Pages

Monday, 13 March 2017

BRIDAL SHOWER BEKELAH 2017

BRIDAL SHOWER BEKELAH  11-12/3/2017
.
Line up : Alia, Cokek, Kak Long, Nail, Wan, Komeng, Zul, Mace, Shambel, Ain Ketum, Aja, Amin, Ruth
.
Dipendekkan cerita, plan 1 bulan awal. Sama tarikh dengan geng-geng WeHikeCommunity buat program. Dipendekkan lagi, kereta penuh. Aku pun menumpanglah geng-geng WeHike ni. 😛
.
11/3/2017

12.00 am - Adik aku, Amir tolong hantar sampai ke RnR Temerloh. Member dia, Angah temankan sekali.

1.15 am- Cik Kak dan lain-lain sampai. So, adik aku pun balik. Tapi kereta dorang dah penuh. Dorang pulak teman aku sampai geng-geng WeHike datang. Haha. (Macam complicated je kan).

1.30 am - Anjang sampai. Aku ingat yang lain dah sampai. So, tunggu kereta lain dulu.

2.00 am - Cik Kak dan lain-lain gerak dulu. Aku dengan geng-geng Wehike.

3.00 am - Aku satu kereta dengan Topek, Aus & Azmira. Gerak ke Bekelah.

 4.30 am - Sampai Masjid Kg Gelugor. Cik Kak pun baru sampai. So, aku berpisah dengan geng-geng WeHike. Kembali ke group aku. Thank you Topek, Aus, Anjang dan lain-lain. Tidur lah apa lagi.

5.00 am - Komeng, Cokek, Aja dan Ruth pun sampai.

6.30 am - Anjang, Aus dan Topek WeHike shoot masuk dulu. Dorang nak Kolam 7. Sebab Rentas Adventure ada masuk juga buat zipline swing.

7.00 am - Sarapan pagi. Nasi lemak la.

7.45 am - Jepun sampai. Naik 4x4. Seingat aku, last datang Bekelah ni 2013. Haha. Lama gila weh. Tapi Jepun maintain muda macam tu! Taklah muda, muka dia tak dimamah usia. Cenggitu haa.
Naik powil, sempat bye bye dekat Muk . Haha. Busy apa lagi entah dorang tu.

8.00 am - Sampai Starting Point. Tak payah dah penat-penat jalan kaki dari sini ke jambatan. Jambatan dah elok. Sampai je terus ready nak  trekking. Tunggu Zul tukar seluar, 10 minit lepas tu jalan.

8.45 am - Sampai Kolam 2. Campsite sini.  Serah tugas ke Cokek dan Komeng untuk pasang 'banglo' . Aku tengok Komeng buat ikatan pelik-pelik. ( Dia climber, tali dengan dia apa ada hal) . Kena belajar lebih lagi ni pasal tali.  Mace tolong 'sapu ' daun - daun. Kami pilih campsite hujung kanan. Tengah-tengah tu bau taik! Tau dah penyebabnya. Ada lubang air dekat situ. Tak tahulah orang berak/kencing dalam tu ke apa kan. Tapi memang lubang tu busuk.

9.30 am - Bosan ni. Awal sangat sampai campsite. Haha. 'Banglo' dah siap. Komeng, Zul dengan Nail memang tak nak naik Kolam 7 . Makanya, yang lain gerak dulu lah.

10.30 am - Lebih kurang waktu ni. Sampai Kolam 7. Singgah campsite WeHike jap. Ada Anjang, Aus dengan Topek je. Yang lain on the way. Luas rupanya campsite sini. KeReX selalu lepak Kolam 2 tak pun Kolam 3 sebab suka privacy sikit. Haha. Lagi 1 tak payah pikul berat-berat naik Kolam 7 . Ok dah sampai sini. Alamak, air besar. Tak boleh nak ke belah sana. Nasib baik, ada 3 orang peserta WeHike tengah main dekat hujung kanan kolam tu. Dorang ajak sekali. Kami apa lagi? Tiruk, repeat. Tiruk, repeat. Bergambar, Tiruk, Repeat. Haha. Keajaiban. Aku tak pernah berani berenang dengan ada life jacket ni. Sebelum ni pakai, untuk terapung semata-mata. 😛. Bergerak la jugak. Thank you Cik Kak and Ruth. Dorang yang ajar aku.

1.30 pm - Woi, matahari atas kepala. Berendam lagi dalam air. Jom gerak turun Kolam 5 pulak. Lepas tu kita  balik ke Kolam 2. Makan.

Sampai je Kolam 5, terjun. Dorang 2x 3x terjun, aku cukuplah sekali. Hahaha. Gayat aku dah kurang tapi biasalah. Cukupla 1x. Nanti datang lagi, terjun lagi 1x. 😝.

2.30 pm - Balik jom. Panas lit lit. Dah cukup tan dah kulit kita semua.

3.00 pm - Sampai Kolam 2, Nail dah siap masak Spaghetti Bolognese. Thank you Nail. KeReX sebenarnya dari zaman aku 2011, chef semua jantan. Aku je start 2014 baru jadi orang dapur dengan mereka-mereka ni. 😂. Terima kasih ajar aku.

3.30 pm - Perut kenyang suka hati. Jom tidur. Semua tidur haa. Sedap layan suasana hutan.

5.00 pm - Bangun. Yang jantan-jantan tengah tiruk dekat sungai bawah ni. Lena sungguh tidur sini ha. Hilang segala masalah.

5.30 pm - Pergi melawat kawasan. Bawah campsite ni ada sungai/jeram . Ada tali dah kat situ. Kami pasang 1 lagi tali untuk safety. Turun bawah lagi ada 1 jeram kecil dan 1 air terjun . Port cantik kalau perempuan-perempuan nak mandi nak lebih privacy kan.

7.45 pm - Selesai maghrib, start BBQ. Wan ketua jaga api. Biar dia bakar ayam. Pembantu Cik Kak dan Zul.

8.45 pm - Isyak, makan dan start ground talk. Lama gila tak jumpa. Topik diborakkan tu macam -macam. Diringkaskan, trip ni trip cerita tunang orang, cerita cinta tak terungkap , cerita putus cinta, cerita kejar cita-cita. Haaa. Sambil layan bulan mengambang. Indahnya dunia.

12/3/2017

1.45 am - Baru tidur semuanya. Puas berborak ha.

6.45 am - Subuh semua. Sambung tidur semula.

9.00 am- Ruth dengan Nail tengah memasak cekodok. Bising bunyi tung tang tung tang. Tu semua bangun tu. Bangun, suruh dorang masak kat tepi sungai bawah tu.
Dah setting baik tempat masak cekodok, goreng lah apa lagi. Tiruk, makan , tiruk makan. Tiruk, makan, berendam, berenang. Sampai penat.

12.30 pm - Komeng dah suruh naik. Haha. Pukul berapa mahu keluar woi? Siap kemas campsite, bergambar. Gerak.

2.00 pm - Sampai ke starting point semula. Jepun dah ada. Jom pulang. Jom.
2.30 pm - Berhenti dekat rumah Jepun. Mandi, makan siap-siap.

4.00 pm - Aku kena tinggal dah. Jumpa lagi korang. Terima kasih. Aku tunggu geng WeHike pula dekat masjid .

5.00 pm - Aku siap Solat Asar, keluar. Tengok dorang dah keluar. Dorang singgah mandi dekat kedai makan aku pergi tengahari tadi. Lepas ni ke Gobang Maju Temerloh. Orang orang KL teringin makan patin tempoyak.

7.45 pm - Sampai. Makan patin. Aku je tekak tak boleh makan ikan patin. Ikan sungai yang aku makan pun keli dengan tengas je. Haha. Tengas kena freshly caught. Pernah gorengkan ikan baung yang dorang baru mancing dari sungai, bau wangi macam ayam. Cuba telan , tak lepas jugak. We are just not meant together lah.

8.30 pm - Siap makan. Amir pun sampai. Bergambar dan bersurai. Semoga jumpa lagi.
.
TERIMA KASIH CIK KAK, NAIL, WAN DAN KAWAN KEREX YANG LAIN. TERIMA KASIH BELANJA TRIP NI. MEMANG BETUL BETUL BRIDAL SHOWER HA. DOAKAN JODOH AKU SAMPAI KE AKHIR HAYAT YE. SAYANG KORANG.
.
TERIMA KASIH AUS, ANJANG, TOPEK DAN GENG WEHIKE YANG LAIN. BARU KENAL KORANG TAPI DAH MACAM KENAL LAMA KAN? KERANA MINAT KITA SAMA.
.
Jumpa lagi Bekelah. Kau terbaik! Tempat yang pertemukan aku dengan orang orang yang baik.
*************************
Nak request trip Bekelah?
😎 Boleh roger aku
019 626 5958
 Alia ExoAdventure

Wednesday, 15 February 2017

YYBTN 2017

9-12/2/2017 Cuti Thaipusam.

23 orang masuk hutan Lojing untuk menakluk 3 puncak.

Guider : Pak Nal
Crew : Alia, Acap, Kak Yana, Shameer & Anjang.
Peserta : 17 orang.


Program PEMBUKA TIRAI 2017 EXOADVENTURE OUTDOOR.


8/2/2017 RABU

Aku gerak dari Jengka 3.30 pm.

Sampai Puchong Prima 8.00 pm. Lepak ramai-ramai kat rumah Kak Yana. Adli buat kek batik pulak. Sedap.

Pukul 12 Anjang a.k.a driver sampai.

Berkumpul di Simpang Pulai dgn Pak Nal ( guider).


9/2/2017 KHAMIS

Pagi. Sejuk gila. Gila puya sejuk. Geng-geng raver Ipoh dah ada kt Masjid. 

Sarapan. Pukul 9 ada di starting point dah.

10 pg - Gerak

12.30 tghri - Sampai Simpang Y. Lunch.

6.00 ptg - Kem Agas. Macam tapak pesta dah. 

9.00 mlm - Makan malam. 

1.00 pg - Borak lagi dengan Anjang dan Adli sambil tunggu nasi masak.

1.30 pg - Tidur.


10/2/2017 JUMAAT

5.00 pg - Bangun. Semua tengah lena. Panaskan air nescafe. Tidur semula.

5.30 pg - Masak, sediakan lunch pack.

8.00 pg - Makan pagi.

10.45 pg - Gerak ke Simpang Y

12.00 tghri - Simpang Y

2.00 ptg - Balak Pecah. Lunch.

3.00 ptg - Last waterpoint. Sesi cia cia cia dengan Acap, Kak Yana dan Anjang. Aku tak tahu aku akan pewai waktu ni. Banyak sangat gelak. Padan muka.

6.30 ptg - Dah sudah. Aku, Abg Bidin dgn Acap last ke belakang ni.

7.30 mlm - Aku sampai puncak Yong Yap.

8.30 mlm - Beg aku sampai. T.T. Sorry sayang, terpaksa tinggalkan awak.

Dan aku tak ingat apa-apa dah malam ni. Muntah lebih 10 kali. Flat teruk.


11/2/2017 SABTU

5.00 pg - Adli kejut orang dapur. Aku segar dah pagi ni.

8.00 pg - Makan. Bergambar. Bermanequin bagai.

9.20 pg - Gerak ke Bubu. 

2.20 pm - Sampai Bubu. Lunch. Sejuk.

3.20 pm - Angkat sauh. 

7.45 pm - Baru sampai Tok Nenek. Kuku kaki Im dah sakit. Nasib baik, semangat budak tu kuat.

8.20 pm - Puncak Tok Nenek. Yeay. Complete 3 peak. Alhamdulillah.

9.00 pm - kah kah kah. Alia teruk nau kau. Kuku hitam bekas BATU PUTIH bulan 11 tahun lepas, dah start mengada-ngada. Kejap pakai kasut, kejap tak pakai. Layankan.

12.00 am - Sampai Belumut. Hahaha. Kak Yana bengang je kat depan. Sorry kak. Adik kau ni taknak training. Haha. 

1.30 am - Makan maggi. Buah.


12/2/2017 AHAD

Hari last. Hari last.

7.30 pg - Baru bangun. Tak cukup tidur.

9.00 pg - Makan pagi. 

10.30 pg - Balut kaki. Telan painkiller 2 biji.

1.20 ptg - Angkat sauh.

2.20 ptg - Kem Lengkuas.

7.20 mlm - Hidden waterfall.

9.00 mlm - Starting point. Kg Sg Rengil.


Alhamdulillah. Semua berjaya keluar dengan selamat. 

Trip pembuka tirai Exoadventure Outdoor yang BEST SIAK! 

#exoadventure 

TEAMWORK MAKES THE MAGIC HAPPENS


Nak join kami?

Wasap : 019 626 5958

Fb page : ExoAdventure