan. Jauh lagi ni.

12.30 pm : Sampai depan sikit dari Bukit Taubat. Lunch pack. Lapar oi. Kena makan. Dah siap lunch, angkat sauh. Masa ni, nyesal. Haha. Kenapalah CBL ni pacak dia macam haram. Kalah Tahan oi.

4.00 pm : Baru sampai Kem B. Jumpa group Kak Diza SOS kat sini. Kami cadang buka campsite kat sini je lah. Semua macam penat dah nak jalan.

8.30 pm : Makan malam. Sesi ice breaking. Ustad Hafiz ni kelakar laka laka. Hahaha. Semua orang dikenakannya.

Aku pulak lepak dengan Kak Yana, Dayana, Azim, Shameer. Kat sini mulut aku sibuk je cakap. Nak kahwinlah. Nak pakwelah. Hahaha.
Tu orang cakap, perkataan ayat apa yang keluar dari mulut kita tu doa. Doa yang baik baik ye.

11.00 pm : Tidur lah. Esok mahu jalan jauh.

22/10/2016 SABTU

9.00 am : Waktu tak berapa pasti ni. Tapi lebih kuranglah. Sarapan. Ayah Rafiq buka cerita lama pula. Cerita Tahan. Cerita 13.10.2013. Haha. Aku nak lupa, masa tu lah ada yang akan mengingatkan. Hadap je lah Alia. Kisah silam. Nak lupa memang takkan lupa, melainkan kau hilang ingatan. ( Hidup mesti diteruskan aaa)

10.30 am : Angkat sauh. Kita nak ke Kem Jeram Lesung hari ni. 4.00 pm : Sampai Jeram Lesung. Pasang fly, set up fly dapur. Main air. Hahaha. Jatuh cinta terus dengan tempat ni. Sebab boleh main air puas-puas gila.

6.00 pm : Eh, main air lagi. Shameer dah bising. 'Kak Yana, taknak naik lagi ke? Lapar'. Kak Yana baru nak main air weh. Susah nak tengok dia mandi.

9.00 pm : Makan malam. Borak borak. Kita rehatlah malam ni. 23/10/2016 AHAD

10.00 am : Gerak turun. Ada seorang injured. Pergerakan slow je pagi ni. Uishh. Nasib baik dia boleh kira kuat mental.

8.00 pm : Sampai starting point. Semua selamat keluar. Yang injured tu terus kena hantar ke hospital . Kami teruskan perjalanan ke pangkal jalan.

24/10/2016 ISNIN

5.00 am : Sampai RnR Temerloh. Tidur dulu

7.30 am : Amir pick up aku.

...
Sekian trip sulong #ExoAdventure . Semoga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment