Pages

Friday, 17 March 2017

POST-PAIN KUKU KAKI DICABUT

#POST-PAIN Kuku Kakiku Dicabut

Aku tak tahu nak letak tajuk entri apa yang gempak. Maka, layankanlah tajuk macam ini.

Ingat lagi kan Entri KUKU KAKIKU DICABUT ? Nak sambung ni.

4 hari selepas kejadian 'selamat tinggal' untuk kedua-dua kuku kakiku, aku masih trauma. Memang aku  jaga betul ibu jari kaki  masa ni. Setiap empat jam, aku cuci. Aku tak berani untuk biarkan jari kaki terdedah lagi masa ni.

Nenek , mak, abah tengok kaki kanan aku. Kaki kiri je aku tak tunjuk, sebab kiri lagi teruk dari kanan. *Lesen masuk hutan DENGAN KADAR SEGERA BOLEH TERBATAL weh.

Macam mana aku solat? Masa ambil wuduk , memang aku perlahan-lahan curah air. Ngilu woi. Solat pun aku solat duduk. 4 hari ni memang agak terseksa. Aku jalan lebih 15 langkah, denyut-denyut terus terasa.

Alhmdulillah. Tak lama kemudian , pergi Broga dan tidur di Kem Anugerah Alam , Batang Kali. Tanda kaki aku makin okay. Cuma masa kengiluan dari jari kaki ni datang, beristighfar haaa.

Bulan ni dah masuk trip 2H1M di Air Terjun Bekelah. Tanda kaki dah sihat! Alhamdulillah.

Kuku je lah yang memang malu-malu kucing nak keluar. Tak mengapa, duhai kuku kakiku yang tersayang, 'Take it slow. Take your time'

Ngilu ( rasa denyut-denyut ) tu memang masih ada. Tapi boleh tahan lagi. Layankan.

Ps : Sekian. Semoga ini jadi kali pertama dan kali terakhir aku serah diri untuk cabut kuku kaki.

Pss : Ilustrasi mungkin mengganggu penglihatan anda. Kuku dah keluar. Sebulan lebih.

No comments:

Post a Comment