Pages

Friday, 17 February 2017

KUKU KAKIKU DICABUT

Hai. Hai. Hai. Entri kedua tahun 2017.

Banyak sangat kenangan YYBTN ni. Alhamdulillah. Terima kasih geng! Korang buat aku rindu . Ni la perasaan aku mula-mula kenal dunia hiking dulu.

Kenapa kuku kaki? Ceritanya macam ini.

November 2016, kuku kaki aku memang hitam dah . Dua dua belah. Tahu akan tercabut sendiri. Kuku baru bawah kuku lama pun dah tumbuh.

Dipendekkan cerita, trip YYBTN aku pakai kasut getah. Selalu aku pakai juga sandal Teva aku tu, kali ni aku tinggal dalam kereta pula. Mendapatlah jawabnya.

Hari ke 3 dah kena. Turun dari Tok Nenek nak ke Belumut. Mula-mula malas layan. Sekali jalan sikit sakit. Maka bukalah kasut dengan stokin. Kalau tak, tak sampai Belumut malam tu.

Esok pagi balutlah ibu jari kaki ni dengan tape. Makan 3 biji painkiller. Alhamdulillah. Selamat keluar.

Dah sampai rumah Kak Yana, kaki bengkak. Nak pergi klinik malas. Nak tunggu balik Jengka. Nanah pun dah keluar kat kaki kiri.

Lusanya , balik Jengka. Sampai Jengka 6.30 petang, terus ajak adik aku pergi Hospital Jengka.

6.45 petang daftar, doktor situ semua geleng kepala. Haha. Dua dua kaki pula tu.

Giliran aku, mula-mula masuk Zon Hijau. Aku fikir ok lah kot. Dah masuk dalam, tanya tanya, aku kena pergi Zon Merah. Kahkahkah.

Baring atas katil. Doktor start usik-usik kuku aku. Geli, ngilu, sakit.

Dia start bius. Ya Allah. 😢 T.T. Sakitnya tak tahulah. Pertama kali sakit macam ni. Aku eksiden motor 2 kali tak macam ni. Aku derma darah jarum besar-besar tak sakit macam ni.

Entah berapa kali dia bius. Lebih 10 kali untuk 2 ibu jari. Lepas bius, dia usik kuku aku, tanya rasa tak. Aku cakap rasa. Bius lagi. Sakit lagi. Last-last, agak rasa sikit je aku cakap tak rasa. Sama je rasa sakit kena bius dengan cabut kuku tu.

Aku menangis. Ingat balik, kelakar. Aku pegang tilam katil tu sekuat-kuatnya. Air mata meleleh. Basah lengan baju aku.

1 jam tu macam 10 jam rasanya.

Dah siap cabut kedua-dua kuku, aku duduk kejap, tengok kuku aku yang dah kena tanggal. Bye bye kuku.

Lepas tu aku senyum. Haha. Malu kejap.
Lepas tu, bahu aku kena injection untuk elak jangkitan kuman makin teruk dan untuk elak aku demam.

Doktor bagi ubat semua. Dia siap cakap ' lepas ni naik gunung lagi tak?'

Aku balas .' Eh, mesti naik lagi'

Dia gelak je. Haha.

So, sekarang hari 3 dah aku tiada kuku kaki. Bertabahlah Alia.

Pesanan : Sakit kuku terus pergi klinik. Nanti bernanah. Aku pun hampir kena tahan wad. Jangkitan kuman ada . Nasib baik sikit.

No comments:

Post a Comment